Monday 30 May 2011

~......KeSiAn.....~

Bismillahhirrahmanirrahiiim....... Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam buat Rasul junjungan yang dimuliakan serta para sahabat dan keluarga baginda.
Alhamdulillah....kita masih diberi peluang untuk bernafas, melakukan ADL (activities daily living) seperti biasa.
Sekarang dah jam 8.14 malam. Sementara menunggu masuk waktu isya', tangan  saya gatal ingin menari-nari atas keyboard ni.Tiba-tiba terfikir tentang perkataan ni..... -KESIAN atau KASIHAN-

Kesian kepala kita........yang perempuan tidak bertutup. Perit dibakar mentari dan dibasahi hujan. (sekarang jangan main2 dengan hujan, hujan asid sedang berleluasa) Kan ke ayu dan manis jika bertudung. Molek dipandang.Paling penting terpelihara maruah....Insyaallah... Kajian menunjukkan wanita yang bertudung kurang membebaskan haba daripada wanita yang tidak bertudung.
Bagi lelaki pula......kesian kepala kita., Sebab apa ya? Sebab asyik benor menanduk bola di padang bola even azan dah lama berkumandang mengajak ummatnya menuju kejayaan. Kan kesian tu. Kalau la kepala ni boleh berkata2.......

Kemudian...area kepala juga ni tapi part mata.
Kesian sungguh pada mata kita. Sebab asyik tengok dan tertengok benda yang haram. Mana taknya, kalau keluar dah sah2 akan ternampak mereka2 yang belum menutup aurat dengan sempurna. Kalau online je, mungkin akan keluar juga gambar yang ntah apa2. Kadang2 yang paling sedih, gambar muslimah pun ada. Dah molek dah bertudung litup...tapi.......bergambar sakan! Erk???? What is this???? Tak salah kalu nak bergambar pun, tapi patut2 la.... Tapi lagipun rasenya tak perlu nak letak gambar kat alam maya ni. Sekarang  banyak sangat cara untuk berhubung kan. Muka buku la....Tweet la....Ape la.... Mungkin niatnya elok nak bagi orang kenal dan ingat kat kita terutamanya kawan2 lama..... tapi...tak perlulah sume tu. Kerana hanya akan mengundang fitnah. Kan nabi pernah bersabda, perempuan adalah fitnah yang paling besar. Janganlah disebabkan kita wanita2......para mujahid tersungkur tanpa syahid di medan perjuangan. Naudzubillah....
Kesian lelaki-lelaki di luar sana. Baru nak berubah dah digoda denagn bermacam cubaan terutamanya wanita. Janganlah kerana kita iman mereka drop serta-merta. Naudzubillah.....



Then kita turun sikit....masih di kepala juga....iaitu mulut.
Kesian mulut kita. 'Dipaksa' untuk bercakap tentang aib orang, keburukan orang, mengumpat orang, mencaci, menghina dan sebagainya. Bukan tu je, digunakan pula mulut ni untuk makan benda2 yang haram. Naudzubillah..... Sepatutnya mulut yang satu ni diguna untuk berkata perkataan-perkataan yang baik. Berdakwah, berzikir dan meratib asma'Nya. Bayangkan ni baru satu pun punya payah nak jaga. Hebat percaturan Allah. Nasib baik tak dibagi dua mulut. Boleh runtuh agaknya bengunan yang paling tinggi di Abu Dhabi tu kalau semua manusia ada 2 mulut. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.....



Seterusnya... kita pergi pula kepada telinga
Telinga ada dua atau sepasang. Lengkap dengan pinna, ear lobe, ear canal, ear drum cochlea dan sebagainya. Kesian pada telinga kerana terpaksa mendengar perkara-perkara yang haram. Terdengar orang mengumpat...... Sebelum itu di sini saya ingin berkongsi 3 perkara yang manusia paling susah nak buat:
1-Buat baik pada orang yang buat jahat dengan kita.
2-Pertahankan orang yang diumpat
3-Mengakui kesilapan diri. 
Sadisnya....... Telinga oh telinga........ Kesian....... Bagusnya bagi telinga2 yang sentiasa mendengar amaran2 Allah. Dan kemudian melalui mulut, disampaikan pula pada yang lain lengkap dengan eye contact. :)
Sentiasa pula mendengar kalimah2 dari kalamullah. Insyaallah.....selamat dunia akhirat..... Amin Ya Rabb....

                                                              
Sekian sahaja untuk kali ini.....  Moga Allah permudahkan segala urusan kita untuk menujuNya....
sama2 muhasabah diri ....~insan kerdil~

p/s: maaf jika terdapat sebarang kesalahan. mohon diperbetulkan........

No comments:

Post a Comment