Friday 26 April 2013

Cita-cita.

Teringat kisah dari sebuah buku. Pengalaman seorang ustaz yang menjadi sukarelawan di sebuah negara bergolak.

Ustaz ini sangat mesra dengan masyarakat setempat. Pada suatu hari, datang seorang pemuda. Saya gelarkannya sebagai Syabab. Umurnya dalam lingkungan belasan tahun. Berseri wajahnya ketika mendatangi ustaz tersebut.

"Ustaz...... Saya mimpi malam tadi," tersenyum.

"Mimpi apa?" tanya ustaz. Senyum juga. Meraikan tetamu.

"Saya mimpi saya syahid,ustaz." Berseri sungguh wajahnya.

"Alhamdulillah....." ujar ustaz.

Perbualan tersebut mati di situ. Tidak lama kemudian, tersebar berita kesyahidan Syabab.Beliau cedera parah. Menitis air mata ustaz. Cita-cita anak muda ini tercapai akhirnya. Jenazahnya disemadikan seperti sahabat dan saudara2nya yang lebih dahulu menemui Pencipta.






Apa yang menarik, ketika diuruskan jari telunjuk syabab ini seolah-olah sedang berada dalam kedudukan tahiyat. Jelas. Terpegun para sahabat.

2 bulan berlalu. Kisah si Syabab menjadi ikhtibar. Timbul pula situasi menakjubkan yang lain. Ada bau harum di kawasan tersebut. Tidak seorang pun tahu dari mana bau tersebut datang. Setelah diteliti, bau tersebut amat kuat di tempat pengusung diletakkan. Pengusung tersebut sering digunakan untuk mengangkat mangsa-mangsa yang cedera. Apa yang menarik perhatian, ada darah segar di pengusung tersebut.

"Darah siapakah ini? 2 bulan dah berlalu sejak kesyahidan Syabab. Setelah itu, pengusung ini tidak digunakan bukan? Kerana tiada yang cedera," kata suatu suara.

"Benar....." jawab yang lain.

"Subhanallah.... Masyaallah......."

2 bulan telah berlalu sejak pemergiannya. Bau harum masih mengitari kawasan itu.
Hebat bukan? :') Ini baru balasan dunia yang Allah tunjukkan buat hambaNya yang berjuang bersungguh-sungguh keranaNya. Demi cintaNya...... Subhanallah...

Saturday 20 April 2013

The Necklace!

Bismillahirrahmaanirrahim..... Assalamua'laikum w.b.t buat yang sudi membaca :) Selawat serta salam buat junjungan besar Baginda dan sahabat yang dimuliakan.... Allahumma Solli A'la Muhammad.....

Syukran jiddan kerana sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ni. Chewahhhh....hehe

Meh nak citer sikit...... ^_^ Moga ada ibrahnya....

Ingat tak kisah The Necklace....? (kalau tak silap ni la tajuknya) =_="

Menceritakan tentang seorang wanita yang ingin hidup mewah. Suatu hari dia dijemput untuk menghadiri suatu majlis. Dia merungut kerana ketiadaan barang kemas untuk dipakai ke majlis tersebut. Lantas dia bergegas meminjam sebuah rantai mutiara hitam daripada seorang teman baiknya. Seorang bangsawan.

Di majlis tersebut, rantai tersebut hilang. Puas dia dan suaminya mencari, namun tidak ketemu juga. Akibat takut untuk berterus-terang tentang kehilangan rantai tersebut.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membeli rantai yang baru. Akibatnya mereka bankrap teruk dan terpaksa bekerja berhempas-pulas demi membayar hutang kepada bank. Mahal harga rantai tu....... (Kalau tak silap 25,000 dolar)




Selepas 10 tahun hutang mereka masih belum langsai. Teman yang meminjamkan rantai tersebut terserempak dengan wanita ini yang sedang bekerja. Wajahnya kelihatan 10 tahun lebih tua dari usia sebenarnya akibat kelelahan bekerja.

"Kenapa dengan kamu? Mengapa kamu bekerja sebegini rupa?"

"Semuanya kerana rantai itu. Rantai yang kamu pinjamkan kepada saya. Sebenarnya ia telah hilang di majlis tersebut. Kami menggantikannya dengan yang baru, dan akibatnya kami terpaksa menanggung hutang yang banyak."

"Tungu....rantai? Rantai itu? Maksud kamu rantai yang kamu pulangkan itu rantai yang asli?

"Apa maksud kamu? Bukankah rantai yang kamu beri pinjam kepada saya itu sememangnya adalah rantai yang asli?"

"Oh sahabatku sayang.......... rantai itu hanya palsu.Harganya hanyalah 25 dolar."

"Apa??????"

-Setiap kali saya teringat cerita ini, saya akan bertanya pada diri.......... Bukankah lebih elok jika mengakui kesalahan diri. Mungkin dia tidak akan menderita sedemikian rupa.... Benda dah jadi.... hmmm ...

Sunday 23 December 2012

Encik Pintu


Assalamua'laikum w.b.t..............

Izinkan saya berbicara..... koff...koff..koff   =,=

Semasa penempatan di dewan bedah, saya diarahkan untuk menyerahkan sehelai baju khas (baju kalis x-ray) kepada seorang doktor wanita yang amat saya kagumi. Dengan semangat yang berkobar-kobar, saya pun melangkah ke arahnya dengan semangat yang jitu....eh,  sambil membawa baju yang  beratnya sama dengan 3 orang anak buah saya yang berusia 2 tahun.

Baju itu saya tatang dengan penuh berhati-hati..... Tiba-tiba........
GEDEGANG!!! Langkah saya mati. Dunia seakan berputar sekejap.
Pak cik x-ray yang sedang berselirat dengan wayar2nya juga terpempan mendengar bunyi itu sambil melihat tingkah saya. Sempat saya mendengar dia bersuara...... "Dik......"

Saya buat tak endah dan menonong menuju ke arah doktor yang dimaksudkan. Selepas menyerahkannya, segera pula beredar dari bilik itu. Pak cik x- ray masih setia memerhati, mungkin bimbang saya rebah bila2 masa.....

Tahu kenapa? Sebab saya dihentam oleh sebuah pintu yang boleh saya samakan beratnya dengan berat anak gajah. Pintu automatik yang sememangnya tiada belas kasihan.... TT____TT
Sesiapa saja yang 'melupakan' kehadirannya, nescaya akan dihentamnya. (padahal sy lupa nak tekan punat 'buka tutup')

Sy keluar dlm keadaan dunia berputar 'indah' dan kepala yang seakan kembang kuncup. Menerpa ke arah seorang sahabiah. Hujan turun secara otomatik akibat kesakitan yg amat sangat! Subhanallah......

MoRal......
1.Padan muka saya.......

2.Ibn Atthaillah pernah berkata "Orang yg kurg cerdik bila bngun tidur dia akan berfikir apa yg akan dilakukannya pada hari itu, tapi org yg bijak akn berfikir apa yg Allah akan lakukan ke ats dirinya pada hari itu.

3. Jangan cuai...hargailah pintu di sekeliling anda.... sekian.


                          

Tuesday 11 December 2012



Assalamua'laikum w.b.t.  Wussshhhhh! Berhabuk bersawang bagai!!!   

Hehe....bizi sikit.....(ALASAN =p)   Hampir setahun tidak dijengah....

Sedikit bingkisan buat yang sudi membaca  ^___________^
                          Islam telah bermula di Makkah dan disebarkan ke seluruh dunia dari Madinah. Ini bermakna Islam bukan sahaja dianuti oleh Rasulullah dan para sahabat Baginda, bahkan ia "dieksport" ke seluruh dunia.
Kini adakah kita masih mampu mengeksport Islam kepada penduduk di seluruh yang belum Islam? Jawapannya, tidak mustahil jika kita mampu "import" Islam ke dalam diri kita terlebih dahulu. Bagaimana caranya?


Rasulullah telah membuktikannya dengan menjadi ibarat Al-Quran berjalan. Testimoni daripada Sayyidatina Aisyah r.h.a. ini telah membuktikannya: " Akhlak Rasulullah s.a.w. ialah Al-Quran." (Riwayat Muslim)
Jadi caranya adalah dengan "mengimport" al-Quran itu sendiri serta sunnah Rasulullah ke dlam diri, nescaya kita akan mempunyai Islam yang boleh "dieksport" ke seluruh dunia!

Solusi-







Saturday 19 November 2011

CoNtEnGaN Di pAgI HaRi

Bismillahirrahmaanirrahiiim...... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....
Selawat serta salam buat junjungan yang dikasihi serta kaum kerabat dan para sahabat Baginda yang dimuliakan....... (ehemmm...dah selawat ke belum hari ni?)


Assalamua'laikum w.b.t.


Sdikit bingkisan ringkas.... moga bermanfaat!  ^_^




Marilah kita bekerja,beramal dan membangun negara dengan besar hati dengan wajah yang gembira dan muka berseri.Kita mulai usaha kita dengan sekadar tenaga yang kita miliki.Dan jangan bernita supaya beres dan selesai di tangan kita juga atau pada aman kita juga.(Hamka)



Seorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada meminta-minta yang belum tentu orang hendak memberikannya.

Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati........


                                             


Pekerjaan seorang lelaki lebih memberi bekas kepada seribu orang lelaki daripada perkataan seribu lelaki kepada seorang lelaki.

                                          

Sunday 6 November 2011

tReNd YaNg SiA-sia


Jangan mudah melafaz kasih
Kasih itu untuk siapa
Jangan mudah melafaz sayang
Sayang itu untuk siapa
Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada yang Esa
Cinta kan bunga, bunga kan layu
Cinta kan manusia kan pergi..........~

Bismillahirahmaanirahiim.... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang........

Melangkah ke hari ke-2 eiduladha... terasa cepat masa berlalu. Subhanallah.... Kurang 24 jam dari saat ini kami akan mengahadapi imtihan akhir untuk semester ini. Saya berusaha untuk meluangkan sedikit waktu untuk mencoret lantaran sudah terlalu lama rasanya tidak menulis. Terasa kelu lidah untuk berbicara, terasa spasm jari-jemari ini untuk melakar dan terasa tumpul mata ini untuk terus menghadap skrin. Maaf untuk segala kekhilafan dan ketidaksempurnaan diri.

Izinkan saya untuk menggunakan bahasa pasar di sini. Ketika berjalan-jalan di alam maya, buka blog sana sini termasuklah facebook.....kebanyakkannya berbicara tentang cinta. Ngeri pula bila menyebutnya. Kata orang, cinta itu indah. Cinta kepada siapa? Itu persoalannya. Ada yang mengagungkan cinta  kepada Allah semata. Tak kurang juga ada yang menzahirkan cinta itu hanya kepada manusia! Itu suatu masalah yang besar sebenarnya. Ngeri, ngeri ngeri mengenangkan jika cinta kepada manusia itu melebihi cinta kepada Allah. Nu'dzubillah.

Rakan : Sid, hang takdak boypren ka? Asyik menghadap laptop ja.......
Sid      : Takde.....
Rakan : Pelik la hang nih. Hang tak boring ka? Kalau la hang ada boypren, boleh gak hang chat ka, mesej ka,  
 borak kat phone.....hang tak teringin ka?
Sid      : (Menjuihkan bibir) Takde keinginan pun. Saya bahagia dengan kehidupan saya. Prinsip hidup saya...  TIADA CINTA SEBELUM NIKAH. Muktamad. Takde faedahnya nak mesej2, nak borak2.  Perkara yang haram itu jelas, dan yang halal itu jelas! Kalau dah jalan yang dipilih untuk membina  mahligai itu pun bukanlah dari jalan yang dikehendaki oleh Allah Taala, apa agaknya yang akan jadi  ye????
Rakan : Gulp!!!

cinta manis seperti gula2??  tak tau..... :)
                                                         
Situasi di atas mungkin dialami oleh mereka yang teguh berpegang pada prinsip. Malah tidak keterlaluan jika saya mengatakan ada yang dihina dan dikatakan kolot apabila tidak berkapel. ish, ish, ish....

Trend masa kini, mesti dan perlu berkapel. Benarkah????
Pada pandangan saya, tak semestinya perkara yang ramai orang buat itu betul, dan tak semestinya perkara yang jarang-jarang orang buat itu salah.

 “Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.”
(HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)


cinta itu fitrah dan tak salah....hanya kita perlu mengawalnya :)
                                            


Adakah saya menolak fitrah? Tidak. ^_^
Saya hanya menolak trend berkapel yang kian meruncing dalam kalangan remaja masa kini.Trend yang sia-sia saya kira. Saya juga remaja, walau mungkin saya dikatakan sebagai remaja yang kolot atau enggak jamani dalam bahasa lainnya (",), saya tetap bahagia dengan prinsip hidup saya. Kerana saya yakin, kita hidup di dunia bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah. Tanpa Dia, siapalah kita. .........

Jadi cinta siapa yang perlu kita cari dan perlu diutamakan? Tepuk dada, tanya iman  n_n

Gapailah cinta ilahi
Sebelum terlambat nanti
Usah biar jiwa menyesali
Dengan trend yang tidak berfaedah ini

Ya Allah Ya Rabbi
Bantulah kami ini
Jauhkan kami dari cinta yang tidak Kau redhai
Sesungguhnya hanya Kau pelindung kami

Biarlah kami dikatakan enggak jamani
Asal prinsip teguh berdiri
Demi redhaMu ya Ilahi
TanpaMu......Siapalah kami

                                           

Thursday 15 September 2011

PerKHabaran Yang Indah ^_^

Bismillahirrahmaanirrahiiim.......
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang..... ^_^
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta kaum kerabat baginda yang dumuliakan.....

Pheww.... ^0^ Alhamdulillah...... Sehari dua ini adalah hari yang agak memenatkan. Terkejar ke sana ke mari mengurus itu ini. Semuanya memerlukan pengorbanan yang  bukan sedikit....  Keringanan yang Allah beri dalam menyelesaikan sesuatu itu sangat menginsafkan. Insan kerdil......apalah yang ada pada diri ini...?
Nothing.....000000000

Tot tet tot tet di muka buku tadi telah membawa perkhabaran baru .... :) <senyum sampai telinga>
(Inilah salah satu manfaat fb. Boleh tahu news baru tak sampai satu jam disebarkan! tp dalam banyak2 manfaatnye, terselit juga kelemahan. Maaf ye, bukan sedikit friend yg terpaksa diremove dari list atas sebab2 yg tak dapat dielakkan =_=)

Berbalik pada perkhabaran yang membuatkan saya rasa ingin tersenyum lebar ke telinga adalah...........berita pernikahan!  ^_^ Alhamdulillah........ seorang sahabat akan melangsungkan pernikahan pada hari ini (Jumaat) selepas Asar. Seronok seronok seronok.... Seronok kerana akan terbinanya sebuah lagi masjid.
Moga ikatan yang bakal terjalin membuahkan ketenangan hingga ke sana. Amiiin ya Rabb...... (aminkan yee...)

                                              

Sebenarnya saya tidak berapa mengenali kedua mempelai. Sekadar pernah sama2 menjadi fasilitator di beberapa buah program di kampung. Kedua mempelai sebaya dengan saya, 20 tahun.
^_^ Semacam tak percaya pula ......... (senyum  lagi)

Teringat dialog seorang ustaz dan anak perempuannya yang baru berusia 18 tahun pada waktu itu......~

Anak : Abi! Alhamdulillah.......kakak dapat lanjutkan pelajaran ke Jordan! T_T (menangis terharu)
Abi   : Kalau kakak nak pergi, Abi benarkan. Dengan syarat kakak kena nikah dulu. Then, pergi sana dengan  suami..... :)
Anak : (Terkedu) Errrrr.......Abi....Kakak kan muda lagi. Takkan nak kawin kutt....?
Abi   : Itu syarat dari Abi. Dulu Nabi Muhammad dengan Siti A'isyah berkahwin ketika A'isyah baru berusia 9 tahun.
Anak  :Abi......itu masa zaman Rasulullah.... sekarang zaman dah berubah......
Abi   : Dah tu, zaman dulu bukan manusia kah?
Anak  : (Terkedu lagi dan tersenyum sahaja)
 Abi  : Kalau rasa tak boleh, sambung pengajian di Malaysia sahaja. (lembut tapi tegas)

Setelah berfikir berhari-hari dan melakukan istikharah, si anak merasakan dia belum mampu lagi untuk membina baitul muslim. Saranan ayahandanya diikut. Kini dia melanjutkan pelajaran di negeri pantai timur, Malaysia.......

Mitsaqon Gholiizo...... yakni perjanjian yang teguh. Pernikahan bukanlah suatu perkara yang enteng atau boleh dipandang remeh. Pernikahan di dunia, membawa  kepada keadaan di akhirat kelak. Siapa tak nak isteri solehah? Siapa tak mahu suami soleh? (sila angkat tangan) Penyatuan dua hati dua jiwa. Dari insan yang asing kepada insan yang paling rapat dalam hidup.... (ngeri pule bila tulis macam nie)

Sajak Aminah Qutb buat bakal suami......~


Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
Yang ditetapkan olehMu kepadaku,
Maka,
Campaklah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah keranaMu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah keranaMu.

Namun,
Andai dia bukanlah jodoh yang
Ditetap olehMu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah,
Dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku..

sumber: "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"..karangan Fatimah Syarha

Walau apa pun...... selamat berbahagia kepada mereka yang bakal menempuh alam baru.... :) 
Doa pengantin : Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atas mu dan menyatukan kamu 
                            berdua dalam kebaikan (",)

anda bile lagi..... hehehe ^_^