Sunday 3 July 2011

Luv UkHwAh (",)

Seorang pemuda duduk melepaskan lelah
Matanya ralit melihat suatu arah
Seorang ibu sedang memimpin anak kecilnya melangkah
Jatuh si kecil berulang kali akibat tersalah langkah
Namun tetap tertawa indah.......


Si kecil gagah bertatih
Tidak dihiraukan akalnya yang merintih
Minta berhenti sebentar lantaran pedih
Namun hati menolak segala jerih
Ingin juga melangkah menanggung perih





Si ibu waspada memerhati si kecil
Dilepas bebas agar si kecil tidak merasa terpencil
Dari situ si kecil akan belajar dari insan kerdil
Dia boleh tampil dengan penuh yakin


Pemuda merenung jauh
Mencongak lautan minda yang akan berlabuh
Lantas dicampaknya sauh
Istiqamah agar hatinya turut patuh





Pandangan pemuda menyapu wajah
Si kecil tunduk malu berasa resah
Lantas diraihnya tangan ibu pengubat gundah
Tersenyum dia kepada pemuda di sebalik jubah


Si ibu tertawa melihat keletah si kecil
Lembut hati si kecil di ambil
Untuk mendekati si pemuda yang semakin hampir
Meniup keyakinan bahawa tiada yang perlu dikhuatir


Si kecil bagaikan mengerti
Lembut tangan dihulur untuk disalami
Terukir senyuman di bibir insani
Meski malu masih menabiri


Huluran tangan si kecil lantas di sambut
Mahabbah antara dua insan akhirnya bertaut
Meski hanya antara  pemuda dan anak kecil yang takut-takut
Syukur dipanjat agar ukhwah mekar selaut


Tidak sukar untuk membentuk ukhwah bukan? Sekadar senyuman indah yang lahir dari hati, mampu menjadi penyejuk kepada segala kepanasan. Bersangka baiklah kepada sesama saudara, kerana itulah sekecil-kecil ukhwah. Walau kepada anak kecil sekalipun....jangan dipandang rendah kebolehan mereka, kerana mungkin itulah yang bakal merencana Islam pada masa hadapan. Usah dipandang remeh segala usaha mereka, hargailah kerana itu boleh menjadikan mereka insan yang gagah memimpin Islam untuk hari esok.....sekadar peringatan ringkas dari insan kerdil~ ^_^ salam mahabbah 


No comments:

Post a Comment