Wednesday 25 May 2011

~pErKaRa YaNg KuRaNg MoLeK~

Bismillahirrahmaanirrahiim.......
Saya mengandaikan bahawa hari ini adalah hari untuk meluahkan perasaan......kenapa?
ya.....kerana  saya ingin meluahkan sesuatu.....ape dia? hmmm.......saya nak mendedahkan perkara2 yg bagi saya tidak senonoh atau tidak molek untuk dilakukan (selain daripada kemaksiatan)...... meh tgk sama2, sama ada kita pernah buat atau tidak perkara2 nih.....

Perkara 1: tidur selepas subuh...... Nabi menegah ummatnya daripada tidur selepas subuh kerana dikhuatiri hilang rezekinya....kerana kita disuruh supaya berusaha dan bekerja dengan bertebaran di atas muka bumi ini selayaknya seorang khalifah! Apa barang kalau tidur? cuba tengok lembu,lembu tak tidur lps subuh tau. burung pun sama. terbit je fajar terus je terbang. Sebabnya burung kena isi temboloknya yang kosong tu.  malu tak dengan haiwan ni? Malu tak dengan lembu? Malu tak dengan burung?

Perkara 2: Bangun tidur tanpa kemas katil atau tempat tidur. ish...ish....ish....tak senonohnya.....
dah sedap tidur malas nak kemas pulak... apa la salahnya kalau tegangkan cadar katil tu. Lipat la selimut tu. Haa...kan lawa. kemas dan bersih. Kan kebersihan itu sebahagian daripada iman. Tak gitu?

Perkara 3: Makan tanpa membasuh pinggan. Ni lagi satu hal. Dosa ke kalau cuci pinggan tu sekejap?
Kalau dalam majlis  tu lain la. Ini dekat rumah pun pakat main letak je. Lain la kalau ada bibik. Ala....tak parutnye tangan tu kalau basuh pinggan sebiji. Ok,next...

Perkara 4:  Yang ni secara jujurnya kadang2 sy pun terbuat. Tak buat solat Dhuha walau diberi kelapangan. Hari tu asyik sibuk mengemas sampai tangguh2 solat Dhuha, sudahnya miss sampai ke tengah hari. Ambik! Nyesal tak sudah..... memang la solat Dhuha tu just sunat jer. Tapi jangan main2....bukan solat sunat biasa tau. Sunat muakkad lagi iaitu sunat yang sangat dituntut. Malunya kalau tak dapat buat sedangkan diberi kelapangan.
Kenapa malu? Mesti la malu.....sebab Nabi Muhammad insan paling agung di dunia pun buat. Tapi yang banyak dosa ni........tepuk dada tnya iman...

Perkara 5: Suka bertangguh. Ni lagi satu penyakit yang tidak senonoh. Mana taknya......kerja yang boleh dibuat pada hari ini suka benor ditangguh2 sampai ke hari esok. Peringatan ni untuk diri saya jgk. Saya selalu tangguh untuk menulis. Pada hal patutnya kalau Allah dah bagi idea tu terus je la tulis ek. Ini tak.......sokmo tangguh.... Same2 kita muhasabah ya....... sebabnya kata ulama'....tempat yang paling jauh untuk kita sampai ialah masa yang telah berlalu. Masa tu kan ibarat emas..... Emas tu mahal. ehm.....kene sayang masa lepas ni....

Sebenarnya banyak lagi perkara2 yang tidak senonoh  yang kita terbuat tapi tak sedar sebab dah jadi kebiasaan. Takpe......step by step. Panjang umur jumpa lagi. So lepas ni betulkan yang biasa dan biasakan yang betul........~Salam Muhasabah dari saya insan kerdil.....~

2 comments: