Wednesday 8 June 2011

~KeMaLaNgAn iTu tErASa NiKmAt~

Bismillahirrahmaanirrahiim.......

Seorang gadis bergegas menuju ke basikal yang tersadai di sebelah rumah. Keadaannya agak tergesa2, bimbang andai lambat ke sekolah. Jam di tangannya dijeling. Tepat 7.00 pagi. Masih ada 15 minit untuk sampai ke sekolah. Pada 7.15 biasanya perhimpunan harian akan dijalankan di dataran sekolah. "Emmmm....insyaallah sempat ni. Kayuh pelan2 okey kot.....",hatinya berbisik. Dengan lafaz Bismillah basikal dikayuh. Sambil hati berzikir memuji keindahan alam pagi yang nyaman meski bunyi kenderaan yang lalu lalang agak membingitkan telinga. Kedua2 tangan memegang handle basikal. Di tangan kanannya terselit borang untuk mengeluarkan duit biasiswa. Dia perlu meminta tandatangan guru yang menguruskan biasiswanya sebelum mengeluarkan duit di bank. Ibu dan ayahnya sudah lama bersara. Jadi dengan duit biasiswa itulah dia membeli buku2 rujukan dan sebagainya.

Kayuhan semakin laju. Keadaan masih gelap lantaran matahari belum mahu menunjukkan diri. Tangan dan pipinya sejuk disapa dingin bayu pagi. Sebenarnya, hari ini kelasnya iaitu kelas 5 sains 2 akan dibawa ke stadium Malawati Shah Alam sempena hari belia negara. Entah mimpi apa kelasnya terpilih agaknya. 5 Sains 1 tak pula disuruh pergi. Hatinya bermonolog. Mata menjeling borang di tangan kanan. Kecil je kertas tu. Kaki masih setia mengayuh. Hatinya tergerak untuk menggerakkan tangan kiri agar mengambil kertas tersebut dai tangan kanan. Segala2nya berlaku begitu pantas. Semasa dia menggerakkan tangan kirinya itulah, tiba2 handle basikal terdorong untuk ke tengah jalan tanpa dapat dikawal. Dia berjaya menghentikan kayuhan,tetapi kakinya pula tersangkut di kain sekolah yang dipakainya. Serta-merta dia jatuh. Seluruh bahagian kiri tubuhnya terhentak ke jalan tar. Mujur ketika itu jarak kenderaan lain agak  jauh darinya. Jika tidak......mungkin kemalangan ngeri akan berlaku. Dan dia masih dalam keadaan terbaring akibat tragedi tadi.Aisshhh.....rasa mengantuk je mata ni. Panahan daripada lampu kenderaan di hadapan dan belakangnya  agak menyilaukan pandangan. Serta-merta dia tersedar bahawa dia masih di atas jalanan. Perlahan-lahan digagahkan diri untuk bangun dan duduk. Tudung yang terdorong ke depan dan hampir tercabut dibetulkan. Subhanallah.....malunya! Jatuh tengah2 jalan. Ramai orang tengok pulak tu. Dia cuba berlagak selamba walau hati tidak keruan. Jantungnya berdenyut laju (kalau doktor check, mungkin lebih dahsyat dari tachycardia). Pipinya merah menahan malu, kalah kalau ada lori blusher tumpah atas jalan. Malu kerana dia TERbuat road block di tengah2 jalan! Dengan segala kudrat yang ada, gadis tersebut cuba berdiri. Beg galasnya dibetulkan. Siku kirinya berasa perit. Harap2 lengan bajunya tidak koyak. Basikal segera dibangunkan dan dibawa ke tepi jalan. Setelah  si gadis beredar ke tepi, barulah traffic kembali lancar. Si gadis masih mamai nampaknya. Cermin matanya terasa senget. Tiba-tiba dari belakang muncul seorang lelaki sebaya ayahnya. "Adik ok tak ni?" tanya lelaki tersebut. Wajahnya sarat kasih sayang seorang ayah menunjukkan kerisauan yang tinggi. Si gadis hanya mampu tersenyum sambil mengangguk. "Nak pak cik hantar ke klinik? Cedera tak? Tangan ok tak? Patah ke?"soalan bertubi-tubi menujah si gadis. Takpe pakcik, saya baik2 ja. Insyaallah takde apa2", jawab si gadis meyakinkan lelaki yang dipanggil pakcik tadi. Lelaki itu tampak lega, namun garis2 kerisauan masih jelas terpancar di wajahnya. "Kalau macam tu takpelah. Hati2 bawa basikal. Ha...ni pakcik jumpa kertas ni tadi. Tak tau kertas apa. Adik punya kan?"  Si gadis mengangguk lagi, "Terima kasih pakcik", katanya sambil tersenyum. Mungkin kertas itu terbang ketika dia jatuh tadi.

Basikal di sisi segera dicapai. Kayuhan diteruskan. Tetapi bukan menuju ke sekolah sebaliknya patah balik semula ke rumah. Bajunya kotor akibat bergeser dengan jalan tar yang hitam. Semasa dalam perjalanan pulang itulah seluruh bahagian kiri tubuhnya terasa berbisa. Terasa ada sesuatu yang mencucuk2. Kayuhan semakin perlahan lantaran kesakitan yang semakin mencengkam. Sampai di rumah, ibu terkejut melihat dia di muka pintu. Pertanyaan ibu tak mampu dijawab sepenuhnya. Kemalangan, jawabnya. Selepas  melalui sesi    interview tak rasmi dengan ibunya, terus dia terlena. Terlupa sebentar akan kesakitan yang dialami. Sikunya mengalami sedikit kecederaan, sarung lengannya pula berlubang sedikit. Manakala seluruh sendi sebelah kirinya terasa lenguh dan berbisa. Takpelah....bukan selalu sakit pun. Allah bagi sakit sebab Allah sayang. Hatinya bermonolog lagi. Sakit tu kan sebagai kafarah dosa. Mudah2an senang di akhirat nanti. Itu pesan ustazahnya di sekolah.

Keesokannya, dia ke sekolah seperti biasa. Kesakitan yang dialami diabaikan sementara. Perjuangan harus diteruskan. Kepada sahabat2nya diceritakan serba ringkas tentang apa yang berlaku semalam.
Ketika pulang, seorang sahabat tersenyum sambil berkata, "awak insan terpilih". :)
"Erk? Saya tak faham," jawab si gadis. "Allah memilih awak supaya tidak hadir ke majlis belia tu. Sungguh, awak akan menyesal jika menghadirinya,"jawab sahabat. "Kenapa? Bukan seronok ke?"
Sahabat tersenyum lagi, "belia bercumbuan, buat perkara tak senonoh, berpegangan, bergaul tanpa had, seronok ke tu?" Si gadis terkedu. Astaghfirullah! Seteruk itukah belia Malaysia? " Selama ni kita hanya lihat di kaca televisyen sahaja, tetapi semalam kami dah menyaksikan pelbagai ragam anak melayu, belia Malaysia yang dibanggakan. Tak sanggup mata kami untuk terus melihat betapa terlalu ramai belia Malaysia yang hanyut", sambung  sahabat itu." Allah memilih awak supaya tidak menyaksikan segala kemungkaran itu kerana Dia tahu mungkin awak tidak kuat untuk menghadapinya. Lagipun denagn cara itu pandangan awak lebih terjaga. Meskipun awak mengalami kesakitan....tapi lihatlah, hikmahnya sungguh besar".

Si gadis termangu lagi. Betul. Hikmahnya sangat besar. Terasa nikmat kemalangan itu..... Memang.....memang dia sukar untuk menatap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Matanya cepat mengalirkan air mata lantaran berasa kerdil kerana tiada apa yang boleh dilakukan. Alangkah lemahnya iman! T_T



No comments:

Post a Comment