Monday 8 August 2011

ApA nEnEk BuAt?????

Bismilahirrahmaanirrahiiim.....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....


Ini ada satu cerita
Dari ustazah kepada kami semua
Sudi lihat sudilah baca
Moga beroleh manfaat darinya....... ^_^


Bayu berpuput lembut menampar wajah tuanya. Matanya memandang sayu ke luar tingkap. Pandangannya menyapu halaman yang terjaga rapi.Kadang-kala rasa sunyi menghinggap di hati. Tanpa sesiapa, hanya sebatang kara. Tetapi dia yakin, bahawa Allah sentiasa memerhatinya. Sentiasa memandangnya  Sentiasa ada untuknya.
Walau di mana sahaja dia berada. Walau siapa pun dia. Waima dipandang hina oleh penghuni di dunia.....


Nek Senah menutup mata. Ingin mencari ketenangan. Usai solat Dhuha tadi, dia segera ke dapur. Mencari sisa-sisa untuk dimakan tengah hari nanti. Begitulah keadaannya sejak 5 tahun yang lalu. Jika ada makanan, dia makan. Jika tiada, dia berusaha mencari ulam-ulaman di sekeliling pondok buruknya. Jika tiada juga, dia akan berpuasa. Hidupnya kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Tak kais, tak makan lah dia. Tubuhnya sudah tidak kuat untuk bekerja. Kadang-kala menyapu sedikit di halaman pun, dia akan semput. Namun dugagahkan juga diri. Tidak rela dia bermalas-malasan tanpa arah. Nek Senah bernasib baik kerana mempunyai jiran yang sangat pemurah iaitu Nek Jarah dan Mujahid. Mujahid ialah cucu kepada Nek Jarah. Anak muda itu  seringkali menghantar makanan ke rumah Nek Senah.Halaman yang kelihatan terjaga rapi itu juga dikerjakan olehnya. Tak terdaya Nek Senah ingin menegah.Tapi apakan daya, takkan mahu diharap belas ihsan orang selamanya. Mereka juga bukanlah orang senang. Kata Nek Jarah, rezeki yang sedikit itu mungkin kelihatan sedikit, tetapi jika dikongsi besar keberkatannya. Biar sedikit tetapi berkat. Itulah yang sering diucapkan Nek Jarah apabila Nek Senah  pemberiannya dipersoalkan oleh Nek Senah.


pondokku.....syurgaku....


Keesokannya, Mujahid ziarah lagi. Sempat juga dia memberitahu berita terbaru berkenaan kampung mereka. Katanya ada sebuah masjid baru yang akan dibina menggantikan yang lama. Masjid lama itu sudah kelihatan uzur benar. Apabila yang baru hendak terbina, maka ramailah jutawan dari kampung dan luar kampung yang menderma. Kedudukan masjid baru yang akan dibina tidak terlalu jauh dari rumah Nek Senah. Sekitar selang 9 buah rumah. Gembiranya hati Nek Senah. Dapatlah dia mengunjungi masjid itu selalu. Tapi hati kecilnya turut terdetik, jika orang lain boleh menderma untuk pembangunan masjid, dia juga teringin melakukan hal yang sama. Masalahnya, tiada apa pun yang boleh disedekahkan olehnya. Hatinya kembali dipagut resah. Sangat terkilan dia jika tidak mampu menyumbang apa-apa. Namun apakan daya........


Dipendekkan cerita, selang beberapa lama kemudian siaplah masjid itu. Tersergam indah dengan segala ukiran yang indah. Pohon-pohon yang tertanam barayun-ayun seakan-akan menggamit manusia untuk masuk dan sujud kepadaNya. Indah dan tenang sekali panoramanya. Ada pesona yang tersendiri. Pesona rumah Allah.


masjidku.....syurgaku.....



Lupa pula, masjid sudah siap. Nama pula belum lagi dipilih. Maka bersidanglah semua ahli jawatankuasa masjid dalam suatu mesyuarat. Ada yang mencadangkan agar diberi nama jutawan yang menderma, ada yang juga yang mencadangkan agar diberi mengikut jalan atau tapak masjid itu dibina. Setelah berbagai cadangan, maka jalan buntulah yang ditemui mereka. Maka kata pak imam, "tidak mengapa. La ni, kita balik dulu. Solat dan mohon petunjuknya. Pilihan Allah itu yang terbaik." (Susah rupanya nak pilih nama masjid nih...ish3)


Keesokan harinya, semua ahli jawatankuasa bersidang lagi. Muazzin membuka bicara. Menurutnya dia bermimpi agar diberi nama Masjid Hasanah. Pengerusi masjid dan pak imam terkejut, kerana mereka turut bermimpi perkara yang sama! Lalu mesyuarat menjadi gempar. Tentu ada sebab bagaimana mereka boleh mendapat mimpi yang serupa. Kenapa Masjid Hasanah. Itulah dia. Semuanya adalah dalam perhitunganNya. Tiada yang terlepas. Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Hasanah. Siapa Hasanah? Setelah disiasat, rupa-rupanya Hasanah adalah seorang nenek yang tinggal seorang diri selang 9 buah rumah dari masjid tadi. Siapa lagi kalau bukan Nek Senah. 


Maka pergilah wakil-wakil dari jawatankuasa masjid ke rumah Nek Senah. Mereka ingin bertanya, apa sebab mereka boleh dapat mimpi yang sama? Adakah Nek Senah ada mengamalkan sesuatu? Nek Senah menggeleng. Mati-matian dia menyatakan bahawa dia bukan siapa-siapa. Dia hanya insan biasa. Namun, setelah didesak dan dipujuk berkali-kali, maka Nek Senah surrender dan menceritakan apa yang telah dilakukannya.


Jeng3........


Cerita Nek Senah sambil tertunduk........
Setelah puas dia memikir bagaimana dia dapat menyumbang untuk pembangunan masjid, akhirnya dia mendapat satu akal. Ilham daripada Allah. "Apa nenek buat?" tanya Mujahid. Pada malam hari, agak-agak semua orang dah tidur, Nek Senah keluar senyap-senyap dari rumahnya. Digagahkan tulang empat kerat untuk melangkah menuju ke tapak pembinaan masjid. Di tapak belakang masjid ada sebuah bukit. Nek Senah mengambil batu keras saiz sederhana besar dan batu yang mudah hancur saiz besar sedikit. Lalu dengan batu keras tadi, dihempuknya  batu ynag mudah hancur tadi sehingga menjadi halus seperti pasir. Dia melakukannya berulang-ulang kali. Setelah itu, batu yang hancur tadi dikaup dengan tangan tuanya. Nek Senah membawa pasir ini tadi dan diletakkan di atas timbunan pasir dan segala tanah untuk pembinaan masjid tadi. Perkara ini dilakukan  setiap malam sehingga masjid tersebut selesai dibina. 


Hanya itu yang mampu dilakukannya. Hanya itu amal jariahnya. Dia tiada duit untuk bersedekah, lalu dengan cara itulah dia beramal. Dan dia berasa sangat puas dapat melakukan itu semua. Hati Nek Senah sangat ikhlas. Hanya keredhaan Allah yang diharapkannya.


Semua yang mendengar cerita Nek Senah terkedu. Pak imam mengalirkan air mata. Muazzin sebak. Insaf menjengah sanubari.Sampai begitu sekali niatnya untuk bersedekah. Subhanallah......


Errrmmm.....itu pengorbanan Nek Senah. Allah balas tunai di dunia lagi. Ganjaran di akhirat? MasyaAllah.....
Tak terbayang rasanya..... Sekian sahaja...Salam ramadhan....tingkatkan ibadah dan amalan :)


Silalah tinggalkan komen anda......

2 comments:

  1. singgah salam. :)

    tersentuh dengan cerita nenek dan masjid ni. :)

    ReplyDelete
  2. syukran.....
    moga beroleh manfaat darinya.... :)

    ReplyDelete