Malam itu, abang pulang dengan wajah letih. Namun sempat lagi dilontarkan senyuman nipisnya kepadaku. Menunggu abang pulang merupakan tugas tak rasmiku kerana (tidur paling lewat)biasanya aku yang akan membukakan pintu untuknya. Melainkan jika aku teramat mengantuk,(memang tak care la). Biasanya abang akan terus tidur setelah mandi dan solat. Tapi entah kenapa malam itu dia turut serta menonton TV bersamaku. Aku hanya mendiamkan diri (tengah syok layan cerita sebenarnya)
Abang: Dik....
Aku: Ya....(tak menoleh pun)
Abang: Nak dengar cerita tak?
Aku: (Apa kes abang aku ni? Ada perlawanan bola ke malam nih)
Abang: Tadi sahabat abang hantar e-mail. Kalau boleh, dia suruh sampaikan cerita ni pada semua muslimah.
Dan.....abang ni, mana la kenal muslimah lain selain Adik. Adik nak dengar tak?
Aku: (Jadi tertarik tiba-tiba) Teruskan.... Macam best je.. :)
Abang: Dengan senang hatinya......
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya
mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon
semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan
kepada bapanya apalah gunanya
pohon semalu itu berada di situ dengan nada
yang sedikit marah. Rasulullah
dengan tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya
pohon semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para
wanita hendaklah mengambil
pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4
aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan
dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai
seorang wanita muslim.
BEWARE!!! |
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang
yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah
Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila
senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian,
kembalilah ke
rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah
pengajaran dari semalu walau pun
ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Abang: The end.....sekian terima kasih ^_^
Aku: Besar hikmah pohon semalu......
Abang: Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah...... Dik, esok pagi kita ambik pokok semalu
banyak-banyak ye.,,,hehe
Aku: Nak buat apa?
Abang:Kita buat hiasan dalam rumah...hehe :D
Aku: Mengarut! Buang tebiat la abang nih..huh