Friday 2 September 2011

Tragedi yang tak Berapa Tragedi

Bismillahirrahirrahmaanirrahiiim.......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....


Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad yang dikasihi berserta keluarga serta kaum kerabat dan sahabat baginda yang dimuliakan :)


Alhamdulillah.......Berpeluang lagi untuk merasai kemanisan menghayati Ramadhan dan menyambut Syawal. Setelah lama tidak menulis akibat masalah yang tidak diundang, jari-jemari ini berusaha sebaik mungkin untuk terus bertinta. Terima kasih kepada yang sudi membaca picisan ana. Baru-baru ini laptop kesayangan ana ini rosak. Hard disk terjejas teruk. Terpaksa berganti  hard disk yang baru. Mujur Allah mengurniakan seorang abang yang sememangnya mahir selok-belok komputer. Tak sia-sia abang menjadi anak sulung UniMep dulu.
Terima kasih abang! ^_^


Apabila sebut sahaja Syawal, ana teringat insiden sewaktu berada di tingkatan 6 Bawah dulu. Izinkan ana untuk menggunakan bahasa tidak  formal. 


Kami tingkatan 6 Bawah pengkhususan Syariah sepakat untuk beraya bersama. Yang perempuan, naik kereta. Yang lelaki baik motor, kata ketua kami. Waktu itu pelajar kelas kami memang tidak ramai. Sekitar 20 orang sahaja. Yang perempuan hanya sekitar 7 orang. Dan yang dapat turut serta dalam konvoi raya itu hanyalah separuh. Keselamatan kami pelajar perempuan amat dijaga oleh pelajar lelaki. Kami tidak dibenarkan membawa motor, hanya kereta. Itupun ada wakil pelajar lelaki yang ,membawa kami selaku pemandu. 

berhati-hati di jalan raya :)

Kami mula berziarah dari satu rumah ke satu rumah. Suasana agak meriah. Pelajar lelaki yang membawa motor sesekali mengiringi kereta yang membawa pelajar perempuan. Sekali nampak macam tengah berlumba saja lagaknya. Tiba di salah sebuah rumah seorang pelajar , kami disambut dengan mesra. Terpancar keikhlasan seorang ibu dalam mendidik anaknya. Perkenalan berlalu dengan pantas, bagaikan sudah kenal lama. Masa amat mencemburui. Saat untuk meminta diri akhirnya tiba. Kami bergilir untuk bersalaman dengan si ibu manakala pelajar-pelajar lelaki bersalaman dengan si ayah.  


'Pemandu' kami start enjin kereta.Pelajar-pelajar lelaki pula sibuk memakai  helmet. Kami mengambil tempat masing-masing di dalam kereta sambil tangan syok melambai-lambai si ibu dan si ayah di luar. Kereta diundur, Tiba-tiba............... GEDEGANG!!!!! Spontan kami terjerit. Kereta yang kami naiki terasa senget sebelah!
Allahuakhbar.....apa berlaku nih????? 'Pemandu' tenang menyuruh kami keluar secara bergilir melalui satu pintu iaitu melalui pintu sebelah kiri. Kami hanya menurut. Pelajar lelaki yang nak pakai helmet tadi meluru ke arah kami. Ada segelintir yang merah padam menahan tawa. Kenapa nih??? Setelah berjaya keluar, barulah keadaan menjadi tenang. Tinggal 'pemandu' yang terperangkap di dalam. Rupa-rupanya sebelah tayar kereta termasuk ke dalam longkang! Patut la ada pelajar lelaki yang perah padam menahan tawa setelah melihat keadaan kami! Malunya.......... 


Si ayah tadi pun meluru ke arah kami. Astaghfirullah..........Wajahnya macam nak marah, macam nak gelak. Macam-macam........ 'Pemandu' cuba menekan minyak untuk menaikkan kereta namun tak berhasil. Akhirnya pelajar-pelajar lelaki sepakat untuk menolak sahaja. Ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing, kereta tersebut berjaya dinaikkan dengan mudah. Alhamdulillah......kami mengucapkan syukur tak putus-putus. Dugaan raya.....kata seorang teman. 


Mujur juga tiada kerosakan lain. Alhamdulillah........ Tiba-tiba seorang teman berkata, astaghfirullah.... kenapa tak ambik gambar tadi? Kan kenangan tu......
Kata teman yang lain, dah semua tengah kalut. Mana nak ingat gambar dahhhh......
Kami hanya tersenyum. Ye tak ye juga kan? ^_^


Seronok. Manisnya ukhuwah masih terasa hingga ke ssat ini. Selamat hari raya semua! Maaf zahir batin.
Jalok dingopuro sing akeh-akeh yo ^_^



No comments:

Post a Comment