Sumayyah mengatur langkah perlahan-lahan. Hanya menunduk. Persis dihempap bongkah batu. Celaru segalanya. Apa kena dengan aku nih? Astaghfirullah....izinkan aku untuk mencicip sedikit ketenangan ya Allah.
Matanya basah tanpa sedar. Langkah semakin pantas. Dia ingin kembali ke hostel dengan segera. Sakit kepalanya semakin mencucuk-cucuk. Tiada lain yang difikirkan saat itu. Paracetamol...paracetamol.... Di mana dikau wahai sayang. Ish, memang tak betul dah aku ni. Mengharap pada ubat tu je kerjanya. Terik mentari semakin menggigit. Pijar rasanya. Ya Allah, baru panas dunia ni. Tak terbayang kedahsyatan neraka. Nau'dzubillah. Sempat lagi mindanya mencerna apa yang pernah dibaca di majalah Solusi tak lama dahulu.
ini baru panas dunia...... Imam al-Qurtubi menceritakan dalam Tafsirnya kisah berikut. Ia berkenaan dengan Imam Ahli Basrah yang bernama al-Hassan bin abi Hasan Al-Basri. Suatu petang, Al-Hassan sedang menunggu waktu berbuka puasa. Makanan telah pun siap terhidang di hadapannya.Tiba-tiba beliau teringat ayat ini, maksud firman Allah S.W.T.: |
(Surah Al-Muzzammil 73:12-13)
Beliau menjadi tidak berselera untuk makan sambil mengarahkan supaya makanan tersebut diangkat kembali.
Pada keesokkan harinya, beliau meneruskan puasanya. Apabila tiba waktu berbuka, sekali lagi beliau teringat kembali ayat itu dan tidak berselera untuk makan. Beliau berkata: "Angkatlah makanan ini." Esoknya beliau meneruskan puasanya dan perkara yang sama terjadi.Dengan demikian, sudah 3 hari beliau tidak makna apa-apa. Melihat keadaan itu, anak beliau segera pergi menemui para ulama' Basrah iaitu Thabit al-Bunani, Yazid al-Dabbi dan Yahya al-Bakka. Mereka segera pergi ke rumah al-Hassan dan terus merayu kepadanya supaya ia makan. Setelah beberapa lama, akhirnya al-Hassan menghirup sedikit kuah sup.
Sumayyah istihgfar lagi. Astaghfirullah.....para ulama' sampai takut untuk makan apabila teringatkan azab api neraka. Zaman sekarang, selagi tembolok tak penuh selagi tulah diisi. Nak-nak bulan puasa ni. Segala macam juadah tersedia. Yang aneh-aneh pun ada. Herrrm.....
Setelah puas menapak, sampai juga dia ke hostel. Pintu bilik dibuka. Terus dia tersembam di atas katil. Tudungnya dipecat. Nyaris dia mahu mencampakkan sahaja tudung itu, ttiba-tiba teringat kata-kata ibunya. 'Anak dara buat kerja biar sempurna'..... Allahuakhbar. Okey mak. Digagahkan tubuhnya untuk menggantung tudungnya di tempat yang sepatutnya. Tablet Paracetamol dicapai. Sambil berbaring dia merenung ubat itu. Sabar....Buka sekejap je lagi. Jap lagi kau telanlah aku puas-puas ye....Eh, bukan puas-puas. Limited 2 biji je sekali makan.(kata paracetamol :)) Buka? Eh, la....aku dah solat ke belum nih? Jam di hansetnya pantas ditilik. Dah pukul 5 rupanya. Awat aku tak dengar azan???? Sumayyah bingkas bangun. Sakit kepalanya tidak dihiraukan lagi. Gasak la. Solat dulu apa-apa hal pun. Dengan langkah yang agak tidak stabil, berjaya juga dia mengambil wudhu'. Alhamdulillah...... :) Lalu dia larut berceloteh dengan Penciptanya
Sudahnya dia tersungkur di atas sejadah. Langsung tidak sedar. (jangan diamalkan tidur selepas asar, orak ilok orang jawa kata).
Ya Allah.....aku nak balik ya Allah..... |
Ketukan lembut tetapi bertalu-talu di pintu memaksa Sumayyah untuk membuka mata. Astaghfirullah...terlelap lagi! Tak senonoh punya anak dara...... Pintu dibuka. Terjengul wajah bersih sahabatnya, Wa." La Haula Wala Quwata Illa billah......kau dah mandi ke belum?" tanya Wa. Terkejutnya dia melihat Sumayyah yang masih dibalut telekung.
"Mandi? Errrr....hehe..belum ."
Wa geleng kepala tetapi matanya memancarkan sinar kasihan. @_@
"Kepala kau sakit lagi? Doktor cakap apa?" bertalu-talu soalan keluar dari mulut Wa.
"Takde apa. Doktor kata aku stress je. Jangan risaulah." ^_^
"Yeke???"
"Yelah. Takkan aku nak tipu kau pulak......"
"Ehhmmm.....dahlah . Pergi mandi. Sempat lagi kalau nak mandi. Baru pukul 6 suku."
"Tak naklah...Kan makruh mandi lepas Asar. Aku mandi lepas buka nanti eh."
"Yelah. Tapi kena cepat. Kita tarawih kat Masjid Ladang malam ni."
"Hehe.....baik bos." balasSumayyah sambil membuat aksi memberi tabik hormat.
"Nakal eh!" Wa mencubit pipi Sumayyah. Sumayyah pantas mengelak. Lalu berlakulah aksi-aksi cubit-mencubit di sini. Tawa mereka di matikan dengan deringan telefon bimbit Sumayyah. Ada panggilan masuk.
"Assalamua'laikum Bulat!" sapa suara di hujung sana. Angah, sepupunya.
"Waa'laikummussalam Comel!" tawa keduanya pecah. Sumayyah memasang loudspeaker supaya Wa boleh turut serta dalam perbualan mereka.
"Kabare ukhti Bulat? " tanya Angah.
"Ana waras ukhti Comel. Jangan la panggil Su bulat..."jawab Sumayyah lirih. Wa yang mendengar hampir pecah perut menahan tawa.
"Hehe...maaf, maaf. Angah gurau je. Errrm....Angah nak tanya, minggu ni memang enti tak boleh balik ke? Kami nak buat satu lagi program. Harap sangat enti dapat turut serta. Adik-adik pun asyik bertanyakan tentang enti. Mereka rindu sangat pada enti. Angah tahu enti start cuti pada 25 haribulan. Tapi mana tahu kan, boleh balik awal ke......" suara itu jelas mengharap.
Sumayyah pandang Wa. Wa pandang Sumayyah.
"Maaf Angah. Su memang tak boleh balik. Minggu ni jadual kami agak padat. Su minta maaf sangat-sangat."
Automatik matanya mula berkaca-kaca. Wa yang amat memahami pantas mengusap belakang Sumayyah.
Sungguh! Aku juga rindu pada adik-adikku. Tapi apakan daya...... Kakakmu ini merantau demi ilmu.
"Oh...takpelah kalau macam tu. Belajar,belajar juga. Kesihatan jangan diabaikan. Insyaallah, kita akan bertemu kembali. Kita sama-sama sedang berjihad. Cuma bezanya jauh dan dekat je. " Angah juga dapat mengesan kelainan nada suara Sumayyah apabila perihal adik-adiknya disebut. Dia tahu, Sumayyah sangat sensitif jika tentang. Hatinya sangat lembut. Selembut jiwanya mendidik adik-adik di Rhaudhah. Namun, apakan daya. Dia hanya menyampaikan.
"Angah, kirim salam pada adik-adik ya. Salam rindu tiada tara. Insyaallah nanti kita jumpa."
"Insyaallah....enti jangan sedih. Perpisahan ini hanya sementara. Allah sedang menguji kita. Insyaallah nanti Angah beritahu pada adik-adik. Assalamua'laikum w.b.t. Oh, ya. Jangan lupa gemukkan badan ya. Hihi..Maa'salaama....."
"Memandai je Angah ni. :) Waa'laikummussalam w.b.t."
Minggu lepas juga Angah ada menelefonnya. Juga bertanyakan bila dia akan balik.
Kasihan adik-adikku...huuu T_T
"Rapatnya kau dengan adik-adik kau tu. Padahal diorang bukan darah daging kau kan? Seronok aku tengok." kata Wa.
"Ehhmmmm...maybe sebab dah dijaga sejak kecik kot. Masa kecik-kecik dulu, selalu jugak gaduh. Adat la.... ."
mari dengar akak mahu cerita~ |
salam rindu buat semua..... T_T |
"Errrrmmm....dah habis termenung.? Nak buka puasa tak? Ke dengan termenung tu kau dah rasa kenyang?"
sindir Wa sambil tertawa.
"Terbutaline punya Wa! Siap kau." Sumayyah pura-pura marah.
Mereka berkejaran di bilik yang kecil itu. Tiba-tiba........ ALLAHUKAHKBAR ALLAHUKAHKBAR!
"Azan sudah......... mana panadol saya....?" seru Sumayyah.
"Cepat buka.....dapat pahala.Nah. Panadol." Wa senyum lebar.
Allahumma laka sumna wa bika amanna waa'la rizkika aftorna birahmatika yaa ar hamar raahimiin......
Selamat berbuka!
BERSAMBUNG.............
No comments:
Post a Comment