Bismilahhirrahmaanirrahiim.....
Penulis insan yang lemah..... maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan....

Seorang gadis berjalan dengan tenang ke arah bas yang sedang menunggu. Hatinya gembira bukan kepalang kerana akan bertemu dengan keluarga tercinta kira-kira  9 jam dari sekarang. Tetapi jauh di lubuk hati, terselit sedikit kegusaran. Harap-harap perempuanlah yg duduk sebelah aku nanti,bisik hatinya. Usai meletakkan bagasi di tempat sepatutnya,dia pun melangkah ke pintu bas. Debaran di dada semakin kuat. Tiket bas diserahkan. Sambil melangkah,bismillahi tawakkal tu a'lallah......


Si gadis mengutuk diri,kalaulah beli tiket awal-awal,tak yah la risau gini..... si gadis terlewat membeli tiket,akibatnya semua tempat duduk untuk seorang telah ditempah. Yang ada hanyalah double seat.....duduk dengan siapa agaknya? hatinya bermonolog...... tengah sibuk hatinya dok membebel,tiba-tiba satu suara garau menyapa. Si gadis terkejut bukan kepalang. 
Dia cuba menarik nafas untuk menenangkan diri. Perlahan-lahan si gadis menoleh. Kepala didongakkan. Subhanallah...tingginya lelaki ni....sempat lagi hatinya berbisik. "Maaf,awak duduk di tempat saya",kata lelaki tersebut.


"Cube tengok atas,tengok no.tu....seat ni no. 12. Awak punya?" tanya si lelaki.


"aaaa....errmmmm....seat no.14",jawab si gadis tergagap-gagap. Si lelaki tersenyum manis...... Astaghfirrullah...zina mata ni.


Cepat-cepat si gadis melangkah ke belakang. malu tak terkata. Rase nak menyorok bawah katil jer rasenye.... malu,malu,malu!


Si gadis memastikan dia duduk di tempat yang betul.Berkali-kali kepalanya didongakkan ke atas,melihat no.seat yang tertera di siling bas. k
Kalau salah jgk tak tau la.....bisik hatinya. lebih 10 kali rasenya dia menjeling no.seat tu. Takut dan malu punya pasal. Sedang sibuk dia melayan perasaan,terdengar lagi suara seorang lelaki menegurnya. Rasa mahu luruh jantungnya saat itu juga. Duduk dgn lelaki ke?????? Batinnya menjerit  kesakitan. Tak mau.Tak mau,tak mau! Tapi apakan daya,si teruna telah pun duduk melepaskan lelah...... sunyi sepi..... masing-masing senyap. Si teruna hanya menunduk,dan menoleh ke kiri. Langsung tidak dipandangnya si gadis. Si gadis juga hanya menunduk dan melontarkan pandangan ke luar. Debaran di dada tak terkira lajunya. Ya Allah,selamatkan hambaMu ini...... doanya tidak putus2. 







Si teruna pula,mengalami perasaan yg sama. tak sangka duduk dgn perempuan kali ni. Selalu tu lelaki jgk.... kalau lelaki.bleh gak ajak borak,berkongsi cerita,idea dan ilmu......keluhnya. Mp3 dionkan. Telinganya aman mendengar alunan ayat Al-Quran drpd Sheikh Al-Ghamidi. Padahal debaran dada juga tak terkira lajunya. Dah rase ala-ala palpitation! Pertama kali duduk sebelah perempuan.....beg masing2 di tengah-tengah. Mata dipejam,cuba mencari ketenangan. Hatinya tidak2 henti2 berdoa dan berzikir pada Allah,moga2 terhindar drpd fitnah hati. Sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih 8 jam tersebut,masing-masing tidak mampu tidur. Hati2 mereka sentiasa hidup untuk  bertasbih,bertahmid dan bertakbir. 
Masing-masing tidak mengalah pada syaitan yg cuba bergayut-gayutan di pelupuk mata,mengajak tidur. Si teruna bimbang andai terlentok ke sana. Si gadis pula bimbang berlaku perkara yg tidak diingini. Astagfirrullah......cubelah husnulzhon skit..... ngarut jer aku ni....gerutu si gadis. ya Allah,peliharalah hati2 kami....... jauhkan kami drpd segala tipu daya  syaitan laknatullah....adu si teruna kpd penciptanya..... bas terus meluncur  laju membelah kepekatan malam.... antara si gadis dan teruna,masing-masing enggan menyerah..... mata yang menusuk minta dipejam tidak diendahkan.........bibir basah dgn zikrullah...meminta perlindungan Allah...meskipun gundah,masing-masing enggan menyerah...inilah kekuatan seorang mujahidah......
Go SyAbAb!!!!


Apa pendapat anda? Adakah mereka kolot  kerana tidak bertegur sapa? Adakah mereka mementingkan diri sendiri?
Pada saya,sama sekali tidak. Si gadis dan teruna,masing2 cuba memelihara agama mereka,kesucian hati mereka,masing2 takut dgn azab Allah. Pandangan mata direndahkan seboleh yg mungkin. Hati2 dipelihara sesuci yg mungkin.
Tidak terlintas langsung utk mengheret hati drpd melupakan maha Pencipta walaupun sedetik.
Bagaimana dgn kita.............?

7 jam 30 minit kemudian,bas berhenti di stesen bas shah alam. Si teruna turun dgn nafas lega. Mati-matian dia bermujahadah agar tidak terlelap. Bagasi ditarik. Senyuman terukir tatkala melihat wajah bapa tercinta,yang sanggup turun pagi2 buta demi menjemputnya. Tak terbalas jasa ayah. mereka berbalas pelukan rindu. "kenapa dgn mata tu? lain macam je sembabnya?"tanya si ayah.... si anak hanya tersenyum....

45 minit kemudian,bas berhenti pula di stesen bas klang. giliran si gadis pula turun.... alhamdulillah...... nasib baik dia turun kat shah alam.... ucapan syukur meniti di bibir,entah berapa kali. syukur krn tiada apa yg berlaku. syukur krn telah selamat sampai ke kmpg halaman. syukur krn x terlelap sepanjang perjalanan tadi! bagasi ditarik. snyuman terukir tatkala mata menyapu wajah abang long tak jauh dari tempat dia berdiri. abang long segera menghampiri. huluran tgn bersambut lalu disambut dan dicium penuh syahdu. rindu tak terkata...  "kenapa mata tu? sembab semacam je abang tengok?"tanya abang long.... hanya senyuman yg menyambut soalannya.......

ringkas jer...... tp inilah situasi yg selalu berlaku di dalam bas ekspress. penulis pernah mengalaminya.... malang tak berbau..... asyik diajak berborak sampai penulis rase sakit hati yg amat sangat.... tak tau nak wat per.... akhirnya penulis hanya mendiamkam diri...... anda camner pula......?