Friday 22 July 2011

RaHsIa sUjUd

Sinar mentari gah menerangi alam. Bayu berpuput lembut manampar pipi. Segar. Tenang menjalar di segenap urat saraf. Laut beralun lembut mendatangi pantai. Setia mengikut aturan alam. Tidak pernah lewat atau cepat sesaat pun. Tak jemu-jemu merentasi samudera beribu batu. Ah, adakah aku sesetia itu?

Setia untuk terus sujud kepadaMU..... Teringat perbincangannya dengan abang-abang usrah. Betapa banyaknya RAHSIA sujud yang mungkin tidak kita ketahui. Aduhai.......memang kecil diri ini. Arif melepaskan nafas dengan payah. Layakkah aku untuk berada di sini? Menghirup udara sedang hati dan jiwaku kadang-kala lalai untuk mengingatinya............?  Sujudku memohon pengampunan..... Sujudku memohon pertolongan..... Sujudku mendambakan keredhaan Tuhan......



Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya.


Ulama' mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan sujud dengan lebih lama.


Berikut merupakan antara hikmah sujud yang diterangkan secara ringkas :). Semoga bermanfaat ^_^


*Melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
*Mengurangkan kesakitan  bagi pesakit appendiks atau limpa. (biasanya pesakit appendisitis akan berada dalam kedudukan c-shaped iaitu membengkokkan badan untuk mengurangkan kesakitan)





*Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
*Meringankan bahagian pelvis.
*Dapat menggerakkan otot bahagian bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika sujud. Pergerakan otot ini mampu menjadikan otot lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan perjalanan darah bejalan lancar.
*Mengurangkan kegemukan
*Memberi dorongan supaya mudah tidur. 

Bismillah......zzzzzzZZZZZZzzzzzzzz


*Dari sudut perubatan:-
-Dengan sujud, otak manusia iaitu organ terpenting akan dapat lebih banyak bekalan darah dan nutrrien untuk melaksanakn fungsinya.(Kerana ada sebahagian daripada bahagian otak yang tidak dimasuki darah kecuali hanya dengan bersujud)  Ini sekaligus akan mneyegarkan otak serta menajamkan fikiran dan menguatkan mentaliti seseorang.


-Kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain.
*Dari sudut psikologi:-
-Membuat kita merasa rendah diri dan rendah hati di hadapan Yang Maha Esa sekaligus membuatkan kita mengikis sifat sombong,takbur dan lain-lain.





Nah, apalagi alasan untuk bermalas-malasan  sujud kepadaNya......?

No comments:

Post a Comment