Sunday 24 July 2011

SePoHoN SeMaLu ^_^

Bismillahirrahmaanirrahiim....


Malam itu, abang pulang dengan wajah letih. Namun sempat lagi dilontarkan senyuman nipisnya kepadaku. Menunggu abang pulang merupakan tugas tak rasmiku kerana (tidur paling lewat)biasanya aku yang akan membukakan pintu untuknya. Melainkan jika aku teramat mengantuk,(memang tak care la). Biasanya abang akan terus tidur setelah mandi dan solat. Tapi entah kenapa malam itu dia turut serta menonton TV bersamaku. Aku  hanya mendiamkan diri (tengah syok layan cerita sebenarnya)
Abang: Dik.... 
    Aku: Ya....(tak menoleh pun)
Abang: Nak dengar cerita tak?
    Aku: (Apa kes abang aku ni? Ada perlawanan bola ke malam nih)

Abang: Tadi sahabat abang hantar e-mail. Kalau boleh, dia suruh sampaikan cerita ni pada semua muslimah. 
           Dan.....abang ni, mana la kenal muslimah lain selain Adik. Adik nak dengar tak?
   Aku: (Jadi tertarik tiba-tiba) Teruskan.... Macam best je.. :)
Abang: Dengan senang hatinya......




Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan 
bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya 
mereka berdua di bawah 
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon 
semalu, kakinya berdarah lalu 
mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan 
kepada bapanya apalah gunanya 
pohon semalu itu berada di situ dengan nada 
yang sedikit marah. Rasulullah 
dengan tenang berkata kepada puteri 
kesayangannya itu bahawasanya 
pohon semalu itu amat berkait rapat dengan 
wanita. Fatimah terkejut. 
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para 
wanita hendaklah mengambil
pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 
aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila 
disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai 
perasaan malu (pada tempatnya).



Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk 
mempertahankan 
dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu 
mempertahankan diri dan maruah sebagai 
seorang wanita muslim.

BEWARE!!!
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang 
yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah 
hendaklah mempunyai 
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah 
Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan 
sendirinya apabila 
senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, 
kembalilah ke 
rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah 
pengajaran dari semalu walau pun 
ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Abang: The end.....sekian terima kasih ^_^
    Aku: Besar hikmah pohon semalu......
Abang: Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah...... Dik, esok pagi kita ambik pokok semalu 
            banyak-banyak ye.,,,hehe
Aku: Nak buat apa?
Abang:Kita buat hiasan dalam rumah...hehe :D
    Aku: Mengarut! Buang tebiat la abang nih..huh


Friday 22 July 2011

Panggilan Yang Tidak Disangka (2)

Sambungan daripada Luv Usrati (1)........ ^_^


Sumayyah meraup wajah berkali-kali. Nafas dihela perlahan-lahan. Buku Medical-Surgical yang seberat 5 kilogram ditatap tanpa perasaan. Terganggu seketika niatnya untuk mencari  maklumat tentang DOTS atau directly observe treatment supervission. Dia baru selesai bercakap dengan abangnya.Ada berita penting katanya. Direct to the point,ingtkan apa,,,,Rupanya ada yang ingin merisik. Haddoiii....umur baru setahun jagung. Tak layak lagi rasanya untuk fikir ka arah itu.Sebiji epal diambil dari rak makanan lalu diletakkan di atas bukunya. Comelnya epal ni,desisnya.. Epal yang tidak bersalah itu direnung dalam-dalam sambil hati bermadah zikir memuji Maha Pencipta. (kalaulah matanya ada pancaran laser, mau berlubang itu epal) Hatinya bermonolog, hai Encik Epal? Kenapa En.Epal ni comel sangat? Tak sampai hati pulak saya nak makan....bla...bla..bla...  Tiba-tiba.....




"Hah!"
"Allahuakhbar!"
"Hehe.....termenung saja kerjanya",kata Wa sambil tersengih mengusik.
"Mana ada.....",balas Sumayyah selamba.
"Apasal abang kau call tadi?" tanyanya serius.
Sumayyah buat muka dono. Malas mahu melayan. Karang aku jugak yang kena balik,desisnya,
"Cik Sumayyah.....ngapain kakangmu nelepon tadi? Kayaknya ada hal penting," berkerut-kerut  muka Wa sabar menanti jawapan.
"Upsss! Jeng jeng jeng......Kena khitbah lagi ea?"sambungnya sambil menekup mulut. Matanya bulat memandang Sumayyah. Belum sempat Sumayyah menjawab, bergema tawa Wa sambil mengucap syukur.
"Alhamdulillah.....", ucapnya berkali-kali.
"Apasal kau nih? Dia risik je. Bukan khitbah", balas Sumayyah kebingungan.
"Heha.....lebih kurang la tu. Kau terima?", mekar bibir Wa mengulum senyum.
Bulat mata Sumayyah mendengar pertanyaan itu.
"Mengarut! Belajar tak habis lagi. Ish!" Sumayyah menggeleng-geleng kepala. Sungguh,dia hampir-hampir lupa tentang itu. Sejak merantau ke sini, masanya banyak dihabiskan dengan kelas, assignment, buku, blog, usrah dan seribu satu jenis perkara yang menuntut untuk diselesaikan. Jadual harian yang agak padat memaksa dia berfikir di luar kotak fikiran. Dia sedar tentang itu. Terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam dirinya. Hanya dia yang tahu, Sumayyah yang sekarang bukan lagi Sumayyah yang dulu.......




Lelaki? Istilah itu hampir tiada langsung dalam kamus hidupnya sejak setahun yang lalu.Heh,semua pelajar di sini berjantina perempuan. Dia sudah terbiasa dengan keadaan itu sehinggakan apabila berada di luar kolej, dia akan berasa takut apabila melihat makhluk yang berlawanan jantina dengannya. Huh....pelik...pelik.....
"Aku nak keluar pergi beli roti ni. Mau ikut? suara Wa bergema memecah lamunannya.
"Oh...errr....takpelah. Roti hari tu masih ada lagi",balasnya.
"Nak kirim?"
Sumayyah hanya menggeleng sambil cuba mengukir senyuman. Jiwanya sangat kacau-bilau saat ini.
"Ok, kalau nak apa-apa, call eh," Wa memang begitu. Sangat mengambil berat tentang sahabatnya. Moga ukhwah ini kekal hingga ke sana.


Jam di pergelangan kanan ditilik. Dahulu dia biasa memakai jam di tangan kiri. Tapi, kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah,  memakai jam di tangan kanan hukumnya harus. Lebih elok daripada tangan kiri. Sejak itulah dia cuba mengubahnya meski agak sukar pada permulaannya. Itulah org kata, betul kan yang biasa, biasakan yang betul. Eh, dah pukul 9.45 pagi! Apa-apa hal Dhuha dulu.......


“Ya Allah, sesungguhnya waktu dluhaa adalah waktu dluhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dluhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”


Jiwanya tenang kembali setelah usai solat. Segar menyengat ke sanubari. Sememangnya dengan mengingati Allah itu hati-hati akan menjadi tenang. Sumayyah tersenyum sendirian tatkala terkenangkan kata-kata seorang temannya.
"Betul Su... Bila aku tengok mukanya, rasa tenang je. Aku rasa, dialah bakal suamiku".
Dia tidak pasti sejauh mana ketenangan yang dimilki tatkala hati dipenuhi cinta yang belum halal antara manusia. Benar....cinta itu fitrah. Tetapi, andai manusia bijak mengendalikannya, bukankah lebih molek.
Ah, setiap individu mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Apa hakku untuk menidakkan itu semua? Mindanya mencerna lagi tentang kelebihan menunaikan Solat Dhuha.


 Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Betapa banyaknya dosaku........ Sungguh aku malu untuk ke syurgaMu, namun aku tidak sanggup untuk ke nerakaMu.......
Dosa ibarat buih di lautan.......... Moga masih ada pengampunan


Deringan telefon menyentak lamunannya. Ada mesej masuk. Sungguh sejak akhir-akhir ini  dia agak malas berhubung dengan sesiapa. Jika mahu menelefon ke kampung baru menggelabah mencari handset. Dengan malas telekung ditanggalkan. Mana eh aku letak handset? Minda menggagau cuba mengingati.
Rasanya kat sini......Bunyinya ada, bendanya kok enggak ada. Ooooo....bawah bantal la... Ish..Ish..Ishh.. :)

Keypad ditekan....tot..tet...tot...tet...
-Assalamua'laikum w.b.t. Kaifa haluki ya ukhti?
Erkk....siapa ini? Dia berkira-kira sama ada mahu membalas atau tidak. Nombor yang tertera tiada dalam senarai. Kalau lelaki bagaimana? Handsetnya berdering lagi. Kali ini megeluarkan irama lain pula. Tanda ada panggilan masuk.
Ah, sudah! Dia call la pulak...... ~_~  Jarinya masih was-was mahu menekan punat hujau.

Akhirnya.......
-Hello...Assalamua'laikum Su? Sumayyah?
Sumayyah melepaskan nafas dengan lega. (Gaya macam baru lepas terserempak dengan hantu)
Alhamdulillah......perempuan rupanya. Tapi siapa ya?
"Waa'laikummussalam w.b.t.. Ya? Sumayyah bercakap."
"Kenapa tak reply tadi? Buzy eh? Ana mengganggu?"
"Errr....maaf ya. Boleh tahu siapa di sana?"
Kedengaran suara riang di hujung sana. "Enti tak kenal ana? Ni Angah la.... Hehehe...."
Lorrr.......sepupuku rupanya.... "Astaghfirullah...ingatkan alien mana tadi. Enti sihat? Baru tukar nombor ke?" Sirna kegusaran, terbit kegembiraan. Rasa rindu bertamu tanpa diundang. Inilah hikmah ukhwah kerana Allah. :)
"Maaflah. Lupa nak kenalkan diri tadi. Alhamdulillah...ana sihat. Enti bagaimana? Kapan mau pulang. Ana sudah kangen nih."
Sumayyah tergelak mendengar Angah berkata slanga Indonesia. 
"Ya sih....ana juga kangen sama kamu. Insyaallah ana balik seminggu sebelum raya."
Lama sudah tidak bertemu dan berbicara. Hari ni baru 23 Sya'ban. Tak lama lagi Ramadhan menjengah. Tak sabarnya puasa! ^_^ 
 Hampir dia lupa sepupunya itu sedang bercuti semester.
"Hmmm....lambat lagi tu. " Keluh Angah. 
"Apakan daya.........^_^ Jurusan kita tidak sama. Time ana cuti, enti tak cuti, time ana tak cuti, enti pula cuti."
"Ada sesuatu yang ana nak beritahu enti ni."
"Ya..? Silakan dengan senang hatinya ana mendengar." ^_^

Bersambung...........







RaHsIa sUjUd

Sinar mentari gah menerangi alam. Bayu berpuput lembut manampar pipi. Segar. Tenang menjalar di segenap urat saraf. Laut beralun lembut mendatangi pantai. Setia mengikut aturan alam. Tidak pernah lewat atau cepat sesaat pun. Tak jemu-jemu merentasi samudera beribu batu. Ah, adakah aku sesetia itu?

Setia untuk terus sujud kepadaMU..... Teringat perbincangannya dengan abang-abang usrah. Betapa banyaknya RAHSIA sujud yang mungkin tidak kita ketahui. Aduhai.......memang kecil diri ini. Arif melepaskan nafas dengan payah. Layakkah aku untuk berada di sini? Menghirup udara sedang hati dan jiwaku kadang-kala lalai untuk mengingatinya............?  Sujudku memohon pengampunan..... Sujudku memohon pertolongan..... Sujudku mendambakan keredhaan Tuhan......



Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya.


Ulama' mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan sujud dengan lebih lama.


Berikut merupakan antara hikmah sujud yang diterangkan secara ringkas :). Semoga bermanfaat ^_^


*Melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
*Mengurangkan kesakitan  bagi pesakit appendiks atau limpa. (biasanya pesakit appendisitis akan berada dalam kedudukan c-shaped iaitu membengkokkan badan untuk mengurangkan kesakitan)





*Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
*Meringankan bahagian pelvis.
*Dapat menggerakkan otot bahagian bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika sujud. Pergerakan otot ini mampu menjadikan otot lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan perjalanan darah bejalan lancar.
*Mengurangkan kegemukan
*Memberi dorongan supaya mudah tidur. 

Bismillah......zzzzzzZZZZZZzzzzzzzz


*Dari sudut perubatan:-
-Dengan sujud, otak manusia iaitu organ terpenting akan dapat lebih banyak bekalan darah dan nutrrien untuk melaksanakn fungsinya.(Kerana ada sebahagian daripada bahagian otak yang tidak dimasuki darah kecuali hanya dengan bersujud)  Ini sekaligus akan mneyegarkan otak serta menajamkan fikiran dan menguatkan mentaliti seseorang.


-Kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain.
*Dari sudut psikologi:-
-Membuat kita merasa rendah diri dan rendah hati di hadapan Yang Maha Esa sekaligus membuatkan kita mengikis sifat sombong,takbur dan lain-lain.





Nah, apalagi alasan untuk bermalas-malasan  sujud kepadaNya......?

Saturday 16 July 2011

Kecik, kerdil dan Yang Sewaktu Dengannya....T_T

Bismillahirrahmaanirrahiiim.........

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.......

Errr.......ni Sid lagi. Entah pergi mana pemilik blog nih. Takpe ye...biar Sid tulis. :)  
Hari tu Sid berpeluang untuk naik kapal terbang. First time, gayat jugak. Alhamdulillah, Sid berpeluang untuk dudukdi sebelah tingkap, so nampak la sayap kapal terbang tu dan juga pemandangan indah di bawah. Subhanallah, kemetotnye kita. Sangat-sangat kecil. Rumah-rumah dan jalan-jalan tersusun bagaikan kotak-kotak kecil. Syahdu mata memandang. Bagaimana agaknya Allah memandang kita? Maha Besar Allah, pemilik segala kekuasaan. Jangan sombong dengan Allah, kita ni kecik je.  Tapi, memandangkan penerbangan tersebut  adalah pada malam hari, jadi tak berapa nampak awan. Cuma boleh rasa gegaran bila aeroplane tu langgar awan je. Bising. 

Di bawah ada beberapa gambar awan dan langit. Sambil tengok, sama-sama kita muhasabah di mana kedudukan kita dan zikir jangan lupa ya. ^_^ Moga hadir keinsafan....insyaallah :)

Dan langit itu kami bangun dengan kekuasaan/ tangan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya”
-Surah  Adz-Dzariyat ayat 47-



Subhanallah........indah kan

 Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu"
Surah Al-Baqarah ayat 29
Macam gula-gula kapas :)

Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.
-Surah Yunus ayat 5-

Saujana mata memandang......... 

Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
-Surah Az-Zumar ayat 5-

Ni saje je letak...... Biase tengok kan :)

Kalimah Allah terbentuk dari awan...... MashaALLAH

Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari.
-Surah Faathir ayat  13-

Errrrr.......rumah sapa ni? Subhanallah.......indah langit tu ^_^

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.
-Surah Ar-Ra'd ayat 2-
Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.
-Surah Yasin ayat 40-
Really miss this mosque..........  T_T

Allah Maha Besar...........
Kerdilnya kita..... Lagi kalimah Allah di langit T_T
Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita
-Surah  Nuh ayat 16- 
dan apabila bulan telah hilang cahayanya. dan matahari dan bulan dikumpulkan
-Surah Al-Qiyaamah ayat 8-9-

Tengok tu.....ketotnye kite.......
Hanya padaMu kami menyembah dan hanya padaMu kami mohon pertolongan


Terbang bersama bayu...~~~~~~



Langit Mesir....... Salam  rindu buat sahabat di sana...
Kapan mau pulang? =_= 



Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari maupun bulan, tapi sembahlah Allah Yang menciptakannya, Jika Ialah yang kamu hendak sembah
-Surah Fushshilat ayat 37-




Habis......... Sid minta maaf jika ada sebarang kekurangan. Yang baik itu datang daripada Allah jua, yang kurang elok tu datang daripada kelemahan Sid sendiri sebagai seorang hamba. =)

Friday 15 July 2011

MaHu SiHaT sEpErTi RASULULLAH?

Bismillahirrahmmanirrahiiim......
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ^_^


Sihat.......Sakit.....Sihat.....Sakit...Sihat.... Nak sihat? Jom! Ikut petua nih..... :)


1) Selalu bangun subuh awal
::Rasulullah selalu mengajak umatnya bangun sebelum Subuh untuk menunaikan solat sunat dan solat fardhu   Subuh secara berjemaah.
 ::Antara hikmah dan kelebihan bangun sebelum Subuh:-
 -Berlipat pahala daripada Allah
 -Kesegaran udara Subuh yang bagus untuk kesihatan
  -Terapi penyakit Tibi
  -Menguatkan fikiran dan menenangkan perasaan.

  



2)Menjaga kebersihan
 ::Rasulullah selalu berkeadaan rapi dan bersih
 ::Setiap hari Khamis dan Jumaat, Baginda akan memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.







3)Tidak pernah makan banyak
::Perut kita mempunyai 3 bahagian, 1/3 untuk air, 1/3 untuk makanan dan 1/3 untuk udara, bahkan kita
  turut  mempunyai latihan khas untuk merehatkan perut iaitu puasa Ramadhan. (tak lama lagi.....:))
::Sabda Rasulullah S.A.W:
  "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan kami makan tidak sampai kekenyangan"
 -Muttafaqun alaih-





4) Gemar berjalan kaki
::Rasulullah sering ke pasar, masjid, medan jihad dan mengunjungi rumah para sahabat dengan berjalan kaki . Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, peredaran darah akan lebih lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. (sayangi jantung anda) :)