Friday 22 July 2011

Panggilan Yang Tidak Disangka (2)

Sambungan daripada Luv Usrati (1)........ ^_^


Sumayyah meraup wajah berkali-kali. Nafas dihela perlahan-lahan. Buku Medical-Surgical yang seberat 5 kilogram ditatap tanpa perasaan. Terganggu seketika niatnya untuk mencari  maklumat tentang DOTS atau directly observe treatment supervission. Dia baru selesai bercakap dengan abangnya.Ada berita penting katanya. Direct to the point,ingtkan apa,,,,Rupanya ada yang ingin merisik. Haddoiii....umur baru setahun jagung. Tak layak lagi rasanya untuk fikir ka arah itu.Sebiji epal diambil dari rak makanan lalu diletakkan di atas bukunya. Comelnya epal ni,desisnya.. Epal yang tidak bersalah itu direnung dalam-dalam sambil hati bermadah zikir memuji Maha Pencipta. (kalaulah matanya ada pancaran laser, mau berlubang itu epal) Hatinya bermonolog, hai Encik Epal? Kenapa En.Epal ni comel sangat? Tak sampai hati pulak saya nak makan....bla...bla..bla...  Tiba-tiba.....




"Hah!"
"Allahuakhbar!"
"Hehe.....termenung saja kerjanya",kata Wa sambil tersengih mengusik.
"Mana ada.....",balas Sumayyah selamba.
"Apasal abang kau call tadi?" tanyanya serius.
Sumayyah buat muka dono. Malas mahu melayan. Karang aku jugak yang kena balik,desisnya,
"Cik Sumayyah.....ngapain kakangmu nelepon tadi? Kayaknya ada hal penting," berkerut-kerut  muka Wa sabar menanti jawapan.
"Upsss! Jeng jeng jeng......Kena khitbah lagi ea?"sambungnya sambil menekup mulut. Matanya bulat memandang Sumayyah. Belum sempat Sumayyah menjawab, bergema tawa Wa sambil mengucap syukur.
"Alhamdulillah.....", ucapnya berkali-kali.
"Apasal kau nih? Dia risik je. Bukan khitbah", balas Sumayyah kebingungan.
"Heha.....lebih kurang la tu. Kau terima?", mekar bibir Wa mengulum senyum.
Bulat mata Sumayyah mendengar pertanyaan itu.
"Mengarut! Belajar tak habis lagi. Ish!" Sumayyah menggeleng-geleng kepala. Sungguh,dia hampir-hampir lupa tentang itu. Sejak merantau ke sini, masanya banyak dihabiskan dengan kelas, assignment, buku, blog, usrah dan seribu satu jenis perkara yang menuntut untuk diselesaikan. Jadual harian yang agak padat memaksa dia berfikir di luar kotak fikiran. Dia sedar tentang itu. Terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam dirinya. Hanya dia yang tahu, Sumayyah yang sekarang bukan lagi Sumayyah yang dulu.......




Lelaki? Istilah itu hampir tiada langsung dalam kamus hidupnya sejak setahun yang lalu.Heh,semua pelajar di sini berjantina perempuan. Dia sudah terbiasa dengan keadaan itu sehinggakan apabila berada di luar kolej, dia akan berasa takut apabila melihat makhluk yang berlawanan jantina dengannya. Huh....pelik...pelik.....
"Aku nak keluar pergi beli roti ni. Mau ikut? suara Wa bergema memecah lamunannya.
"Oh...errr....takpelah. Roti hari tu masih ada lagi",balasnya.
"Nak kirim?"
Sumayyah hanya menggeleng sambil cuba mengukir senyuman. Jiwanya sangat kacau-bilau saat ini.
"Ok, kalau nak apa-apa, call eh," Wa memang begitu. Sangat mengambil berat tentang sahabatnya. Moga ukhwah ini kekal hingga ke sana.


Jam di pergelangan kanan ditilik. Dahulu dia biasa memakai jam di tangan kiri. Tapi, kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah,  memakai jam di tangan kanan hukumnya harus. Lebih elok daripada tangan kiri. Sejak itulah dia cuba mengubahnya meski agak sukar pada permulaannya. Itulah org kata, betul kan yang biasa, biasakan yang betul. Eh, dah pukul 9.45 pagi! Apa-apa hal Dhuha dulu.......


“Ya Allah, sesungguhnya waktu dluhaa adalah waktu dluhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dluhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”


Jiwanya tenang kembali setelah usai solat. Segar menyengat ke sanubari. Sememangnya dengan mengingati Allah itu hati-hati akan menjadi tenang. Sumayyah tersenyum sendirian tatkala terkenangkan kata-kata seorang temannya.
"Betul Su... Bila aku tengok mukanya, rasa tenang je. Aku rasa, dialah bakal suamiku".
Dia tidak pasti sejauh mana ketenangan yang dimilki tatkala hati dipenuhi cinta yang belum halal antara manusia. Benar....cinta itu fitrah. Tetapi, andai manusia bijak mengendalikannya, bukankah lebih molek.
Ah, setiap individu mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Apa hakku untuk menidakkan itu semua? Mindanya mencerna lagi tentang kelebihan menunaikan Solat Dhuha.


 Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Betapa banyaknya dosaku........ Sungguh aku malu untuk ke syurgaMu, namun aku tidak sanggup untuk ke nerakaMu.......
Dosa ibarat buih di lautan.......... Moga masih ada pengampunan


Deringan telefon menyentak lamunannya. Ada mesej masuk. Sungguh sejak akhir-akhir ini  dia agak malas berhubung dengan sesiapa. Jika mahu menelefon ke kampung baru menggelabah mencari handset. Dengan malas telekung ditanggalkan. Mana eh aku letak handset? Minda menggagau cuba mengingati.
Rasanya kat sini......Bunyinya ada, bendanya kok enggak ada. Ooooo....bawah bantal la... Ish..Ish..Ishh.. :)

Keypad ditekan....tot..tet...tot...tet...
-Assalamua'laikum w.b.t. Kaifa haluki ya ukhti?
Erkk....siapa ini? Dia berkira-kira sama ada mahu membalas atau tidak. Nombor yang tertera tiada dalam senarai. Kalau lelaki bagaimana? Handsetnya berdering lagi. Kali ini megeluarkan irama lain pula. Tanda ada panggilan masuk.
Ah, sudah! Dia call la pulak...... ~_~  Jarinya masih was-was mahu menekan punat hujau.

Akhirnya.......
-Hello...Assalamua'laikum Su? Sumayyah?
Sumayyah melepaskan nafas dengan lega. (Gaya macam baru lepas terserempak dengan hantu)
Alhamdulillah......perempuan rupanya. Tapi siapa ya?
"Waa'laikummussalam w.b.t.. Ya? Sumayyah bercakap."
"Kenapa tak reply tadi? Buzy eh? Ana mengganggu?"
"Errr....maaf ya. Boleh tahu siapa di sana?"
Kedengaran suara riang di hujung sana. "Enti tak kenal ana? Ni Angah la.... Hehehe...."
Lorrr.......sepupuku rupanya.... "Astaghfirullah...ingatkan alien mana tadi. Enti sihat? Baru tukar nombor ke?" Sirna kegusaran, terbit kegembiraan. Rasa rindu bertamu tanpa diundang. Inilah hikmah ukhwah kerana Allah. :)
"Maaflah. Lupa nak kenalkan diri tadi. Alhamdulillah...ana sihat. Enti bagaimana? Kapan mau pulang. Ana sudah kangen nih."
Sumayyah tergelak mendengar Angah berkata slanga Indonesia. 
"Ya sih....ana juga kangen sama kamu. Insyaallah ana balik seminggu sebelum raya."
Lama sudah tidak bertemu dan berbicara. Hari ni baru 23 Sya'ban. Tak lama lagi Ramadhan menjengah. Tak sabarnya puasa! ^_^ 
 Hampir dia lupa sepupunya itu sedang bercuti semester.
"Hmmm....lambat lagi tu. " Keluh Angah. 
"Apakan daya.........^_^ Jurusan kita tidak sama. Time ana cuti, enti tak cuti, time ana tak cuti, enti pula cuti."
"Ada sesuatu yang ana nak beritahu enti ni."
"Ya..? Silakan dengan senang hatinya ana mendengar." ^_^

Bersambung...........







No comments:

Post a Comment