Sunday 23 December 2012

Encik Pintu


Assalamua'laikum w.b.t..............

Izinkan saya berbicara..... koff...koff..koff   =,=

Semasa penempatan di dewan bedah, saya diarahkan untuk menyerahkan sehelai baju khas (baju kalis x-ray) kepada seorang doktor wanita yang amat saya kagumi. Dengan semangat yang berkobar-kobar, saya pun melangkah ke arahnya dengan semangat yang jitu....eh,  sambil membawa baju yang  beratnya sama dengan 3 orang anak buah saya yang berusia 2 tahun.

Baju itu saya tatang dengan penuh berhati-hati..... Tiba-tiba........
GEDEGANG!!! Langkah saya mati. Dunia seakan berputar sekejap.
Pak cik x-ray yang sedang berselirat dengan wayar2nya juga terpempan mendengar bunyi itu sambil melihat tingkah saya. Sempat saya mendengar dia bersuara...... "Dik......"

Saya buat tak endah dan menonong menuju ke arah doktor yang dimaksudkan. Selepas menyerahkannya, segera pula beredar dari bilik itu. Pak cik x- ray masih setia memerhati, mungkin bimbang saya rebah bila2 masa.....

Tahu kenapa? Sebab saya dihentam oleh sebuah pintu yang boleh saya samakan beratnya dengan berat anak gajah. Pintu automatik yang sememangnya tiada belas kasihan.... TT____TT
Sesiapa saja yang 'melupakan' kehadirannya, nescaya akan dihentamnya. (padahal sy lupa nak tekan punat 'buka tutup')

Sy keluar dlm keadaan dunia berputar 'indah' dan kepala yang seakan kembang kuncup. Menerpa ke arah seorang sahabiah. Hujan turun secara otomatik akibat kesakitan yg amat sangat! Subhanallah......

MoRal......
1.Padan muka saya.......

2.Ibn Atthaillah pernah berkata "Orang yg kurg cerdik bila bngun tidur dia akan berfikir apa yg akan dilakukannya pada hari itu, tapi org yg bijak akn berfikir apa yg Allah akan lakukan ke ats dirinya pada hari itu.

3. Jangan cuai...hargailah pintu di sekeliling anda.... sekian.


                          

Tuesday 11 December 2012



Assalamua'laikum w.b.t.  Wussshhhhh! Berhabuk bersawang bagai!!!   

Hehe....bizi sikit.....(ALASAN =p)   Hampir setahun tidak dijengah....

Sedikit bingkisan buat yang sudi membaca  ^___________^
                          Islam telah bermula di Makkah dan disebarkan ke seluruh dunia dari Madinah. Ini bermakna Islam bukan sahaja dianuti oleh Rasulullah dan para sahabat Baginda, bahkan ia "dieksport" ke seluruh dunia.
Kini adakah kita masih mampu mengeksport Islam kepada penduduk di seluruh yang belum Islam? Jawapannya, tidak mustahil jika kita mampu "import" Islam ke dalam diri kita terlebih dahulu. Bagaimana caranya?


Rasulullah telah membuktikannya dengan menjadi ibarat Al-Quran berjalan. Testimoni daripada Sayyidatina Aisyah r.h.a. ini telah membuktikannya: " Akhlak Rasulullah s.a.w. ialah Al-Quran." (Riwayat Muslim)
Jadi caranya adalah dengan "mengimport" al-Quran itu sendiri serta sunnah Rasulullah ke dlam diri, nescaya kita akan mempunyai Islam yang boleh "dieksport" ke seluruh dunia!

Solusi-