Tuesday 7 June 2011

kItA hAnYa PeNyErU bUkAn PeNgHuKuM

Ini sekadar coretan drpd penulis insan yang lemah dan banyak melakukan kesilapan.............
Seorang kawan bertanya pada saya,'awak boleh berkawan dengan orang macam tu?'
saya bertanya kembali,'what do you mean by "orang macam tu"?
'Macam tu lah'....  sekadar itu yg dijawabnya. saya faham apa yang dimaksudkannya. saya berkawan baik dengan seorang yang mungkin pada pandangan ramai kurang baik. mungkin orang akan mudah berburuk sangka dengannya lantaran caranya berpakaian,pertuturan dan sikapnya. tp tidak pada saya. pada saya dia  insan istimewa. kenapa? 
kerana Allah mempertemukan kami. tentu ada sebab bukan? saya cuba bersangka baik dgn kawan saya yang bertanya. akhirnya dia menjelaskan bahawa dia takut dan risau untuk berhadapan dengan orang sebegitu. mengapa? katanya.dia takut jika terjebak semula dengan zaman lampaunya.masa silamnya. saya hanya menjawab,' tidak mengapa kalau awak tidak mahu berkawan dengannya,tapi tolonglah jangan menghinanya'. saya kesal. mengapa jadi begitu? kawan saya ini bertudung labuh dan dihormati ramai. sahabat saya pula adalah sebaliknya tp saya amat menghormatinya. ideanya selalu bernas,suka mendengar kebaikan,mudah diajak berunding jika kene pada gayanya.hanya orang yang mengenalinya tahu akan sikap sebenarnya. baru2 ini,dia menjelaskan niatnya untuk bertudung. subhanallah...maha suci Allah... Engkaulah pemberi hidayah.
Apa yg ingin saya jelaskan di sini adalah,mengapa kita manusia sangat suka menghakimi orang lain? apa hak kita? apakah kita sudah cukup baik dan sempurna hanya kerana kita telah memakai kopiah atau bertudung labuh?  pada saya belum tentu. segala2nya terletak pada hati dan niat. jika orang yang kuat agamanya,tiba2 mencarut dan menghina orang lain di khalayak ramai....apa pandangan awam tentang orang alim itu? bagaimana kita ingin mengajak orang ke arah kebaikan Islam jia begitu caranya? sabda Rasulullah....jika kamu menghina orang lain kerana kesalahannya,kamu tidak akan mati selagi kamu tidak melakukan kesalahan tersebut. nau'zubillah... sekarang heboh tentang kes pembuangan bayi. kita boleh mengutuk perbuatan tersebut atas  alasan untuk menjauhinya. tetapi, jgn sesekali kita menghina orang yang melakukannya. kerana....kita adalah penyeru,bukan penghukum. hanya Allah yang boleh menghukum. seterusnya,banduan yang dijatuhkan hukuman mati. saya tertarik dengan kenyataan penceramah di sekolah saya suatu masa dahulu. beliau ialah seorang pegawai penjara. beliau berkata, mungkin di mata kita banduan itu  penjenayah yang hina, yang dibenci,yg kalau hidup pun menyusahkan orang jer... tp siapa tau bagaimana pandngn Allah terhadapnya? jika banduan itu dijatuhkan hukuman mati  contohnya, dia mati dalam Islam. krn apa? krn banduan2 Islam akan disuruh supaya mengucap  2 kalimah syahadah sebelum hukuman dijatuhkan. kita???? adakah kita sempat untuk meungucapkan kalimah suci itu? 
berdoalah bersama2 agar kita semua dimatikan  dalam Islam.......... kita adalah penyeru, bukan penghukum

No comments:

Post a Comment