Thursday 16 June 2011

InDaHnYa iLmU

Bismillahirrahmaanirrahiiim.....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....


Alhamdulillah...... :)   Terbayang-bayang wajah-wajah bonda, ayahanda serta sanak saudara. Insyaallah, kami akan balik tak lama lagi. Sekarang, semua pelatih yang terlibat sedang giat menjalani latihan untuk sukan ILKKM yang akan berlangsung kurang 48 jam dari sekarang. Semua berusaha untuk melakukan yang terbaik. Insyaallah.... Kurang 3 minggu dari sekarang kami semua akan melangkah ke semester 4. Semakin hari, tanggungjawab semakin bertambah. Assignment semakin menimbun meski cuti semester belum lagi bermula.
Ya....perjuangan mesti diteruskan. Perjuangan dalam menuntut ilmu demi menyemarakkan Islam tercinta.





Di sini saya selitkan sedikit bingkisan tentang ilmu. Moga bermanfaat hendaknya. =)


Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: "Aku adalah perbendaharaan ilmu dan Ali adalah pintunya."


Apabila didengari oleh orang khuarij, terasa hasad di hati mereka. Maka, mereka pun berkumpul untuk meminta Saidina Ali menjawab soalan :"Mana lebih afdhal, harta atau ilmu?"
Jawab Saidina Ali: Ilmu.
1-Ilmu pakaian para anbia', manakala harta adalah pakaian Qarun.
2-Ilmu memelihara akan harta, kamu memelihara akan harta
3-Yang mempunyai ilmu banyak sahabatnya, sedangkan yang mempunyai harta banyak musuhnya.
4-Ilmu apabila diberikan pada orang akan bertambah, manakala harta apabila dibahagikan pada orang akan 
    berkurang.





5-Orang yang banyak ilmu akan diseru dengan nama  yang mulia sedangkan orang yang banyak harta                     dipanggil bakhil dan cela (jika kedekut)
6-Ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, manakala harta sentiasa menarik perhatian pencuri,
7-Ilmu di akhirat mencari syafaat, manakala harta akan dihisab akan ia.
8-Ilmu tidak akan binasa kerana lama masa, sedangkan harta binasa kerana lama masa.
9-Ilmu boleh menerangkan hati, manakala harta boleh mengeraskan hati.
10-Orang yang memiliki ilmu mengimpikan kehambaan, sedangkan yang memiliki harta mengimpikan ketuhanan dan kebesaran.


Bahawasanya menuntut ilmu itu hendaklah diniatkan:
1-Menuntut kerana mencari keredhaan Allah.
2-Mengamalkan ilmu untuk manfaat di akhirat.
3-Keluar daripada kalam jahil kepada cahaya ilmu.
4-Mendapat faedah di dunia dengan melakukan ibadat.





Belajar ilmu itu kebajikan, menuntut ilmu itu ibadat, mengulangkaji ilmu itu tasbih, bertanya akan ilmu itu perang sabil, mengajar akan ilmu itu sedekah, memberikan ilmu bagi ahlinya mendekatkan diri kepada Allah.....


Kata Ibn Mas'ud: Tiada dapat ilmu itu dengan banyak mengaji kitab, dapatnya ilmu itu dengan nur yang dikurniakan Allah dalam hatinya.





Buat diri dan semua, dapat disimpulkan di sini bahawa, sentiasa perbaiki niat kita dalam menuntut ilmu.  Adab orang menuntut ilmu, perlu menyucikan hati daripada segala sifat mazmumah seperti riya', takabbur, ujub, hasad. Knockout mazmumah!  Moga dipermudahkan dan beroleh rahmatNya..... :)





Sumber:Menghadapi Peperiksaan Cara Islam







p/s: maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan mohon diperbetulkan

Tuesday 14 June 2011

AkU kHaLiFaH


Bismillahirrahmaanirrahiim.......



Pada malam itu
Abang datang mengetuk pintu kamarku
Mengajak ku berbicara tentang sesuatu
Ku jadi hairan namun tetap ku turuti langkah itu


Wajah abang menyapu mata
Matanya seolah berharap padaku sahaja
Ku tahu, akulah harapan keluarga
Harus ku turuti langkah abang dan kakak menimba ilmu di sana





Aku hanya mampu menunduk tanpa bicara
Lidahku kelu seribu bahasa
Abang bagai memahami apa yang aku rasa
Lembut kata-katanya meminta ku memohon petunjukNya


Berhari-hari aku resah
Jiwaku sarat dengan gundah
Senyuman bonda pengubat duka
Penuh kasih sayang dia memujukku sambil berkata....jalannya sentiasa ada





Sokongan abang dan kakak amat kuharapkan
Kata-kata mereka ku jadikan pedoman
Meski hati terasa rawan
Terasa berat  memikul beban


Harapan mereka amat tinggi
Ingin melihatku berbakti untuk ummati
Ku cuba sebaik mungkin untuk ummah ini
Menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah
 di muka bumi

















Terasa pantas masa berlari


Rupanya sudah setahun lebih aku di sini 
Pelbagai peristiwa aku alami
Sememangnya pengalaman mendewasakan diri 






Pada Allah ku mohon taufiq dan hidayah
Moga tidak tersalah langkah
Melalui hari-hari dengan tabah
Selayaknya seorang khalifah.........


Adakalanya perkara yg kita tidak suka akan memberi manfaat pada kita.... dan adakalanya perkara yang kita suka akan memberi mudharat pada kita... Bersangka baiklah dengan Allah, kerana setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya... tidak Dia menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, melainkan ada maksud yang tersembunyi di sebaliknya....~salam sayang dari insan kerdil~




Monday 13 June 2011

ErTi SeBuAh MuJaHaDaH

Bismilahhirrahmaanirrahiim.....
Penulis insan yang lemah..... maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan....

Seorang gadis berjalan dengan tenang ke arah bas yang sedang menunggu. Hatinya gembira bukan kepalang kerana akan bertemu dengan keluarga tercinta kira-kira  9 jam dari sekarang. Tetapi jauh di lubuk hati, terselit sedikit kegusaran. Harap-harap perempuanlah yg duduk sebelah aku nanti,bisik hatinya. Usai meletakkan bagasi di tempat sepatutnya,dia pun melangkah ke pintu bas. Debaran di dada semakin kuat. Tiket bas diserahkan. Sambil melangkah,bismillahi tawakkal tu a'lallah......


Si gadis mengutuk diri,kalaulah beli tiket awal-awal,tak yah la risau gini..... si gadis terlewat membeli tiket,akibatnya semua tempat duduk untuk seorang telah ditempah. Yang ada hanyalah double seat.....duduk dengan siapa agaknya? hatinya bermonolog...... tengah sibuk hatinya dok membebel,tiba-tiba satu suara garau menyapa. Si gadis terkejut bukan kepalang. 
Dia cuba menarik nafas untuk menenangkan diri. Perlahan-lahan si gadis menoleh. Kepala didongakkan. Subhanallah...tingginya lelaki ni....sempat lagi hatinya berbisik. "Maaf,awak duduk di tempat saya",kata lelaki tersebut.


"Cube tengok atas,tengok no.tu....seat ni no. 12. Awak punya?" tanya si lelaki.


"aaaa....errmmmm....seat no.14",jawab si gadis tergagap-gagap. Si lelaki tersenyum manis...... Astaghfirrullah...zina mata ni.


Cepat-cepat si gadis melangkah ke belakang. malu tak terkata. Rase nak menyorok bawah katil jer rasenye.... malu,malu,malu!


Si gadis memastikan dia duduk di tempat yang betul.Berkali-kali kepalanya didongakkan ke atas,melihat no.seat yang tertera di siling bas. k
Kalau salah jgk tak tau la.....bisik hatinya. lebih 10 kali rasenya dia menjeling no.seat tu. Takut dan malu punya pasal. Sedang sibuk dia melayan perasaan,terdengar lagi suara seorang lelaki menegurnya. Rasa mahu luruh jantungnya saat itu juga. Duduk dgn lelaki ke?????? Batinnya menjerit  kesakitan. Tak mau.Tak mau,tak mau! Tapi apakan daya,si teruna telah pun duduk melepaskan lelah...... sunyi sepi..... masing-masing senyap. Si teruna hanya menunduk,dan menoleh ke kiri. Langsung tidak dipandangnya si gadis. Si gadis juga hanya menunduk dan melontarkan pandangan ke luar. Debaran di dada tak terkira lajunya. Ya Allah,selamatkan hambaMu ini...... doanya tidak putus2. 







Si teruna pula,mengalami perasaan yg sama. tak sangka duduk dgn perempuan kali ni. Selalu tu lelaki jgk.... kalau lelaki.bleh gak ajak borak,berkongsi cerita,idea dan ilmu......keluhnya. Mp3 dionkan. Telinganya aman mendengar alunan ayat Al-Quran drpd Sheikh Al-Ghamidi. Padahal debaran dada juga tak terkira lajunya. Dah rase ala-ala palpitation! Pertama kali duduk sebelah perempuan.....beg masing2 di tengah-tengah. Mata dipejam,cuba mencari ketenangan. Hatinya tidak2 henti2 berdoa dan berzikir pada Allah,moga2 terhindar drpd fitnah hati. Sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih 8 jam tersebut,masing-masing tidak mampu tidur. Hati2 mereka sentiasa hidup untuk  bertasbih,bertahmid dan bertakbir. 
Masing-masing tidak mengalah pada syaitan yg cuba bergayut-gayutan di pelupuk mata,mengajak tidur. Si teruna bimbang andai terlentok ke sana. Si gadis pula bimbang berlaku perkara yg tidak diingini. Astagfirrullah......cubelah husnulzhon skit..... ngarut jer aku ni....gerutu si gadis. ya Allah,peliharalah hati2 kami....... jauhkan kami drpd segala tipu daya  syaitan laknatullah....adu si teruna kpd penciptanya..... bas terus meluncur  laju membelah kepekatan malam.... antara si gadis dan teruna,masing-masing enggan menyerah..... mata yang menusuk minta dipejam tidak diendahkan.........bibir basah dgn zikrullah...meminta perlindungan Allah...meskipun gundah,masing-masing enggan menyerah...inilah kekuatan seorang mujahidah......
Go SyAbAb!!!!


Apa pendapat anda? Adakah mereka kolot  kerana tidak bertegur sapa? Adakah mereka mementingkan diri sendiri?
Pada saya,sama sekali tidak. Si gadis dan teruna,masing2 cuba memelihara agama mereka,kesucian hati mereka,masing2 takut dgn azab Allah. Pandangan mata direndahkan seboleh yg mungkin. Hati2 dipelihara sesuci yg mungkin.
Tidak terlintas langsung utk mengheret hati drpd melupakan maha Pencipta walaupun sedetik.
Bagaimana dgn kita.............?

7 jam 30 minit kemudian,bas berhenti di stesen bas shah alam. Si teruna turun dgn nafas lega. Mati-matian dia bermujahadah agar tidak terlelap. Bagasi ditarik. Senyuman terukir tatkala melihat wajah bapa tercinta,yang sanggup turun pagi2 buta demi menjemputnya. Tak terbalas jasa ayah. mereka berbalas pelukan rindu. "kenapa dgn mata tu? lain macam je sembabnya?"tanya si ayah.... si anak hanya tersenyum....

45 minit kemudian,bas berhenti pula di stesen bas klang. giliran si gadis pula turun.... alhamdulillah...... nasib baik dia turun kat shah alam.... ucapan syukur meniti di bibir,entah berapa kali. syukur krn tiada apa yg berlaku. syukur krn telah selamat sampai ke kmpg halaman. syukur krn x terlelap sepanjang perjalanan tadi! bagasi ditarik. snyuman terukir tatkala mata menyapu wajah abang long tak jauh dari tempat dia berdiri. abang long segera menghampiri. huluran tgn bersambut lalu disambut dan dicium penuh syahdu. rindu tak terkata...  "kenapa mata tu? sembab semacam je abang tengok?"tanya abang long.... hanya senyuman yg menyambut soalannya.......

ringkas jer...... tp inilah situasi yg selalu berlaku di dalam bas ekspress. penulis pernah mengalaminya.... malang tak berbau..... asyik diajak berborak sampai penulis rase sakit hati yg amat sangat.... tak tau nak wat per.... akhirnya penulis hanya mendiamkam diri...... anda camner pula......?


Friday 10 June 2011

LeLaKi ItU........ T_T



                                                                                                             

Naluri si lelaki bergetar hebat
Terlihat cik adik berseluar ketat
Istighfar dia dengan penuh ralat
Moga-moga iman masih melekat

                                                                                                      
                       

Si lelaki berusaha menundukkan pandangan
Meski ujian asyik berkeliaran                                                                                            
Sungguh dia meminta kepada tuhan                                                                                   
Agar dapat terus bertahan                                                                                       



Mengapa wahai cik adik?
Tak habis-habis menggoda si lelaki
Kasihan dia wahai cik adik
Bermatian berjuang mempertahankan iman yang berbaki                                      


Si lelaki sentiasa muhasabah diri
Segala kelemahan diteliti
Oh, alangkah lemahnya diri!
Sendunya mengiringi meratib asma' Ilahi


Si lelaki masih berjuang
Tidak akan tumbang dengan senang
Pantang berundur sebelum syahid atau menang
Pada Allah dimohon kekuatan agar tidak pincang


Godaan demi godaan yang mendatang
Ditepis dengan hati garang
Mudah-mudahan jiwanya lapang
Tidak terbuai dengan badai yang menjelang


Hatinya nekad seorang pejuang
Demi menegakkan risalah Islam
Dirinya rela berkorban dan terus berjuang
Hanya mardhatillah menjadi impian......






Thursday 9 June 2011

~........UkHwAh FiLlAh........~

i

Seorang sahabat terguris
Kerana sahabatnya menghiris
Namun dipendam hati yang terguris
Kerana dia tahu sahabatnya tidak sengaja menghiris



Hati sahabat diruntun sayu
Jiwa sahabat dirundung pilu
Bukan niatnya buat begitu
Namun entah kenapa emosinya turut lesu


Sahabat terguris amat memahami
Jiwanya lembut sarat didikan Islami
Tidak pernah sahabatnya didendami
Malahan semakin dia disayangi


Sahabat menghiris menyesal tak sudah
Pada Allah diadukan segala masalah
Dalam sujud dia bermujahadah
Menginsafi diri yang penuh dengan silap dan salah


Sahabat terguris amat positif
Meski hatinya semakin pasif
Diadukan juga segalanya kepada Ya Latif
Moga ditunjukkan jalan kepada yang arif


Sahabat menghiris datang bersama sendu  
Matanya memancarkan sinar tawadhu'
Memohon maaf dari dasar Qalbu
Egois dibakar menjadi abu


Sahabat  terguris tersenyum ceria
Meraikan sahabat yang saban waktu muncul dalam mimpinya
Tanpa ada sekelumit dendam dalam dirinya
Dipeluknya sahabat itu sekuat hatinya


Maka mekarlah mahabbah  Islami
Gagal lagi hasutan syaitan yang dilaknati
Melihat ukhwah yang erat bertaut kembali
Tanpa dapat disekati
tapi yang pasti.......
SEMUANYA HANYALAH KERANA ILAHI....... :)



TeRiMa KaSiH Ya Allah
Satukan hati2 kami dalam redhaMu
Tautkan hati2 kami untuk menujuMu
Segalanya hanyalah untukMu Ya Allah.......

 

Di MaNa SyAbAb pEmBeLa IsLaM....?

 Bismillahhirrahmaanirrahiim.........
cuaca hari ini agak panas. mata ditala ke skrin laptop. penulisannya harus disiapkan segera. jari-jemari pantas menaip gugusan2 perkataan. otak diperah sehabisnya untuk mencerna ayat demi ayat. telinga pula disumbat dgn earphone,dendangan lagu2 mendidik jiwa diselangi zikir amat mendamaikan. sejak kecil hanya lagu2 sebegitu mejadi halwa telinganya. pernah juga dicubanya mendengar lagu2 inggeris dari artis2 seperti rihanna dan lain2 tapi dia tidak betah. telinga terasa perit dan kepala automatik berpinar. entah kenapa. sejak itu dia tidak berani lagi untuk mencuba2 mendengar lagu sebegitu. boleh mati terkejut aku,bisik hatinya. minda ligat mencari ilham untuk menulis. di katil,kelihatan seorang gadis sedang duduk bersila sambil termenung. panjang lamunannya. tangan yg sedang ligat menaip terhenti serta-merta.
apa kena dgn sahabat aku nih...? laptop ditinggalkan. langkah pantas menuju teman yg kelihatan sedang berdukacita.
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh....salam diberi tanda mahabbah yg suci. :)
teman yg baru tersedar pantas menjawab sambil tersenyum. subhanallah....ada pemerhati rupanya.... malunya....
gadis A: awk ok ke? teman tgk kamu dok termenung sokmo. fikir masalah negara ke? ate,ce cite2....
gadis B: sy ok.... takde apa2lah.... ;)
gadis A: yolah tu.... ingat teman dok nampak? kome termenung dekat satu jam dah rasenye.... ish3 ~_~
gadis B: kamu pernah dikhitbah?
gadis A: (terdiam sambil menggangguk) 
gadis B: kamu terima???
gadis A: ate kalau teman terima idok le teman ada kat sini ni haa..... (ketawa) knp? kamu dilamar?
gadis B: (tersenyum dan menggangguk)
gadis A: kamu terima? (tenang dan serius)
gadis B: (geleng) entah la...... sy tak berapa kenal dgn die.... tp apa yg sy tau die dah bnyk berubah....
gadis A: seeloknya istikharah dahulu...mohon petunjuk Allah..... errmmmm,berubah camner tu? positive or negative?
gadis B: (tersenyum pahit) dulu,kalau nak ckp dgn permpuan....dia nampak segan sangat2.... kawan sy pernah               ckp,muka dia akan merah mcm udang kene panggang.... tp sekarang....... hmmm....sy terkejut sangat bila dia                 tegur sy hari tu...... mcm.....die mcm dah xde  rase apa2.... selamba jer.... dah tiada rasa malu..... 
gadis A: Astaghfirullah........ hmmm....sy pun pernah mengalaminya.... sebelum tu sy sangat menghormatinya lantaran    peribadinya.... tp kemudian....... (nafas dilpaskan dgn berat) sy faham perasaan kamu.... ehmm..sejak tu terus                hilang rasa respect sy padanya.... ampunilah hambaMu ini ya Allah.... sy tahu, sy x lyk untuk rasa mcm tu...
 sy sendiri tak sempurna,bnyk salah silapnya..... tp sy x dpt tipu diri sy... hati tak mampu menerima perubahan            negatif tu.....
gadis B: kemana  perginya syabab dambaan agama penegak Islam.....?
gadis A: sesungguhnya hidayah itu milik Allah.... Dia akan beri pada sesiapa yg dikehendakiNya.... hmmm....Rasulullah pernah bersabda : jika kamu tidak malu, buatlah apa yg kamu mahu....(HR.Bukhari)
gadis B: Astaghfirullah..... naudzubillah..... semoga sifat malu sentiasa menjadi pakaian kita.....
gadis A: insyaallah...aamiin.... sebab tu lah kita jgn sombong dgn Allah... berdoa padaNya... minta petunjuk drpadNya.... matlamat mesti jelas.....hanya untuk mencari redhaNya....
gadis B: mungkin tuntutan persekitaran yg memaksa mereka berubah.....
gadis A: mungkin juga..... hmmm...antara telur, lobak dan serbuk kopi, mana satu awak pilih atau nak jadi?             gadis B: (terdiam) mungkin serbuk kopi kot..... sy suke kopi... ;)
gadis A: baik... pilihan yg bagus...! mcm ni..... kalau ketiga2 bahan td kita masukkan ke dalam air panas, apa yg akan 
terjadi? telur akan menjadi keras.lobak akan menjadi lembut dan air tu akan jadi hitam kerana serbuk kopikan...?
gadis B: (menggangguk) jadi?
gadis A: biarlah kita yg mencorak sesuatu persekitaran itu..... maksud di sini, telur menjadi keras dan lobak menjadi         lembut kerana mereka mengikut keadaan persekitaran yg air  panas. sebaliknya pulak bg serbuk kopi, dia yg               menyebabkan air tu menjadi hitam... mcm tu jgk dgn kita, jadilah seperti serbuk kopi yg jika dicampak kat                       mana2  pun biar kita yg merubah suasana tu....  kalau suasana tu x baik, kita ubah jadi baik. kita perkenalkan                 keindahan  Islam pada persekitaran tu..... maksudnya x semestinya kita yg kena berubah....tp kalau dah sah2                 kita yg salah kene la hijrah yg salah tu kpd yg benar....... awk fhm? :)
gadis B: :) faham ustazah...! 
gadis A: Ish awak ni..... (tangan pantas mencubit lengan gadis B)

-panorama di atas adalah kisah benar yg diadjust skit oleh penulis..... tp betul la..... polemik yg melanda memaksa penulis untuk menulis tentang ini. moga dapat menjadi renungan bersama.... T_T   maaf untuk segala ketidaksempurnaan...penulis insan yg lemah.....peace-

AYUH SYABAB PEMBELA ISLAM
BANGKIT DARI LENAMU
SASARKAN MATLAMATMU
TEGUHKAN PENDIRIANMU
KUATKAN SEMANGATMU
KAMU HARAPAN UMMAH
KAMU KHALIFAH YG DIBERI AMANAH
TUNAIKAN KEWAJIPANMU
MOGA ALLAH SENTIASA MEMELIHARAMU........

Wednesday 8 June 2011

~KeMaLaNgAn iTu tErASa NiKmAt~

Bismillahirrahmaanirrahiim.......

Seorang gadis bergegas menuju ke basikal yang tersadai di sebelah rumah. Keadaannya agak tergesa2, bimbang andai lambat ke sekolah. Jam di tangannya dijeling. Tepat 7.00 pagi. Masih ada 15 minit untuk sampai ke sekolah. Pada 7.15 biasanya perhimpunan harian akan dijalankan di dataran sekolah. "Emmmm....insyaallah sempat ni. Kayuh pelan2 okey kot.....",hatinya berbisik. Dengan lafaz Bismillah basikal dikayuh. Sambil hati berzikir memuji keindahan alam pagi yang nyaman meski bunyi kenderaan yang lalu lalang agak membingitkan telinga. Kedua2 tangan memegang handle basikal. Di tangan kanannya terselit borang untuk mengeluarkan duit biasiswa. Dia perlu meminta tandatangan guru yang menguruskan biasiswanya sebelum mengeluarkan duit di bank. Ibu dan ayahnya sudah lama bersara. Jadi dengan duit biasiswa itulah dia membeli buku2 rujukan dan sebagainya.

Kayuhan semakin laju. Keadaan masih gelap lantaran matahari belum mahu menunjukkan diri. Tangan dan pipinya sejuk disapa dingin bayu pagi. Sebenarnya, hari ini kelasnya iaitu kelas 5 sains 2 akan dibawa ke stadium Malawati Shah Alam sempena hari belia negara. Entah mimpi apa kelasnya terpilih agaknya. 5 Sains 1 tak pula disuruh pergi. Hatinya bermonolog. Mata menjeling borang di tangan kanan. Kecil je kertas tu. Kaki masih setia mengayuh. Hatinya tergerak untuk menggerakkan tangan kiri agar mengambil kertas tersebut dai tangan kanan. Segala2nya berlaku begitu pantas. Semasa dia menggerakkan tangan kirinya itulah, tiba2 handle basikal terdorong untuk ke tengah jalan tanpa dapat dikawal. Dia berjaya menghentikan kayuhan,tetapi kakinya pula tersangkut di kain sekolah yang dipakainya. Serta-merta dia jatuh. Seluruh bahagian kiri tubuhnya terhentak ke jalan tar. Mujur ketika itu jarak kenderaan lain agak  jauh darinya. Jika tidak......mungkin kemalangan ngeri akan berlaku. Dan dia masih dalam keadaan terbaring akibat tragedi tadi.Aisshhh.....rasa mengantuk je mata ni. Panahan daripada lampu kenderaan di hadapan dan belakangnya  agak menyilaukan pandangan. Serta-merta dia tersedar bahawa dia masih di atas jalanan. Perlahan-lahan digagahkan diri untuk bangun dan duduk. Tudung yang terdorong ke depan dan hampir tercabut dibetulkan. Subhanallah.....malunya! Jatuh tengah2 jalan. Ramai orang tengok pulak tu. Dia cuba berlagak selamba walau hati tidak keruan. Jantungnya berdenyut laju (kalau doktor check, mungkin lebih dahsyat dari tachycardia). Pipinya merah menahan malu, kalah kalau ada lori blusher tumpah atas jalan. Malu kerana dia TERbuat road block di tengah2 jalan! Dengan segala kudrat yang ada, gadis tersebut cuba berdiri. Beg galasnya dibetulkan. Siku kirinya berasa perit. Harap2 lengan bajunya tidak koyak. Basikal segera dibangunkan dan dibawa ke tepi jalan. Setelah  si gadis beredar ke tepi, barulah traffic kembali lancar. Si gadis masih mamai nampaknya. Cermin matanya terasa senget. Tiba-tiba dari belakang muncul seorang lelaki sebaya ayahnya. "Adik ok tak ni?" tanya lelaki tersebut. Wajahnya sarat kasih sayang seorang ayah menunjukkan kerisauan yang tinggi. Si gadis hanya mampu tersenyum sambil mengangguk. "Nak pak cik hantar ke klinik? Cedera tak? Tangan ok tak? Patah ke?"soalan bertubi-tubi menujah si gadis. Takpe pakcik, saya baik2 ja. Insyaallah takde apa2", jawab si gadis meyakinkan lelaki yang dipanggil pakcik tadi. Lelaki itu tampak lega, namun garis2 kerisauan masih jelas terpancar di wajahnya. "Kalau macam tu takpelah. Hati2 bawa basikal. Ha...ni pakcik jumpa kertas ni tadi. Tak tau kertas apa. Adik punya kan?"  Si gadis mengangguk lagi, "Terima kasih pakcik", katanya sambil tersenyum. Mungkin kertas itu terbang ketika dia jatuh tadi.

Basikal di sisi segera dicapai. Kayuhan diteruskan. Tetapi bukan menuju ke sekolah sebaliknya patah balik semula ke rumah. Bajunya kotor akibat bergeser dengan jalan tar yang hitam. Semasa dalam perjalanan pulang itulah seluruh bahagian kiri tubuhnya terasa berbisa. Terasa ada sesuatu yang mencucuk2. Kayuhan semakin perlahan lantaran kesakitan yang semakin mencengkam. Sampai di rumah, ibu terkejut melihat dia di muka pintu. Pertanyaan ibu tak mampu dijawab sepenuhnya. Kemalangan, jawabnya. Selepas  melalui sesi    interview tak rasmi dengan ibunya, terus dia terlena. Terlupa sebentar akan kesakitan yang dialami. Sikunya mengalami sedikit kecederaan, sarung lengannya pula berlubang sedikit. Manakala seluruh sendi sebelah kirinya terasa lenguh dan berbisa. Takpelah....bukan selalu sakit pun. Allah bagi sakit sebab Allah sayang. Hatinya bermonolog lagi. Sakit tu kan sebagai kafarah dosa. Mudah2an senang di akhirat nanti. Itu pesan ustazahnya di sekolah.

Keesokannya, dia ke sekolah seperti biasa. Kesakitan yang dialami diabaikan sementara. Perjuangan harus diteruskan. Kepada sahabat2nya diceritakan serba ringkas tentang apa yang berlaku semalam.
Ketika pulang, seorang sahabat tersenyum sambil berkata, "awak insan terpilih". :)
"Erk? Saya tak faham," jawab si gadis. "Allah memilih awak supaya tidak hadir ke majlis belia tu. Sungguh, awak akan menyesal jika menghadirinya,"jawab sahabat. "Kenapa? Bukan seronok ke?"
Sahabat tersenyum lagi, "belia bercumbuan, buat perkara tak senonoh, berpegangan, bergaul tanpa had, seronok ke tu?" Si gadis terkedu. Astaghfirullah! Seteruk itukah belia Malaysia? " Selama ni kita hanya lihat di kaca televisyen sahaja, tetapi semalam kami dah menyaksikan pelbagai ragam anak melayu, belia Malaysia yang dibanggakan. Tak sanggup mata kami untuk terus melihat betapa terlalu ramai belia Malaysia yang hanyut", sambung  sahabat itu." Allah memilih awak supaya tidak menyaksikan segala kemungkaran itu kerana Dia tahu mungkin awak tidak kuat untuk menghadapinya. Lagipun denagn cara itu pandangan awak lebih terjaga. Meskipun awak mengalami kesakitan....tapi lihatlah, hikmahnya sungguh besar".

Si gadis termangu lagi. Betul. Hikmahnya sangat besar. Terasa nikmat kemalangan itu..... Memang.....memang dia sukar untuk menatap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Matanya cepat mengalirkan air mata lantaran berasa kerdil kerana tiada apa yang boleh dilakukan. Alangkah lemahnya iman! T_T