Thursday 7 July 2011

LuV UsRaTi ^_^ (1)

Jari-jemari rancak bermain menekan papan kekunci laptop. Jarum jam menunjuk ke angka 6 petang. Lauk-pauk sudah pun dipanaskan tadi. Menu hari ini, pecal santan dengan peria masak belacan campur telur. Suatu kombinasi yang sangat menarik dia kira. Seleranya dengan Along tak jauh berbeza. Suka pedas. Entah pukul berapa Along balik hari ni,keluhnya. Along agak sibuk sejak akhir-akhir ini. Balik lewat memanjang.


Minda pantas merencana ayat demi ayat. Baris demi baris. Ilham tengah menggelegak keluar. Baik tulis cepat,fikirnya. Ralit matanya bergayutan di skrin laptop. Sedar tak sedar dah hampir masuk waktu Maghrib. Gulps! Astaghfirullah.......leka benor ngadap laptop ni. Segera dia bangkit mengambil wudu' serta bersedia untuk solat Maghrib. Adik-adiknya yang seramai 3 orang pergi kem. Sunyi sepi rumah itu jadinya. Kembar 3....memang kecoh. Tersenyum sendirian mengingatkan telatah mereka. Nafas dihela. Papa pun belum balik. Masih berada di Amsterdam,outstation. Mungkin lusa atau tulat baharu papa pulang, itu pun jika tiada aral melintang.
Jauh di sudut hati, terbit rasa rindu untuk insan-insan tersayang. Sudahnya tinggal Mak Nab dan dia sahaja di rumah besar itu. Sememangnya sunyi. Mujur Mak Nab ada, terubat sedikit kesunyian ni. Pak Jamal, suami Mak Nab juga bekerja di rumah itu. Pasangan suami isteri yang sungguh penyayang. Dia sendiri amat menyayangi mereka, bagaikan ahli keluarga sendiri. Senyum lagi.

Usai solat Maghrib, Al-Quran pula dibaca. Dihayati ayat demi ayat. Terasa seperti Allah sedang berbicara dengannya.  Dunia ini hanyalah sementara. 


Maksudnya: Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan  sempurna) dan mereka  di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang mereka kerjakan (Surah Hud:12:ayat 15-16)
Ya.....sesungguhnya dunia ibarat setitis air. Jika tangan atau jari kita dicelup ke dalam air laut, yang menitis dari jari kita itulah dunia. Manakala lautan itu ibarat akhirat. Betapa kini manusia sangat mementingkan dunia. Akhirat ditolak ke tepi. Gejala hedonisme semakin menggila. Kian melengahkan manusia daripada kembali kepada Penciptanya. 
O Allah swt, please release us from this world and our nafs, make us the Generation of Spirit, not the slaves of our bodies and desires...aminnn..




Sedang khusyu' dia mentadabbur Al-Quran, kedengaran bunyi ketukan pintu. Terjengul wajah bersih Along. Tersenyum ramah. "Boleh Along masuk?" 
Dia mengangguk sambil tersenyum juga. Wajah tampan Along direnung dalam-dalam. Tampak suram mata itu. Semacam ada sesuatu yang berat sedang ditanggung Along. Kenapa ya? Along pandang dia, dia tenung Along. 
"Kenapa pandang Along macam tu?"
"Seems like you.....baru keluar dari medan perang,"jawabnya.
"Haha......Along memang tak boleh nak rahsiakan apa-apa daripada Angah la.... :)  I'm okey la Ngah,"jawab Along.
Dia menjuihkan bibir, "yalah tu."
"Dah solat?",sambungnya. Isya' baharu sahaja masuk. "Jemaah jum?"
"Boleh saja my dear. Sat eh,"jawab Along ambil bangun untuk mengambil wudu'. Sebenarnya wudu'nya semasa solat Maghrib tadi masih ada , tapi sengaja diperbaharui. Lagi molek, bisiknya.

Lalu, dua insan itu larut dalam pengabdian kepada Sang Pencipta. Khusyu' dalam lautan ketenangan. Insaf dalam memohon pengampunan lantaran diri tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan. Betapa Maha Pengampunnya Allah. Masih diberi peluang untuk berkelana di bumi yang penuh pancaroba ini
.


Usai solat mereka makan berjemaah bersama Mak Nab dan Pak Jamal. Mereka berdua baharu sahaja pulang dari pengajian di surau berhampiran.
Mereka berempat umpama sebuah keluarga. Tiada perbezaan antara mereka meski Mak Nab dan Pak Jamal hanyalah pekerja di rumah banglo itu. Sejak kecil, papa sendiri yang mengajar untuk sentiasa menghormati yang lebih tua. Malahan, Along dan adik-adiknya sendiri dibesarkan oleh tangan tua Mak Nab lantaran keadaan mama yang sering tidak sihat. Mama akhirnya pergi mengadap Ilahi setelah bertahun-tahun berjuang melawan kanser yang dihidapinya. Mujur kembar tiga sempat merasai kasih sayang mama walaupun tidak lama. Kini, telah 3 tahun mama pergi. Mama pergi tika dia sedang bergelut dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tekanan peperiksaan ditambah dengan pemergian mama, amat menyesakkan dada. Namun dia redha dengan ketentuan Ilahi. 

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.

Allah memberi ujian sebagia tanda kasih sayangNya kepada hambaNya. Itu yang selalu papa sematkan dalam jiwa anak-anaknya. Alhamdulillah, berkat kesabarannya diringi restu keluarga dan rahmat Allah tentunya, dia berjaya memperoleh keputusan yang membanggakan. Meski mama tiada di sisi, dia harus kuat mengharungi hidup ini. Kata-kata mama disemat kukuh dalam mindanya:






Along pula hanya tua setahun daripadanya. Semasa mama sedang nazak, Along  juga sedang berjuang di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang untuk dua beranak itu bertemu. Mama pergi setelah melafaz kalimah syahadah yang dibisikkan oleh papa dan Along. Air mata diseka. Dia menangis rupanya. Langsung tidak sedar. Kini, Along sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Marin. Manakala dia kini menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak dalam bidang perubatan. Tak pernah terlintas di hatinya untuk menjadi seorang doktor. Apakan daya..... :) Adik-adiknya yang kembar tiga itu pula masih belajar di sekolah rendah, darjah 3. Perbezaan usia mereka agak jauh, iaitu 11 tahun. Apakan daya....rezeki Allah beri :)
Sekali tengok memang seiras. Dia dan Along sendiri kadang-kala keliru yang mana satu Abu Bakar, Umar dan Uthman. Dan, seringkali juga kembar tiga itu merajuk kerana kakak dan abang sendiri tak mampu mengenalpasti adik-adik mereka. Tapi, itu cerita 3 tahun lepas. Semasa mama masih ada. Kini, masing-masing dapat dibezakan melalui pembawaan karakter yang berbeza.





Abu Bakar, sangat menonjol sifat kepimpinannya. Mungkin juga kerana antara mereka bertiga, Abu Bakar yang lahir dahulu. Hanya beza 3 minit dengan kembar kedua. Umar pula agak lembut hati dan sangat kasihkan haiwan. Mewarisi  minat mama yang juga sayangkan haiwan. Manakala Uthman pula agak aktif dan gemar bersukan. Selalu juga Uthman belajar berenang daripada Along(pelajar Teknologi Marin mesti tahu berenang)  Di sebalik perbezaan, terpapar persamaan. Selain rupa paras yang agak mirip antara satu sama lain, ketiga-tiganya juga berkongsi minat yang sama seperti Angah,kakak mereka. Sangat cintakan buku. Bukan sedikit  bahan bacaan di  'teratak usang' mereka. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang terdiri daripada jurnal sains(Along dan papa punya), agama, literature,sukan, dan sebagainya. Jika kebiasaan masyarakat akan menghias ruang tamu dengan pelbagai hiasan, ruang tamu 'teratak usang' pula dihiasi dengan rak-rak buku pelbagai rekabentuk.  Sekali tengok dah macam perpustakaan mini. Pelbagai saiz rak buku diletak di sudut-sudut yang sangat ideal  agar segalanya  kelihatan kemas dan teratur(tak serabut). Sedap mata memandang :). 


Bersambung...........:)

3 comments:

  1. assalamualaikum...
    teruja nak tw sambungannya...=)

    ReplyDelete
  2. best..:) wat sya rindu ngan along sy plak..huhu..

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana sudi baca.....
    tunggu ya.... :)

    ReplyDelete