Showing posts with label picisan. Show all posts
Showing posts with label picisan. Show all posts

Saturday, 20 April 2013

The Necklace!

Bismillahirrahmaanirrahim..... Assalamua'laikum w.b.t buat yang sudi membaca :) Selawat serta salam buat junjungan besar Baginda dan sahabat yang dimuliakan.... Allahumma Solli A'la Muhammad.....

Syukran jiddan kerana sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ni. Chewahhhh....hehe

Meh nak citer sikit...... ^_^ Moga ada ibrahnya....

Ingat tak kisah The Necklace....? (kalau tak silap ni la tajuknya) =_="

Menceritakan tentang seorang wanita yang ingin hidup mewah. Suatu hari dia dijemput untuk menghadiri suatu majlis. Dia merungut kerana ketiadaan barang kemas untuk dipakai ke majlis tersebut. Lantas dia bergegas meminjam sebuah rantai mutiara hitam daripada seorang teman baiknya. Seorang bangsawan.

Di majlis tersebut, rantai tersebut hilang. Puas dia dan suaminya mencari, namun tidak ketemu juga. Akibat takut untuk berterus-terang tentang kehilangan rantai tersebut.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membeli rantai yang baru. Akibatnya mereka bankrap teruk dan terpaksa bekerja berhempas-pulas demi membayar hutang kepada bank. Mahal harga rantai tu....... (Kalau tak silap 25,000 dolar)




Selepas 10 tahun hutang mereka masih belum langsai. Teman yang meminjamkan rantai tersebut terserempak dengan wanita ini yang sedang bekerja. Wajahnya kelihatan 10 tahun lebih tua dari usia sebenarnya akibat kelelahan bekerja.

"Kenapa dengan kamu? Mengapa kamu bekerja sebegini rupa?"

"Semuanya kerana rantai itu. Rantai yang kamu pinjamkan kepada saya. Sebenarnya ia telah hilang di majlis tersebut. Kami menggantikannya dengan yang baru, dan akibatnya kami terpaksa menanggung hutang yang banyak."

"Tungu....rantai? Rantai itu? Maksud kamu rantai yang kamu pulangkan itu rantai yang asli?

"Apa maksud kamu? Bukankah rantai yang kamu beri pinjam kepada saya itu sememangnya adalah rantai yang asli?"

"Oh sahabatku sayang.......... rantai itu hanya palsu.Harganya hanyalah 25 dolar."

"Apa??????"

-Setiap kali saya teringat cerita ini, saya akan bertanya pada diri.......... Bukankah lebih elok jika mengakui kesalahan diri. Mungkin dia tidak akan menderita sedemikian rupa.... Benda dah jadi.... hmmm ...

Friday, 5 August 2011

ChEcK cEpAt!!!!

Bismillahirrahmaanirrahiiim........

Kabare? Waras? How are you? Ni hao ma? Kak dela? Kaifa halukum?
Semua pertanyaan di atas hampir akan dijawab dengan maksud yang sama iaitu sihat. Tapi itu baru pertanyaan secara lahiriah atau yang paling tepat lagi untuk jasad kita. Secara material kita memang akan nampak jasad kita (memang la, karang tak nampak dikatanya hantu pulak...)

Apa khabar iman kita.....?
Bagaimana pula dengan batiniah kita atau paling tepat rohani kita. Sihatkah? Cukup makankah? Cedera parah kah? Atau.........dah kering kontang rohani kita ni. Naudzubillah..... 11 bulan syaitan mendidik jiwa dan nafsu kita (ingat senang-senang die nak bagi lepas?)

Ya Allah!!1 Aku cedera parah!!!!
  Sedar tak sedar dah 6 hari kita masuk ke Akademi Ramadhan. Apa result puasa kita yang 5  hari ni ye? Mumtaz? Jayyid jiddan? Jayyid? Atau........? Nau'dzubillah. Harap-harap bukan yang ke-4 tu. T_T

Kesian pada rohani kita. (Ntah-ntah selama ni dia duk kelaparan. Kebulur meminta kita terus sujud kepadaNya....) Cepat check! Jangan sampai rohani dah nazak, baru nak bagi dia ubat! Takut terlambat.

Pat...pat... Letak ubat!

Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk memeriksa rohani kita ni. Saat insan lain enak beradu, apa salahnya jika kita beri rohani kita makan. Kesian, kesian, kesian...... Biar insan lain enak beradu, kita pula biarlah enak mengadu. :)
Mengadu pada  siapa? Rasanya semua tau jawapannya. Tentu pada Al-Khaliq. Hanya Dia yang nak dengar aduan kita. Hanya Dia yang sentiasa sabar dengan perangai kita yang ntah apa-apa ni. Dia masih bagi kita macam-macam walaupun kita kadang-kadang lupa pada Dia. Am I right????



Cepat! Cepat! Kita tak tau bila kita akan pergi Check sekarang!

Friday, 22 July 2011

Panggilan Yang Tidak Disangka (2)

Sambungan daripada Luv Usrati (1)........ ^_^


Sumayyah meraup wajah berkali-kali. Nafas dihela perlahan-lahan. Buku Medical-Surgical yang seberat 5 kilogram ditatap tanpa perasaan. Terganggu seketika niatnya untuk mencari  maklumat tentang DOTS atau directly observe treatment supervission. Dia baru selesai bercakap dengan abangnya.Ada berita penting katanya. Direct to the point,ingtkan apa,,,,Rupanya ada yang ingin merisik. Haddoiii....umur baru setahun jagung. Tak layak lagi rasanya untuk fikir ka arah itu.Sebiji epal diambil dari rak makanan lalu diletakkan di atas bukunya. Comelnya epal ni,desisnya.. Epal yang tidak bersalah itu direnung dalam-dalam sambil hati bermadah zikir memuji Maha Pencipta. (kalaulah matanya ada pancaran laser, mau berlubang itu epal) Hatinya bermonolog, hai Encik Epal? Kenapa En.Epal ni comel sangat? Tak sampai hati pulak saya nak makan....bla...bla..bla...  Tiba-tiba.....




"Hah!"
"Allahuakhbar!"
"Hehe.....termenung saja kerjanya",kata Wa sambil tersengih mengusik.
"Mana ada.....",balas Sumayyah selamba.
"Apasal abang kau call tadi?" tanyanya serius.
Sumayyah buat muka dono. Malas mahu melayan. Karang aku jugak yang kena balik,desisnya,
"Cik Sumayyah.....ngapain kakangmu nelepon tadi? Kayaknya ada hal penting," berkerut-kerut  muka Wa sabar menanti jawapan.
"Upsss! Jeng jeng jeng......Kena khitbah lagi ea?"sambungnya sambil menekup mulut. Matanya bulat memandang Sumayyah. Belum sempat Sumayyah menjawab, bergema tawa Wa sambil mengucap syukur.
"Alhamdulillah.....", ucapnya berkali-kali.
"Apasal kau nih? Dia risik je. Bukan khitbah", balas Sumayyah kebingungan.
"Heha.....lebih kurang la tu. Kau terima?", mekar bibir Wa mengulum senyum.
Bulat mata Sumayyah mendengar pertanyaan itu.
"Mengarut! Belajar tak habis lagi. Ish!" Sumayyah menggeleng-geleng kepala. Sungguh,dia hampir-hampir lupa tentang itu. Sejak merantau ke sini, masanya banyak dihabiskan dengan kelas, assignment, buku, blog, usrah dan seribu satu jenis perkara yang menuntut untuk diselesaikan. Jadual harian yang agak padat memaksa dia berfikir di luar kotak fikiran. Dia sedar tentang itu. Terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam dirinya. Hanya dia yang tahu, Sumayyah yang sekarang bukan lagi Sumayyah yang dulu.......




Lelaki? Istilah itu hampir tiada langsung dalam kamus hidupnya sejak setahun yang lalu.Heh,semua pelajar di sini berjantina perempuan. Dia sudah terbiasa dengan keadaan itu sehinggakan apabila berada di luar kolej, dia akan berasa takut apabila melihat makhluk yang berlawanan jantina dengannya. Huh....pelik...pelik.....
"Aku nak keluar pergi beli roti ni. Mau ikut? suara Wa bergema memecah lamunannya.
"Oh...errr....takpelah. Roti hari tu masih ada lagi",balasnya.
"Nak kirim?"
Sumayyah hanya menggeleng sambil cuba mengukir senyuman. Jiwanya sangat kacau-bilau saat ini.
"Ok, kalau nak apa-apa, call eh," Wa memang begitu. Sangat mengambil berat tentang sahabatnya. Moga ukhwah ini kekal hingga ke sana.


Jam di pergelangan kanan ditilik. Dahulu dia biasa memakai jam di tangan kiri. Tapi, kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah,  memakai jam di tangan kanan hukumnya harus. Lebih elok daripada tangan kiri. Sejak itulah dia cuba mengubahnya meski agak sukar pada permulaannya. Itulah org kata, betul kan yang biasa, biasakan yang betul. Eh, dah pukul 9.45 pagi! Apa-apa hal Dhuha dulu.......


“Ya Allah, sesungguhnya waktu dluhaa adalah waktu dluhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dluhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”


Jiwanya tenang kembali setelah usai solat. Segar menyengat ke sanubari. Sememangnya dengan mengingati Allah itu hati-hati akan menjadi tenang. Sumayyah tersenyum sendirian tatkala terkenangkan kata-kata seorang temannya.
"Betul Su... Bila aku tengok mukanya, rasa tenang je. Aku rasa, dialah bakal suamiku".
Dia tidak pasti sejauh mana ketenangan yang dimilki tatkala hati dipenuhi cinta yang belum halal antara manusia. Benar....cinta itu fitrah. Tetapi, andai manusia bijak mengendalikannya, bukankah lebih molek.
Ah, setiap individu mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Apa hakku untuk menidakkan itu semua? Mindanya mencerna lagi tentang kelebihan menunaikan Solat Dhuha.


 Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Betapa banyaknya dosaku........ Sungguh aku malu untuk ke syurgaMu, namun aku tidak sanggup untuk ke nerakaMu.......
Dosa ibarat buih di lautan.......... Moga masih ada pengampunan


Deringan telefon menyentak lamunannya. Ada mesej masuk. Sungguh sejak akhir-akhir ini  dia agak malas berhubung dengan sesiapa. Jika mahu menelefon ke kampung baru menggelabah mencari handset. Dengan malas telekung ditanggalkan. Mana eh aku letak handset? Minda menggagau cuba mengingati.
Rasanya kat sini......Bunyinya ada, bendanya kok enggak ada. Ooooo....bawah bantal la... Ish..Ish..Ishh.. :)

Keypad ditekan....tot..tet...tot...tet...
-Assalamua'laikum w.b.t. Kaifa haluki ya ukhti?
Erkk....siapa ini? Dia berkira-kira sama ada mahu membalas atau tidak. Nombor yang tertera tiada dalam senarai. Kalau lelaki bagaimana? Handsetnya berdering lagi. Kali ini megeluarkan irama lain pula. Tanda ada panggilan masuk.
Ah, sudah! Dia call la pulak...... ~_~  Jarinya masih was-was mahu menekan punat hujau.

Akhirnya.......
-Hello...Assalamua'laikum Su? Sumayyah?
Sumayyah melepaskan nafas dengan lega. (Gaya macam baru lepas terserempak dengan hantu)
Alhamdulillah......perempuan rupanya. Tapi siapa ya?
"Waa'laikummussalam w.b.t.. Ya? Sumayyah bercakap."
"Kenapa tak reply tadi? Buzy eh? Ana mengganggu?"
"Errr....maaf ya. Boleh tahu siapa di sana?"
Kedengaran suara riang di hujung sana. "Enti tak kenal ana? Ni Angah la.... Hehehe...."
Lorrr.......sepupuku rupanya.... "Astaghfirullah...ingatkan alien mana tadi. Enti sihat? Baru tukar nombor ke?" Sirna kegusaran, terbit kegembiraan. Rasa rindu bertamu tanpa diundang. Inilah hikmah ukhwah kerana Allah. :)
"Maaflah. Lupa nak kenalkan diri tadi. Alhamdulillah...ana sihat. Enti bagaimana? Kapan mau pulang. Ana sudah kangen nih."
Sumayyah tergelak mendengar Angah berkata slanga Indonesia. 
"Ya sih....ana juga kangen sama kamu. Insyaallah ana balik seminggu sebelum raya."
Lama sudah tidak bertemu dan berbicara. Hari ni baru 23 Sya'ban. Tak lama lagi Ramadhan menjengah. Tak sabarnya puasa! ^_^ 
 Hampir dia lupa sepupunya itu sedang bercuti semester.
"Hmmm....lambat lagi tu. " Keluh Angah. 
"Apakan daya.........^_^ Jurusan kita tidak sama. Time ana cuti, enti tak cuti, time ana tak cuti, enti pula cuti."
"Ada sesuatu yang ana nak beritahu enti ni."
"Ya..? Silakan dengan senang hatinya ana mendengar." ^_^

Bersambung...........







Thursday, 7 July 2011

SaLaHkAh SaYa BeRtUdUnG LaBuH?

Bismillahirrahmaaniirahiim...... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Saya Sid (bukan nama sebenar) merupakan  salah seorang bekas pelajar aliran sains tulen di sebuah sekolah menengah di Klang. Hobi saya, suka usik orang. Saya sangat gembira apabila melihat orang lain tertawa. Dan saya akan menangis jika orang lain menangis. Saya suka senyum, saya harap itu boleh buat orang di sekeliling saya berasa lega. (rase nak vomit ke? hehe) Di sekolah dulu, saya memegang jawatan sebagai naib presiden Persatuan Pelajar Islam (saya tak tau kenapa saya dilantik), dan bendahari badan pustakawan sekolah (tak pasti juga kenapa saya yang kena) @_@. Tiba-tiba......saya teringat sesuatu. (jeng3)




Situasi 1
Teman:  Sid,mak awak ustazah ke?
     Sid:  Takdelah. Mak saya kerja biase jep. Operator pengeluaran kat kilang. Kenapa? ~_~
Teman:  Oooo....ingatkan ustazah. Gaya awak macam anak ustazah la. Siap bercekak lengan lagi. Sejuk perut ibu mengandumg... ^_^
   Sid:   Errrkk........Apasal???
Teman: Yalah, bertudung labuh. Kalah budak sekolah agama. :)
     Sid:  Haaa...........??? (sambil garu kepala dan pegang tudung)
Panjang sangat ke tudung aku nih? Rasenye same jep dengan diorang. Salah pandang apa?

Situasi 2
Junior: Kak Sid, berat akak mesti 60kg kan? Hehe....
    Sid: (Berkerut kening) Apasal?
Junior: Akak nampak gemuk la.......hehe
    Sid: (Eh, budak ni! Lempang sedas dua baru tau. Laser yang
          amat!) Dik.....berat akak tak sampai 50kg pun.........
          (sambil berlalu malas)

Berat aku pun jadi isu ke? Sukahati aku la.... errmmm...Astaghfirullah...cuba fikir balik. Ya.....tu dia! Aku nampak gemuk??? Alhamdulillah......wa syukurillah. Terima kasih Ya Allah ^_^.... (Adakah anda berasa pelik?)

Situasi 3
Semasa hari sukan sekolah. Orang lain sibuk bersorak untuk pasukan masing-masing. Saya pula sibuk ke hulu-hilir bersama kawan baik. Sekadar bersorak di dalam hati. Tak molek rasanya apabila seorang perempuan yang telah akil baligh terjeri-jerit bagai nak terkeluar anak tekak. Aurat tu. Biarlah segalanya untuk suamiku yang sah. Segalanya hanya untukknya. (",) Saya ambil tempat di suatu tempat. Tengah syok-syok duduk, tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki.


Boy: Eh, ada budak tudung labuh la! (gaya macam tak pernah nampak perempuan!)
    Sid: (buat tak dengar)
 Boy: Nak sorak dengan budak tudung labuh lah. Hehe.... (selamba badak je dia ambil tempat sebelah Sid)
  Sid: (Nak kena budak nih. Grrrrr.......Sebelum puting beliung aku
         datang, dan sebelum budak ni masuk wad  aku kerjakan, baik
        aku berambus. Tak boleh tengok orang senang!!!)

Situasi 1
Mentaliti masyarakat mengatakan, pelajar sekolah menengah agama bertudung labuh. Sehinggakan apabila pelajar sekolah menengah kebangsaan memakai tudung labuh, orang akan pandang pelik. Kenapa ya?
Tidak layakkah untuk mereka berpakaian sedemikian? Kalau tengok je ok lagi. Tapi jadi tak sedap la bila dengar orang mengata, cth:eh...budak tu pakai tudung labuh la! Perasan baik la tu! Padahal sekolah biasa je (mulut terjuih-juih umpat orang,dah maca sotong kurita mulut tu)

Situasi 2
Kenapa Sid bersyukur apabila orang mengatakan dia gemuk??? Sid gembira la....sebab itu tanda dia telah menutup auratnya denagn sempurna ^_^. Alhamdulillah.....orang tak tau saiz badan aku (kata Sid). Biarlah....Diriku bukan untuk tontonan umum. Biarlah aku menjadi halimunan. Perempuan yang baik itu tidak dipandang dan memandang :).

Situasi 3
Ya......sejahat-jahat lelaki pun, dia tetap akan tertarik pada wanita yang solehah. Wanita solehah, mempunyai perisai yang sangat sukar untuk ditembusi sang lelaki. Hanya yang benar-benar layak sahaja mampu menebusi perisai itu. Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik juga. :)



 p/s:maaf sekiranya penulisan kali ini kurang baik.(macam la yg sebeblum2 ni baik) Keadaan
kurang enak :) 

Sunday, 3 July 2011

Luv UkHwAh (",)

Seorang pemuda duduk melepaskan lelah
Matanya ralit melihat suatu arah
Seorang ibu sedang memimpin anak kecilnya melangkah
Jatuh si kecil berulang kali akibat tersalah langkah
Namun tetap tertawa indah.......


Si kecil gagah bertatih
Tidak dihiraukan akalnya yang merintih
Minta berhenti sebentar lantaran pedih
Namun hati menolak segala jerih
Ingin juga melangkah menanggung perih





Si ibu waspada memerhati si kecil
Dilepas bebas agar si kecil tidak merasa terpencil
Dari situ si kecil akan belajar dari insan kerdil
Dia boleh tampil dengan penuh yakin


Pemuda merenung jauh
Mencongak lautan minda yang akan berlabuh
Lantas dicampaknya sauh
Istiqamah agar hatinya turut patuh





Pandangan pemuda menyapu wajah
Si kecil tunduk malu berasa resah
Lantas diraihnya tangan ibu pengubat gundah
Tersenyum dia kepada pemuda di sebalik jubah


Si ibu tertawa melihat keletah si kecil
Lembut hati si kecil di ambil
Untuk mendekati si pemuda yang semakin hampir
Meniup keyakinan bahawa tiada yang perlu dikhuatir


Si kecil bagaikan mengerti
Lembut tangan dihulur untuk disalami
Terukir senyuman di bibir insani
Meski malu masih menabiri


Huluran tangan si kecil lantas di sambut
Mahabbah antara dua insan akhirnya bertaut
Meski hanya antara  pemuda dan anak kecil yang takut-takut
Syukur dipanjat agar ukhwah mekar selaut


Tidak sukar untuk membentuk ukhwah bukan? Sekadar senyuman indah yang lahir dari hati, mampu menjadi penyejuk kepada segala kepanasan. Bersangka baiklah kepada sesama saudara, kerana itulah sekecil-kecil ukhwah. Walau kepada anak kecil sekalipun....jangan dipandang rendah kebolehan mereka, kerana mungkin itulah yang bakal merencana Islam pada masa hadapan. Usah dipandang remeh segala usaha mereka, hargailah kerana itu boleh menjadikan mereka insan yang gagah memimpin Islam untuk hari esok.....sekadar peringatan ringkas dari insan kerdil~ ^_^ salam mahabbah 


Friday, 10 June 2011

LeLaKi ItU........ T_T



                                                                                                             

Naluri si lelaki bergetar hebat
Terlihat cik adik berseluar ketat
Istighfar dia dengan penuh ralat
Moga-moga iman masih melekat

                                                                                                      
                       

Si lelaki berusaha menundukkan pandangan
Meski ujian asyik berkeliaran                                                                                            
Sungguh dia meminta kepada tuhan                                                                                   
Agar dapat terus bertahan                                                                                       



Mengapa wahai cik adik?
Tak habis-habis menggoda si lelaki
Kasihan dia wahai cik adik
Bermatian berjuang mempertahankan iman yang berbaki                                      


Si lelaki sentiasa muhasabah diri
Segala kelemahan diteliti
Oh, alangkah lemahnya diri!
Sendunya mengiringi meratib asma' Ilahi


Si lelaki masih berjuang
Tidak akan tumbang dengan senang
Pantang berundur sebelum syahid atau menang
Pada Allah dimohon kekuatan agar tidak pincang


Godaan demi godaan yang mendatang
Ditepis dengan hati garang
Mudah-mudahan jiwanya lapang
Tidak terbuai dengan badai yang menjelang


Hatinya nekad seorang pejuang
Demi menegakkan risalah Islam
Dirinya rela berkorban dan terus berjuang
Hanya mardhatillah menjadi impian......