Monday 23 May 2011

~Kerdilnya KIta.......~

Bismillahirrahmaanirrahiim....... dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..:)

Alhamdulillah.....dapat lagi kita menghirup oksigen serta terhirup karbon dioksida serta segala macam gas lagi.
Betapa pemurahnya Allah S.W.T. Walau pun kita dah buat bermacam kesilapan dan dosa saban hari, tetapi Allah tetap memberikan rahmat dan kasih sayangNya kpd kita. Bayangkan kalu Allah stopkan bekalan oksigen 1 minit sahaja....apa agaknya yg akan terjadi? tak syak lagi.....semua mahkluk yang ada mungkin akan diserang dyspnea atau pun takypnea....senang cakap sesak nafas la. Bila kandungan oksigen dalam darah tak cukup, otak pun tak dapat bekalan darah  beroksigen yang secukupnya untuk menjalankan fungsinya.....MAKA.......jeng3......collapse la kita....
erk....bukan runtuh tau tapi pengsan atau tidak sedarkan diri., seterusnya kalau keadaan dah parah sangat pergilah kia menghadap Kekasih yang dirindui sejak sekian lama...... betul ke rindu? Rindu tak dengan Allah sebenarnya?   Apa bukti kita rindu dekat Dia? Apa? Apa? APA?  jawapannya....tepuk la dada...tnya iman ;).......semuanya berbalik pada diri kita.
Hanya Allah yang tahu akan isi hati kita..... kan? kan? kan? jujurlah denagan diri sendiri. Ada sesetengah orang sangat baik apabila di depan manusia. Bagaikan malaikat. Apa orang kata tu....pijak semut pun tak mati.... konon la.....
Tetapi apabila bersendirian, jeng3.....jadilah dia SILBI atau NATES bertanduk sejuta.
Nau'dzubillah....... hmmm...ce cite camne dia boleh jadi lagu tu? pada ana senang jer.... sebabnya mungkin dia KURANG IKHLAS dalam beramal. Nak dapat pujian sokmo. kalau sehari tak dipuji, boleh demam lah. Begitu dahsyatnya akibat tiada atau kurang keikhlasan ni. Dia hanya mengharapkan redha manusia semata. Redha Allah ditolak ke tepi atau ke belakang. Astaghfirullah....... bahaya ni. Bala besar ni. takut2 segala amalan yang dilakukan tidak diterima kerana mengharap redha manusia. ish.....nau'dzubillah...... T_T  
Bukan ke matlamat sebenar kita adalh redha Allah....... jadi.... carilah ia....gapailah ia...kejarlah ia.....mintalah padaNya.... kita ni memang sokmo la mintak,A llah tak kedekut pun. Dia sentiasa bagi dan memberi. kadang2 kita minta, memang la  Allah bagi  ada cepat ada lambat sikit. tu pun sebab Dia rindu nak dengar rintihan kita. Dia rindu nak dengar kita mengadu. Dia rindu nak lihat kita menangis keranaNya. Kan syok tu. Kemudian kalau kita menangis pula keranaNya, Dia up lagi ganjaran pahala kita. Buka tu saje......Allah siap janji lagi sesiapa yang menangis keranaNYA  matanya tidak akan disentuh oleh api neraka. Subhanallah......nak apa lagi? keciknya kita.....kerdilnya kita........ malu tak dengan Allah....?   Kene rasa malu......Kita ni bukan sapa2. Dalam hadis 40 ada dinyatakan.......Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. drpad Rasulullah S.A.W sebagaimana baginda meriwayatkan drpd Rabbnya bahawa Dia berfirman, "Wahai hambaKu, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diriKu, dan Aku telah menetapkan haramnya kezaliman di antara kamu. Maka janganlah kamu saling berlaku zalim. Wahai hambaKu, kamu semua adalah sesat, kecuali siapa yang Aku beri hidayah . Maka mintalah hidayah kepadaKu, nescaya Aku akan memberikan kamu hidayah.Wahai hambaKu,kamu semua kelaparan kecuali siapa yang aku berikan makanan, maka mintalah makanan kepadaKu, nescaya Aku berikan kamu makanan. Wahai hambaku, kamu semua tidak berpakaian kecuali siapa yang Aku berikan kepadanya pakaian. Maka mintalah pakaian kapdaKu, nescaya Aku berikan kamu pakaian. Wahai hambaKu, kamu semua melakukan kesalahan pada malam dan siang hari dan Aku mengampuni dosa semuanya maka mintalah ampun kepadaKu nescaya Aku ampuni. Wahai hambaKu, sesungguhnya tiada kemudaratan yang dapat kamu lakukan kepadaKu sebagaimana tidak ada kemanfaatan yang kamu berikan kepadaKu. Wahai hambaKu, seandainya sejak orang pertama di antara kamu sampai orang terakhir daripada kalangan manusia dan jin, semuanya berada dalam keadaan paling bertaqwa di antara kamu, nescaya perkara itu tidak akan menambah kerajaanku sedikit pun. Wahai hambaKu, sekiranya sejak orang pertama di antara kamu sampai orang terakhir daripada golongan manusia dan jin berada dalam keadaan yang paling derhaka di antara kamu, nescaya perkara itu tidak akan mengurangi kerajaanKu sedikit pun. Wahai hambaKu, seandainya sejak orang pertama di antara kamu sampai orang terakhir , semuanya berdiri di sebuah bukit, lalu kamu meminta kepadaKu dan setiap orang yang meminta Aku penuhi, nescaya perkara itu tidak akan mengurangi apa yang ada padaKu, kecuali bagaikan sebuah jarum yang dicelupkan di tengah lautan. Wahai hambaKu,  sesungguhnya setiap semua perbuatan kamu akan dihitungkan dan kemudian diberikan balasannya. Siapa yang banyak mendapatkan kebaikan, maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah, dan siapa yang menemukan selain (kebaikan) itu janganlah ada yang dicela kecuali dirinya." (HR. Muslim)         

mungkin tidak keterlaluan kalau saya nyatakan sekali lagi.... kita bukannya sesiapa. kita sangat lemah dan kerdil di hadapanNYA............


p/s: maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kesilapan. mohon diperbetulkan

No comments:

Post a Comment