Assalamua'laikum w.b.t..............
Izinkan saya berbicara..... koff...koff..koff =,=
Semasa penempatan di dewan bedah, saya diarahkan untuk
menyerahkan sehelai baju khas (baju kalis x-ray) kepada seorang doktor wanita
yang amat saya kagumi. Dengan semangat yang berkobar-kobar, saya pun melangkah
ke arahnya dengan semangat yang jitu....eh,
sambil membawa baju yang beratnya
sama dengan 3 orang anak buah saya yang berusia 2 tahun.
Baju itu saya tatang dengan penuh berhati-hati.....
Tiba-tiba........
GEDEGANG!!! Langkah saya mati. Dunia seakan berputar
sekejap.
Pak cik x-ray yang sedang berselirat dengan wayar2nya juga
terpempan mendengar bunyi itu sambil melihat tingkah saya. Sempat saya
mendengar dia bersuara...... "Dik......"
Saya buat tak endah dan menonong menuju ke arah doktor yang
dimaksudkan. Selepas menyerahkannya, segera pula beredar dari bilik itu. Pak
cik x- ray masih setia memerhati, mungkin bimbang saya rebah bila2 masa.....
Tahu kenapa? Sebab saya dihentam oleh sebuah pintu yang
boleh saya samakan beratnya dengan berat anak gajah. Pintu automatik yang
sememangnya tiada belas kasihan.... TT____TT
Sesiapa saja yang 'melupakan' kehadirannya, nescaya akan
dihentamnya. (padahal sy lupa nak tekan punat 'buka tutup')
Sy keluar dlm keadaan dunia berputar 'indah' dan kepala yang
seakan kembang kuncup. Menerpa ke arah seorang sahabiah. Hujan turun secara
otomatik akibat kesakitan yg amat sangat! Subhanallah......
MoRal......
1.Padan muka saya.......
2.Ibn Atthaillah pernah berkata "Orang yg kurg cerdik
bila bngun tidur dia akan berfikir apa yg akan dilakukannya pada hari itu, tapi
org yg bijak akn berfikir apa yg Allah akan lakukan ke ats dirinya pada hari
itu.
3. Jangan cuai...hargailah pintu di sekeliling anda....
sekian.
No comments:
Post a Comment