Friday 26 April 2013

Cita-cita.

Teringat kisah dari sebuah buku. Pengalaman seorang ustaz yang menjadi sukarelawan di sebuah negara bergolak.

Ustaz ini sangat mesra dengan masyarakat setempat. Pada suatu hari, datang seorang pemuda. Saya gelarkannya sebagai Syabab. Umurnya dalam lingkungan belasan tahun. Berseri wajahnya ketika mendatangi ustaz tersebut.

"Ustaz...... Saya mimpi malam tadi," tersenyum.

"Mimpi apa?" tanya ustaz. Senyum juga. Meraikan tetamu.

"Saya mimpi saya syahid,ustaz." Berseri sungguh wajahnya.

"Alhamdulillah....." ujar ustaz.

Perbualan tersebut mati di situ. Tidak lama kemudian, tersebar berita kesyahidan Syabab.Beliau cedera parah. Menitis air mata ustaz. Cita-cita anak muda ini tercapai akhirnya. Jenazahnya disemadikan seperti sahabat dan saudara2nya yang lebih dahulu menemui Pencipta.






Apa yang menarik, ketika diuruskan jari telunjuk syabab ini seolah-olah sedang berada dalam kedudukan tahiyat. Jelas. Terpegun para sahabat.

2 bulan berlalu. Kisah si Syabab menjadi ikhtibar. Timbul pula situasi menakjubkan yang lain. Ada bau harum di kawasan tersebut. Tidak seorang pun tahu dari mana bau tersebut datang. Setelah diteliti, bau tersebut amat kuat di tempat pengusung diletakkan. Pengusung tersebut sering digunakan untuk mengangkat mangsa-mangsa yang cedera. Apa yang menarik perhatian, ada darah segar di pengusung tersebut.

"Darah siapakah ini? 2 bulan dah berlalu sejak kesyahidan Syabab. Setelah itu, pengusung ini tidak digunakan bukan? Kerana tiada yang cedera," kata suatu suara.

"Benar....." jawab yang lain.

"Subhanallah.... Masyaallah......."

2 bulan telah berlalu sejak pemergiannya. Bau harum masih mengitari kawasan itu.
Hebat bukan? :') Ini baru balasan dunia yang Allah tunjukkan buat hambaNya yang berjuang bersungguh-sungguh keranaNya. Demi cintaNya...... Subhanallah...

Saturday 20 April 2013

The Necklace!

Bismillahirrahmaanirrahim..... Assalamua'laikum w.b.t buat yang sudi membaca :) Selawat serta salam buat junjungan besar Baginda dan sahabat yang dimuliakan.... Allahumma Solli A'la Muhammad.....

Syukran jiddan kerana sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ni. Chewahhhh....hehe

Meh nak citer sikit...... ^_^ Moga ada ibrahnya....

Ingat tak kisah The Necklace....? (kalau tak silap ni la tajuknya) =_="

Menceritakan tentang seorang wanita yang ingin hidup mewah. Suatu hari dia dijemput untuk menghadiri suatu majlis. Dia merungut kerana ketiadaan barang kemas untuk dipakai ke majlis tersebut. Lantas dia bergegas meminjam sebuah rantai mutiara hitam daripada seorang teman baiknya. Seorang bangsawan.

Di majlis tersebut, rantai tersebut hilang. Puas dia dan suaminya mencari, namun tidak ketemu juga. Akibat takut untuk berterus-terang tentang kehilangan rantai tersebut.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membeli rantai yang baru. Akibatnya mereka bankrap teruk dan terpaksa bekerja berhempas-pulas demi membayar hutang kepada bank. Mahal harga rantai tu....... (Kalau tak silap 25,000 dolar)




Selepas 10 tahun hutang mereka masih belum langsai. Teman yang meminjamkan rantai tersebut terserempak dengan wanita ini yang sedang bekerja. Wajahnya kelihatan 10 tahun lebih tua dari usia sebenarnya akibat kelelahan bekerja.

"Kenapa dengan kamu? Mengapa kamu bekerja sebegini rupa?"

"Semuanya kerana rantai itu. Rantai yang kamu pinjamkan kepada saya. Sebenarnya ia telah hilang di majlis tersebut. Kami menggantikannya dengan yang baru, dan akibatnya kami terpaksa menanggung hutang yang banyak."

"Tungu....rantai? Rantai itu? Maksud kamu rantai yang kamu pulangkan itu rantai yang asli?

"Apa maksud kamu? Bukankah rantai yang kamu beri pinjam kepada saya itu sememangnya adalah rantai yang asli?"

"Oh sahabatku sayang.......... rantai itu hanya palsu.Harganya hanyalah 25 dolar."

"Apa??????"

-Setiap kali saya teringat cerita ini, saya akan bertanya pada diri.......... Bukankah lebih elok jika mengakui kesalahan diri. Mungkin dia tidak akan menderita sedemikian rupa.... Benda dah jadi.... hmmm ...