Thursday 16 June 2011

InDaHnYa iLmU

Bismillahirrahmaanirrahiiim.....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....


Alhamdulillah...... :)   Terbayang-bayang wajah-wajah bonda, ayahanda serta sanak saudara. Insyaallah, kami akan balik tak lama lagi. Sekarang, semua pelatih yang terlibat sedang giat menjalani latihan untuk sukan ILKKM yang akan berlangsung kurang 48 jam dari sekarang. Semua berusaha untuk melakukan yang terbaik. Insyaallah.... Kurang 3 minggu dari sekarang kami semua akan melangkah ke semester 4. Semakin hari, tanggungjawab semakin bertambah. Assignment semakin menimbun meski cuti semester belum lagi bermula.
Ya....perjuangan mesti diteruskan. Perjuangan dalam menuntut ilmu demi menyemarakkan Islam tercinta.





Di sini saya selitkan sedikit bingkisan tentang ilmu. Moga bermanfaat hendaknya. =)


Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: "Aku adalah perbendaharaan ilmu dan Ali adalah pintunya."


Apabila didengari oleh orang khuarij, terasa hasad di hati mereka. Maka, mereka pun berkumpul untuk meminta Saidina Ali menjawab soalan :"Mana lebih afdhal, harta atau ilmu?"
Jawab Saidina Ali: Ilmu.
1-Ilmu pakaian para anbia', manakala harta adalah pakaian Qarun.
2-Ilmu memelihara akan harta, kamu memelihara akan harta
3-Yang mempunyai ilmu banyak sahabatnya, sedangkan yang mempunyai harta banyak musuhnya.
4-Ilmu apabila diberikan pada orang akan bertambah, manakala harta apabila dibahagikan pada orang akan 
    berkurang.





5-Orang yang banyak ilmu akan diseru dengan nama  yang mulia sedangkan orang yang banyak harta                     dipanggil bakhil dan cela (jika kedekut)
6-Ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, manakala harta sentiasa menarik perhatian pencuri,
7-Ilmu di akhirat mencari syafaat, manakala harta akan dihisab akan ia.
8-Ilmu tidak akan binasa kerana lama masa, sedangkan harta binasa kerana lama masa.
9-Ilmu boleh menerangkan hati, manakala harta boleh mengeraskan hati.
10-Orang yang memiliki ilmu mengimpikan kehambaan, sedangkan yang memiliki harta mengimpikan ketuhanan dan kebesaran.


Bahawasanya menuntut ilmu itu hendaklah diniatkan:
1-Menuntut kerana mencari keredhaan Allah.
2-Mengamalkan ilmu untuk manfaat di akhirat.
3-Keluar daripada kalam jahil kepada cahaya ilmu.
4-Mendapat faedah di dunia dengan melakukan ibadat.





Belajar ilmu itu kebajikan, menuntut ilmu itu ibadat, mengulangkaji ilmu itu tasbih, bertanya akan ilmu itu perang sabil, mengajar akan ilmu itu sedekah, memberikan ilmu bagi ahlinya mendekatkan diri kepada Allah.....


Kata Ibn Mas'ud: Tiada dapat ilmu itu dengan banyak mengaji kitab, dapatnya ilmu itu dengan nur yang dikurniakan Allah dalam hatinya.





Buat diri dan semua, dapat disimpulkan di sini bahawa, sentiasa perbaiki niat kita dalam menuntut ilmu.  Adab orang menuntut ilmu, perlu menyucikan hati daripada segala sifat mazmumah seperti riya', takabbur, ujub, hasad. Knockout mazmumah!  Moga dipermudahkan dan beroleh rahmatNya..... :)





Sumber:Menghadapi Peperiksaan Cara Islam







p/s: maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan mohon diperbetulkan

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salamualaikum, ayat no 8 perlu dibetulkan
    Perkongsiannya bagus sekali, moga bermanfaat buat yang lain..:-)

    ReplyDelete
  3. syukran kerana menegur.....
    ralat di situ

    ReplyDelete