Sunday 14 August 2011

KaWaN, tEmAn, RaKaN aTaU.........?


subhannallah.....very nice pic right? :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

                             
Catatan ringkas.......... :)..

K.A.W.A.N  : Seseorang yang berhubung dengan kita kerana kita membawa keuntungan padanya. Jika kita tiada manfaat, ditinggalnya kita.....

T.E.M.A.N. : Seseorang yang berhubung dengan kita kerana cinta, kasih dan sayang. Biasanya melibatkan jantina yang berlawanan......


jaga2! couple itu haram... 

R.A.K.A.N.  : Seseorang yang berhubung dengan kita tanpa ada apa-apa maksud. Dia menegur hanya kerana ingin menghilangkan kebosanan.Lazimnya kita akan bertemu RAKAN di tempat yang baharu dikunjungi. Manusia tidak boleh hidup bersendirian, sebab itu ia perlu berkata-kata kepada seseorang yang lain.


ni la rakan-rakan saya!!!! ^_^ 

S.A.H.A.B.A.T. : Dari segi bahasa : Seseorang yang berada hampir dan sempat hidup bersama Rasulullah seperti Khulafa' Ar-Rasyidin.
Dari segi istilah : Seseorang yang selalu sudi untuk mendengar dan meminjamkan telinganya untuk kita. Sentiasa ada di kala kita susah atau senang. Sahabat biasanya adalah orang yang ada di sisi kita saat berendam air mata. Allah mengirimkannya untuk menghiburkan kita saat sedang dibalut resah, mengingatkan tika diserang kealpaan, dan memujuk bahawa rahmatNya sentiasa ada di saat kita ptus asa.
Di atas adalah serba sedikit maksud yang dapat saya jelaskan secara ringkas tentang istilah-istilah yang sentiasa meniti di bibir kita. Semuanya kelihatan mempunyai maksud yang sama tetapi sebenarnya tak serupa.
Maksud-maksud di atas saya dapati ketika waktu rehat semasa berjalan di koridor sekolah beberapa tahun yang lepas... (wallhua'lam...maaf sekiranya ada kesilapan)


Ada sesetengah orang berpendapat, dia tidak perlu hidup dengan sesiapa. Dia tidak perlukan orang untuk diajak bercakap atau berbincang. Hidupnya adalah untuk dirinya...dan Allah. Kadang-kala hubungannya dengan Penciptanya sentiasa terjaga, tetapi hubunganNya dengan manusia, terabai terus.


Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.


Hadis di atas merujuk supaya kita berkasih-sayang sesama insan. Tiada istilah dengki-mendengki, cemburu dan segala sifat mazmumah yang lain. Sebagaimana kita amat sayangkan diri kita, seperti itulah Rasulullah ingin kita menyayangi saudara kita yang lain. Keadaan ini kelihatannya remeh, tetapi impaknya sangat besar sebenarnya terhadap Islam. Bayangkan jika virus dengki-mendengki melanda. Nau'zubillah.....ummat akan berpecah-belah. Saling fitnah-memfitnah. Tiada lagi ketenangan  yang menghuni di jiwa. Hati yang sarat dengan sifat mazmumah bisa dipenuhi dengan nanah dosa dan noda. Lalu lahirlah si munafiq wa fasiq. Nau'dzubillah..... 

ayuh sahabat... pimpin tanganku menuju redhaNya~ 

Jadi buat diri saya. dan yang sudi membaca.........siapa kita ini? Kawan, teman, rakan atau sahabat?
Tepuk dada tanya iman. Usah hanya tahu mengungkap tanpa tahu maksud yang tersirat.........

Friday 12 August 2011

sAlAm RiNdU (4)

Lanjutan dari Rintihan Seorang Pemuda (3)

Sumayyah mengatur langkah perlahan-lahan. Hanya menunduk. Persis dihempap bongkah batu. Celaru segalanya. Apa kena dengan aku nih? Astaghfirullah....izinkan aku untuk mencicip sedikit ketenangan ya Allah.
Matanya basah tanpa sedar. Langkah semakin pantas. Dia ingin kembali ke hostel dengan segera. Sakit kepalanya semakin mencucuk-cucuk. Tiada lain yang difikirkan saat itu. Paracetamol...paracetamol.... Di mana dikau wahai sayang. Ish, memang tak betul dah aku ni. Mengharap pada ubat tu je kerjanya. Terik mentari semakin menggigit. Pijar rasanya. Ya Allah, baru panas dunia ni. Tak terbayang kedahsyatan neraka. Nau'dzubillah. Sempat lagi mindanya mencerna apa yang pernah dibaca di majalah Solusi tak lama dahulu.


ini baru panas dunia......


Imam al-Qurtubi menceritakan dalam Tafsirnya kisah berikut. Ia berkenaan dengan Imam Ahli Basrah yang bernama al-Hassan bin abi  Hasan Al-Basri. Suatu petang, Al-Hassan sedang menunggu waktu berbuka puasa. Makanan telah pun siap terhidang di hadapannya.Tiba-tiba beliau teringat ayat ini, maksud firman Allah S.W.T.:
"Sesungguhnya di sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyumbat di kerongkongan (za ghussah) dan azab yang amat pedih"
 (Surah Al-Muzzammil 73:12-13)
Beliau menjadi tidak berselera untuk makan sambil mengarahkan supaya makanan tersebut diangkat kembali.
Pada keesokkan harinya, beliau meneruskan puasanya. Apabila tiba waktu berbuka, sekali lagi beliau teringat kembali ayat itu dan tidak berselera untuk makan. Beliau berkata: "Angkatlah makanan ini." Esoknya beliau meneruskan puasanya dan perkara yang sama terjadi.Dengan demikian, sudah 3 hari beliau tidak makna apa-apa. Melihat keadaan itu, anak beliau segera pergi menemui para ulama' Basrah iaitu Thabit al-Bunani, Yazid al-Dabbi dan Yahya al-Bakka. Mereka segera pergi ke rumah al-Hassan dan terus merayu kepadanya supaya ia makan. Setelah beberapa lama, akhirnya al-Hassan menghirup sedikit kuah sup.





Sumayyah istihgfar lagi. Astaghfirullah.....para ulama' sampai takut untuk makan apabila teringatkan azab api neraka. Zaman sekarang, selagi tembolok tak penuh selagi tulah diisi. Nak-nak bulan puasa ni. Segala macam juadah tersedia. Yang aneh-aneh pun ada. Herrrm.....


Setelah puas menapak, sampai juga dia ke hostel. Pintu bilik dibuka. Terus dia tersembam di atas katil. Tudungnya dipecat. Nyaris dia mahu mencampakkan sahaja tudung itu, ttiba-tiba teringat kata-kata ibunya. 'Anak dara buat kerja biar sempurna'..... Allahuakhbar. Okey mak. Digagahkan tubuhnya untuk menggantung tudungnya di tempat yang sepatutnya. Tablet Paracetamol dicapai. Sambil berbaring dia merenung ubat itu. Sabar....Buka sekejap je lagi. Jap lagi kau telanlah aku puas-puas ye....Eh, bukan puas-puas. Limited 2 biji je sekali makan.(kata paracetamol :))  Buka? Eh, la....aku dah solat ke belum nih? Jam di hansetnya pantas ditilik. Dah pukul 5 rupanya. Awat aku tak dengar azan???? Sumayyah bingkas bangun. Sakit kepalanya tidak dihiraukan lagi. Gasak la. Solat dulu apa-apa hal pun. Dengan langkah yang agak tidak stabil, berjaya juga dia mengambil wudhu'. Alhamdulillah...... :)  Lalu dia larut berceloteh dengan Penciptanya
Sudahnya dia tersungkur di atas sejadah. Langsung tidak sedar. (jangan diamalkan tidur selepas asar, orak ilok orang jawa kata).
Ya Allah.....aku nak balik ya Allah.....


Ketukan lembut tetapi bertalu-talu di pintu memaksa  Sumayyah untuk membuka mata. Astaghfirullah...terlelap lagi! Tak senonoh punya anak dara...... Pintu dibuka. Terjengul wajah bersih sahabatnya, Wa." La Haula Wala Quwata Illa billah......kau dah mandi ke belum?" tanya Wa. Terkejutnya dia melihat Sumayyah yang masih dibalut telekung.
"Mandi? Errrr....hehe..belum ."
Wa geleng kepala tetapi matanya memancarkan sinar kasihan. @_@ 
"Kepala kau sakit lagi? Doktor cakap apa?" bertalu-talu soalan keluar dari mulut Wa. 
"Takde apa. Doktor kata aku stress je. Jangan risaulah."  ^_^
"Yeke???"
"Yelah. Takkan aku nak tipu kau pulak......"
"Ehhmmm.....dahlah . Pergi mandi. Sempat lagi kalau nak mandi. Baru pukul 6 suku."
"Tak naklah...Kan makruh mandi lepas Asar. Aku mandi lepas buka nanti eh."
"Yelah. Tapi kena cepat. Kita tarawih kat Masjid Ladang malam ni."
"Hehe.....baik bos." balasSumayyah sambil membuat aksi memberi tabik hormat.
"Nakal eh!" Wa mencubit pipi Sumayyah. Sumayyah pantas mengelak. Lalu berlakulah aksi-aksi cubit-mencubit di sini. Tawa mereka di matikan dengan deringan telefon bimbit Sumayyah. Ada panggilan masuk.


"Assalamua'laikum Bulat!" sapa suara di hujung sana. Angah, sepupunya.
"Waa'laikummussalam Comel!" tawa keduanya pecah. Sumayyah memasang loudspeaker supaya Wa boleh turut serta dalam perbualan mereka.
"Kabare ukhti Bulat? " tanya Angah.
"Ana waras ukhti Comel. Jangan la panggil Su bulat..."jawab Sumayyah lirih. Wa yang mendengar hampir pecah perut menahan tawa.
"Hehe...maaf, maaf. Angah gurau je. Errrm....Angah nak tanya, minggu ni memang enti tak  boleh balik ke? Kami nak buat satu lagi program. Harap sangat enti dapat turut serta. Adik-adik pun asyik bertanyakan  tentang enti. Mereka rindu sangat pada enti. Angah tahu enti start cuti pada 25 haribulan. Tapi mana tahu kan, boleh balik awal ke......" suara itu jelas mengharap.
Sumayyah pandang Wa. Wa pandang Sumayyah.
"Maaf Angah. Su memang tak boleh balik. Minggu ni jadual kami agak padat. Su minta maaf sangat-sangat."
Automatik matanya mula berkaca-kaca. Wa yang amat memahami pantas mengusap belakang Sumayyah.
Sungguh! Aku juga rindu pada adik-adikku. Tapi apakan daya...... Kakakmu ini merantau demi ilmu.
"Oh...takpelah kalau macam tu. Belajar,belajar juga. Kesihatan jangan diabaikan. Insyaallah, kita akan bertemu kembali. Kita sama-sama sedang berjihad. Cuma bezanya jauh dan dekat je. " Angah juga dapat mengesan kelainan nada suara Sumayyah apabila perihal adik-adiknya disebut. Dia tahu, Sumayyah sangat sensitif jika tentang. Hatinya sangat lembut. Selembut jiwanya mendidik adik-adik di Rhaudhah. Namun, apakan daya. Dia hanya menyampaikan.
 "Angah, kirim salam pada adik-adik ya. Salam rindu tiada tara. Insyaallah nanti kita jumpa."
"Insyaallah....enti jangan sedih. Perpisahan ini hanya sementara. Allah sedang menguji kita. Insyaallah nanti Angah beritahu pada adik-adik. Assalamua'laikum w.b.t. Oh, ya. Jangan lupa gemukkan badan ya. Hihi..Maa'salaama....."
"Memandai je Angah ni. :) Waa'laikummussalam w.b.t."
Minggu lepas juga Angah ada menelefonnya. Juga bertanyakan bila dia akan balik.
Kasihan adik-adikku...huuu T_T

"Rapatnya kau dengan adik-adik kau tu. Padahal diorang bukan darah daging kau kan? Seronok aku tengok." kata Wa.
"Ehhmmmm...maybe sebab dah dijaga sejak kecik kot. Masa kecik-kecik dulu, selalu jugak gaduh. Adat la.... ."


mari dengar akak mahu cerita~ 
Walid dan Umi Sumayyah bekerjasama dengan Papa Angah untuk membuka sebuah tempat perlindungan untuk anak-anak yatim. Tapi, pusat perlindungan itu bukan sahaja menempatkan anak-anak yatim, anak-anak yang didera pun ada. Sangat kasihan. Sekecil 2 tahun sudah merasa dipukul dan dibantai. Sumayyah amat kecewa dengan sikap manusia zaman kini. Segalanya diambil mudah. Sehingga kini, adik-adik tak rasminya sudah berjumlah 10 orang. Daripada 10 orang tinggal 7 orang kerana 3 orang daripadanya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Manakala adik-beradiknya sendiri termasuk abang dan kakak-kakaknya adalah 5 orang.Adik kandungnya pula hanya seorang, Suhail namanya. Suhail kini berada di Kolej Matrikulasi Selangor.  Walid dan Umi amat penyayang. Semuanya dilayan sama rata. Tiada istilah pilih kasih antara mereka. Jika raya menjelma, rumahnya boleh dikatakan yang paling riuh rendah. Ketika itu semua abang-abang dan kakaknya termasuk saudara angkatnya akan balik berkumpul di rumahnya. Indahnya......tak sabarnya nak jumpa adik-adik, walid, umi, kak Yong, abang Suhaimi, kak Mashitah  , abang Afif dan  Kak Radhiah. Abang Ridha tak dapat balik kerana menuntut ilmu di bumi para anbia',iaitu Syria. Jauhnya abang Ridha pergi. Suatu hari nanti Su pun akan mneyusul abang Ridha. Tekad Sumayyah.


salam rindu buat semua..... T_T



"Errrrmmm....dah habis termenung.? Nak buka puasa tak? Ke dengan termenung tu kau dah rasa kenyang?"
sindir Wa sambil tertawa.
"Terbutaline punya Wa! Siap kau." Sumayyah pura-pura marah.
Mereka berkejaran di bilik yang kecil itu. Tiba-tiba........ ALLAHUKAHKBAR ALLAHUKAHKBAR!
"Azan sudah......... mana panadol saya....?" seru Sumayyah.
"Cepat buka.....dapat pahala.Nah. Panadol." Wa senyum lebar.
Allahumma laka sumna wa bika amanna waa'la rizkika aftorna birahmatika yaa ar hamar raahimiin......


Selamat berbuka! 


BERSAMBUNG.............

Tuesday 9 August 2011

RiNtihAn SeOrAnG pEmUdA (3)

Bimillahirrahmaanirrahiiim.....
 Lanjutan dari Panggilan Yang Tidak Disangka (2)

"Angah sibuk tak malam ni?"tanya Along.
Terkebil-kebil Angah memandang Along pada mulanya seraya tersenyum dan menggeleng.
"Teman Along boleh? Kita pergi Masjid Putra."
"Si kembar ikut sekali?" tanya Angah.
"Errmmm....nope. Ada hal penting yang Along nak bincang."
Semacam payah untuk Along menuturkan ayat itu. Kenapa ya?
"Insyaallah, beres. Pukul berapa?"
Along terpempan melihat senyuman Angah. Persis senyuman arwah mama. Ah, sungguh dia rindukan mama!
"Pukul 7. Maghrib dan Isya' kat sana eh."
Angah hanya mengangguk. Mesti ada hal yang serabutkan fikiran Along ni. Kalau tak, takkan sampai pergi Putra?  Dia menjungkitkan bahu sambil meneruskan pembacaan yang tergendala sebentar tadi. Novel Bumi Cinta karya Habiburrahman El Shirazy itu benar-benar menginsafkannya. Kisah tentang seorang pemuda bernama Muhammad Ayyas yang berjuang untuk menegakkan akidahnya di sebuah negara yang sangat mengamalkan kebebasan. Zaman kini, masih ada lagikah pemuda seperti itu?


karya mendidik jiwa
Usai solat berjemaah di Masjid Putra, mereka menyusur sekitar kawasan masjid. Menikmati panorama malam nan indah. Along masih membisu sejak tadi. Semasa dalam perjalanan ke sini petang tadi pun, Along lebih suka mendiamkan diri. Angah hanya menurut. Tidak sampai hati sebenarnya dia melihat Along berkeadaan begitu. Bertukar 360 darjah. Padahal Alongnya seorang yang sangat ceria terutama apabila bersama keluarga. Kelembutannya terserlah saat melayan adik-adiknya yang seramai  4 orang tu. Kepimpinannya pula terserlah saat bersama sahabat-sahabat usrah. Siapa tak kenal dengan ketegasan Along?



Telinga Angah menangkap desah nafas Along yang berat. Ya Allah...tenangkan hati Along ku ini Ya Allah....
"Along....?"
Along memandang muka Angah. Bibirnya mengukir senyum nipis.
"Kenapa ya? Kenapa semua perempuan tak macam Angah?" tutur Along mendatar.
"Errrrr......maksud? Angah kurang jelas."
Mata Along mengamati sekujur tubuh yang berdiri di hadapannya. Angah hanya mengenakan jubah hitam dan bertudung labuh berwarna coklat muda. Terserlah keayuannya. Nampak simple tapi menarik. Siapa kata ini fesyen orang tua?
"Seringkali wanita-wanita yang berpakaian macam Angah ni dikatakan kolot, kampungan, kuno and so on. Apa pendapat Angah?" tanya Along serius.
Angah tersenyum mendengar bicara Along. Tidak pasti mahu marah atau gelak. Kalau ikutkan hati mau gelak guling-guling aku kat sini,desis Angah.
"Sejujurnya Angah tak kisah jika dikatakan begitu. Angah tetap akan bersyukur. Kerana......Angah pakai bukan kerana mereka, Angah pakai kerana Allah. Biarlah Allah yang menilai. Mereka berhak untuk menuturkan pendapat. Mungkin itu pendapat mereka sahaja. Setiap orang kan ada pendapat masing-masing.," bicara Angah terbuka.
Along terdiam. Wajahnya agak serius tanda sedang ligat berfikir. Mujur Angah sudah biasa. Dia kenal Alongnya.



kolotkah aku...... ?
"Make-up. Macam mana pula dengan make-up? Kenapa Angah tak pakai?" duga Along. Sengaja dia mahu menguji sedangkan jawapannya sudah pun diketahui. Sebenarnya hatinya bagaikan digeletek melihat wajah Angah yang sangat tenang. Aduhai adikku sayang............
Angah senyum lagi. :) "Along rasa Angah tak cukup cantik ea sampai kena bermake-up? Cantik ke orang yang pakai make-up tu?"Angah menyerang balas. (hooo.....nak kenakan Angah ye =p)
Automatik wajah Along berkerut seribu. Aik, kita tanya dia, dia tanya kita balik?
"Angah belum jawab lagi soalan Along," protes Along.
"Begini ya.......... Ini pendapat peribadi Angah je tau. Sebenarnya, Angah pun bermake-up juga. Make-up tu jenama wudhu'. Segar je bila pakai tu. Tak rimas." Angah cuba berkias.




Along tersenyum lagi. "Ooooo....patut la nampak berseri-seri je adik Along ni.
"Make-up....hanya akan membawa kepada tabarruj. Lagipun.....kesian tengok syabab zaman sekarang. Pelbagai godaan yang datang. Hanya sebenar syabab sahaja yang mampu menepis segala godaan tu. Iman manusia tu ada turun naiknya. Dan Angah tak nak jadi penyebab iman para syabab kita turun. Wanita itu penuh dengan fitnah. ......" 
"Along......",seru Angah. "Along malu ke ada adik yang kolot macam Angah ni?"
Giliran Along pula tersentak. Ke situ pula dia!
"Astaghfirullah......Angah tahu kenapa Along tanya macam tu?"
Angah hanya menggeleng sebelum menjungkitkan bahu.
Along melepaskan nafas perlahan. Bgaikan berat untuk menuturkan kata-kata. "Tadi Along buka facebook. Tekan, tekan. tekan, terkeluar satu profile seorang muslimah ni. Anggun dan ayu sekali. Tapi sayang seribu kali sayang.......auratnya rapi bertutup tetapi..........sakan bergaya. Bermacam-macam aksi. Along bimbang, andai gambar-gambar itu dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana nasib muslimah sekarang agaknya. Time tu juga, Along teringatkan Angah. Terus Along buka Angah punya. Alhamdulillah......adik Along sangat pandai membawa diri. Soalan terakhir. Kenapa Angah tak letak langsung gambar Angah di laman sosial tu?" tanya Along serius.


berhati2lah wahai muslimah!!!!

Angah senyum lagi. "Memadai kan dengan meletak nama penuh? Mungkin mereka ada alasan mereka sendiri macam supaya kawan lama kenal,rapakan ukhwah dan bermacam alasan lagi.. Cuma pada Angah, Angah memang tidak perlu meletak gambar sendiri. Lagipun , Angah ada agenda Angah yang tersendiri. Mereka mencipta facebook.....mungkin kerana ada niat yang bersangkut-paut untuk melalaikan umat Islam. Jadi Angah cuba eksploitasi semula dengan berdakwah. Mungkin sumbangan Angah ni tersangatlah kecil terhadap Islam, tetapi macam yang Along pernah cakap dulu, tidak kira kecil atau besar, banyak atau sedikit, semuanya dalam perhitungan Allah Yang penting, ikhlas dan seterusnya bertawakal. Allah adalah pemberi hidayah. Kita hanya menyeru, bukan menghukum..."


"Kita hanya penyeru, bukan penghukum.......," perlahan-lahan Along mengungkapkan kalimah-kalimah itu. "Kita mesti sentiasa bersdia! Serangan datang dari pelbagai arah. Kiri kanan depan belakang atas bawah. Kita mesti bersedia....," kata Alomg sambil melarikan pandangan daripada sekumpulan gadis yang berpakaian ranggi. Imannya segera membisikkan istighfar. Dia merasa sangat berdosa walaupun perkara itu tidak disengajakan olehnya. Terpandang aurat wanita ajnabi adalah salah satu perkara yang sangat dihindarinya. Dia tidak mahu ilmunya gugur bak dedaun kering akibat pandangan matanya itu. 
Huh! Aurat bersepah-sepah! dengusnya.
Seingatnya adik perempuannya yang satu itu pun tidak pernah berpakaian sedemikian rupa walaupun di rumah. 


Angah perasan dengan tindakan Along yang sangat menjaga pandangannya. Sekejap lagi mesti Along ajak balik. Dia faham sangat dengan fiil Alongnya itu...hehe :)


"Ngah, jom balik".
"Ayuh!" hehe...dah agak dah.... 

jumpa lagi.... ^_^

Monday 8 August 2011

ApA nEnEk BuAt?????

Bismilahirrahmaanirrahiiim.....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....


Ini ada satu cerita
Dari ustazah kepada kami semua
Sudi lihat sudilah baca
Moga beroleh manfaat darinya....... ^_^


Bayu berpuput lembut menampar wajah tuanya. Matanya memandang sayu ke luar tingkap. Pandangannya menyapu halaman yang terjaga rapi.Kadang-kala rasa sunyi menghinggap di hati. Tanpa sesiapa, hanya sebatang kara. Tetapi dia yakin, bahawa Allah sentiasa memerhatinya. Sentiasa memandangnya  Sentiasa ada untuknya.
Walau di mana sahaja dia berada. Walau siapa pun dia. Waima dipandang hina oleh penghuni di dunia.....


Nek Senah menutup mata. Ingin mencari ketenangan. Usai solat Dhuha tadi, dia segera ke dapur. Mencari sisa-sisa untuk dimakan tengah hari nanti. Begitulah keadaannya sejak 5 tahun yang lalu. Jika ada makanan, dia makan. Jika tiada, dia berusaha mencari ulam-ulaman di sekeliling pondok buruknya. Jika tiada juga, dia akan berpuasa. Hidupnya kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Tak kais, tak makan lah dia. Tubuhnya sudah tidak kuat untuk bekerja. Kadang-kala menyapu sedikit di halaman pun, dia akan semput. Namun dugagahkan juga diri. Tidak rela dia bermalas-malasan tanpa arah. Nek Senah bernasib baik kerana mempunyai jiran yang sangat pemurah iaitu Nek Jarah dan Mujahid. Mujahid ialah cucu kepada Nek Jarah. Anak muda itu  seringkali menghantar makanan ke rumah Nek Senah.Halaman yang kelihatan terjaga rapi itu juga dikerjakan olehnya. Tak terdaya Nek Senah ingin menegah.Tapi apakan daya, takkan mahu diharap belas ihsan orang selamanya. Mereka juga bukanlah orang senang. Kata Nek Jarah, rezeki yang sedikit itu mungkin kelihatan sedikit, tetapi jika dikongsi besar keberkatannya. Biar sedikit tetapi berkat. Itulah yang sering diucapkan Nek Jarah apabila Nek Senah  pemberiannya dipersoalkan oleh Nek Senah.


pondokku.....syurgaku....


Keesokannya, Mujahid ziarah lagi. Sempat juga dia memberitahu berita terbaru berkenaan kampung mereka. Katanya ada sebuah masjid baru yang akan dibina menggantikan yang lama. Masjid lama itu sudah kelihatan uzur benar. Apabila yang baru hendak terbina, maka ramailah jutawan dari kampung dan luar kampung yang menderma. Kedudukan masjid baru yang akan dibina tidak terlalu jauh dari rumah Nek Senah. Sekitar selang 9 buah rumah. Gembiranya hati Nek Senah. Dapatlah dia mengunjungi masjid itu selalu. Tapi hati kecilnya turut terdetik, jika orang lain boleh menderma untuk pembangunan masjid, dia juga teringin melakukan hal yang sama. Masalahnya, tiada apa pun yang boleh disedekahkan olehnya. Hatinya kembali dipagut resah. Sangat terkilan dia jika tidak mampu menyumbang apa-apa. Namun apakan daya........


Dipendekkan cerita, selang beberapa lama kemudian siaplah masjid itu. Tersergam indah dengan segala ukiran yang indah. Pohon-pohon yang tertanam barayun-ayun seakan-akan menggamit manusia untuk masuk dan sujud kepadaNya. Indah dan tenang sekali panoramanya. Ada pesona yang tersendiri. Pesona rumah Allah.


masjidku.....syurgaku.....



Lupa pula, masjid sudah siap. Nama pula belum lagi dipilih. Maka bersidanglah semua ahli jawatankuasa masjid dalam suatu mesyuarat. Ada yang mencadangkan agar diberi nama jutawan yang menderma, ada yang juga yang mencadangkan agar diberi mengikut jalan atau tapak masjid itu dibina. Setelah berbagai cadangan, maka jalan buntulah yang ditemui mereka. Maka kata pak imam, "tidak mengapa. La ni, kita balik dulu. Solat dan mohon petunjuknya. Pilihan Allah itu yang terbaik." (Susah rupanya nak pilih nama masjid nih...ish3)


Keesokan harinya, semua ahli jawatankuasa bersidang lagi. Muazzin membuka bicara. Menurutnya dia bermimpi agar diberi nama Masjid Hasanah. Pengerusi masjid dan pak imam terkejut, kerana mereka turut bermimpi perkara yang sama! Lalu mesyuarat menjadi gempar. Tentu ada sebab bagaimana mereka boleh mendapat mimpi yang serupa. Kenapa Masjid Hasanah. Itulah dia. Semuanya adalah dalam perhitunganNya. Tiada yang terlepas. Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Hasanah. Siapa Hasanah? Setelah disiasat, rupa-rupanya Hasanah adalah seorang nenek yang tinggal seorang diri selang 9 buah rumah dari masjid tadi. Siapa lagi kalau bukan Nek Senah. 


Maka pergilah wakil-wakil dari jawatankuasa masjid ke rumah Nek Senah. Mereka ingin bertanya, apa sebab mereka boleh dapat mimpi yang sama? Adakah Nek Senah ada mengamalkan sesuatu? Nek Senah menggeleng. Mati-matian dia menyatakan bahawa dia bukan siapa-siapa. Dia hanya insan biasa. Namun, setelah didesak dan dipujuk berkali-kali, maka Nek Senah surrender dan menceritakan apa yang telah dilakukannya.


Jeng3........


Cerita Nek Senah sambil tertunduk........
Setelah puas dia memikir bagaimana dia dapat menyumbang untuk pembangunan masjid, akhirnya dia mendapat satu akal. Ilham daripada Allah. "Apa nenek buat?" tanya Mujahid. Pada malam hari, agak-agak semua orang dah tidur, Nek Senah keluar senyap-senyap dari rumahnya. Digagahkan tulang empat kerat untuk melangkah menuju ke tapak pembinaan masjid. Di tapak belakang masjid ada sebuah bukit. Nek Senah mengambil batu keras saiz sederhana besar dan batu yang mudah hancur saiz besar sedikit. Lalu dengan batu keras tadi, dihempuknya  batu ynag mudah hancur tadi sehingga menjadi halus seperti pasir. Dia melakukannya berulang-ulang kali. Setelah itu, batu yang hancur tadi dikaup dengan tangan tuanya. Nek Senah membawa pasir ini tadi dan diletakkan di atas timbunan pasir dan segala tanah untuk pembinaan masjid tadi. Perkara ini dilakukan  setiap malam sehingga masjid tersebut selesai dibina. 


Hanya itu yang mampu dilakukannya. Hanya itu amal jariahnya. Dia tiada duit untuk bersedekah, lalu dengan cara itulah dia beramal. Dan dia berasa sangat puas dapat melakukan itu semua. Hati Nek Senah sangat ikhlas. Hanya keredhaan Allah yang diharapkannya.


Semua yang mendengar cerita Nek Senah terkedu. Pak imam mengalirkan air mata. Muazzin sebak. Insaf menjengah sanubari.Sampai begitu sekali niatnya untuk bersedekah. Subhanallah......


Errrmmm.....itu pengorbanan Nek Senah. Allah balas tunai di dunia lagi. Ganjaran di akhirat? MasyaAllah.....
Tak terbayang rasanya..... Sekian sahaja...Salam ramadhan....tingkatkan ibadah dan amalan :)


Silalah tinggalkan komen anda......

Friday 5 August 2011

ChEcK cEpAt!!!!

Bismillahirrahmaanirrahiiim........

Kabare? Waras? How are you? Ni hao ma? Kak dela? Kaifa halukum?
Semua pertanyaan di atas hampir akan dijawab dengan maksud yang sama iaitu sihat. Tapi itu baru pertanyaan secara lahiriah atau yang paling tepat lagi untuk jasad kita. Secara material kita memang akan nampak jasad kita (memang la, karang tak nampak dikatanya hantu pulak...)

Apa khabar iman kita.....?
Bagaimana pula dengan batiniah kita atau paling tepat rohani kita. Sihatkah? Cukup makankah? Cedera parah kah? Atau.........dah kering kontang rohani kita ni. Naudzubillah..... 11 bulan syaitan mendidik jiwa dan nafsu kita (ingat senang-senang die nak bagi lepas?)

Ya Allah!!1 Aku cedera parah!!!!
  Sedar tak sedar dah 6 hari kita masuk ke Akademi Ramadhan. Apa result puasa kita yang 5  hari ni ye? Mumtaz? Jayyid jiddan? Jayyid? Atau........? Nau'dzubillah. Harap-harap bukan yang ke-4 tu. T_T

Kesian pada rohani kita. (Ntah-ntah selama ni dia duk kelaparan. Kebulur meminta kita terus sujud kepadaNya....) Cepat check! Jangan sampai rohani dah nazak, baru nak bagi dia ubat! Takut terlambat.

Pat...pat... Letak ubat!

Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk memeriksa rohani kita ni. Saat insan lain enak beradu, apa salahnya jika kita beri rohani kita makan. Kesian, kesian, kesian...... Biar insan lain enak beradu, kita pula biarlah enak mengadu. :)
Mengadu pada  siapa? Rasanya semua tau jawapannya. Tentu pada Al-Khaliq. Hanya Dia yang nak dengar aduan kita. Hanya Dia yang sentiasa sabar dengan perangai kita yang ntah apa-apa ni. Dia masih bagi kita macam-macam walaupun kita kadang-kadang lupa pada Dia. Am I right????



Cepat! Cepat! Kita tak tau bila kita akan pergi Check sekarang!