Sunday 24 July 2011

SePoHoN SeMaLu ^_^

Bismillahirrahmaanirrahiim....


Malam itu, abang pulang dengan wajah letih. Namun sempat lagi dilontarkan senyuman nipisnya kepadaku. Menunggu abang pulang merupakan tugas tak rasmiku kerana (tidur paling lewat)biasanya aku yang akan membukakan pintu untuknya. Melainkan jika aku teramat mengantuk,(memang tak care la). Biasanya abang akan terus tidur setelah mandi dan solat. Tapi entah kenapa malam itu dia turut serta menonton TV bersamaku. Aku  hanya mendiamkan diri (tengah syok layan cerita sebenarnya)
Abang: Dik.... 
    Aku: Ya....(tak menoleh pun)
Abang: Nak dengar cerita tak?
    Aku: (Apa kes abang aku ni? Ada perlawanan bola ke malam nih)

Abang: Tadi sahabat abang hantar e-mail. Kalau boleh, dia suruh sampaikan cerita ni pada semua muslimah. 
           Dan.....abang ni, mana la kenal muslimah lain selain Adik. Adik nak dengar tak?
   Aku: (Jadi tertarik tiba-tiba) Teruskan.... Macam best je.. :)
Abang: Dengan senang hatinya......




Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan 
bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya 
mereka berdua di bawah 
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon 
semalu, kakinya berdarah lalu 
mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan 
kepada bapanya apalah gunanya 
pohon semalu itu berada di situ dengan nada 
yang sedikit marah. Rasulullah 
dengan tenang berkata kepada puteri 
kesayangannya itu bahawasanya 
pohon semalu itu amat berkait rapat dengan 
wanita. Fatimah terkejut. 
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para 
wanita hendaklah mengambil
pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 
aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila 
disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai 
perasaan malu (pada tempatnya).



Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk 
mempertahankan 
dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu 
mempertahankan diri dan maruah sebagai 
seorang wanita muslim.

BEWARE!!!
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang 
yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah 
hendaklah mempunyai 
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah 
Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan 
sendirinya apabila 
senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, 
kembalilah ke 
rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah 
pengajaran dari semalu walau pun 
ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Abang: The end.....sekian terima kasih ^_^
    Aku: Besar hikmah pohon semalu......
Abang: Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah...... Dik, esok pagi kita ambik pokok semalu 
            banyak-banyak ye.,,,hehe
Aku: Nak buat apa?
Abang:Kita buat hiasan dalam rumah...hehe :D
    Aku: Mengarut! Buang tebiat la abang nih..huh


No comments:

Post a Comment